Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 31 December 2013

2 bulan lagi..

Assalammualaikum..

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2013. Kepala da melayang-layang.. hati memang da takde kat opis sebab ramai yang cuti. Ruginya tak ambil cuti hari ni.. Ruginya cuti tahunan habis awal..

Nak buat kerja pon takde mood. 

Mama dengan ayah pula ada kat rumah. Alangkah seronok nye kalau aku ada kat rumah.. spend masa dengan family.. dengan Zaeem.

Bila terpikirkan anak bujang tu.. rasa macam kejap sangat masa berlalu.. lagi 2 bulan umur zaeem nak cecah setahun. Pandai nangis dan merengek panggil 'ibu'. Bila da besar.. macam-macam nak buat, bile duduk berdua dengan zaeem.. ibu selalu marah-marah dengan keletah zaeem. Pening kepala dibuatnya..

Mana taknya.. ibu kedepan..dia ikut kedepan.. ibu kedapur..zaeem ikut kedapur.. ibu pegang bawang, sibukkkk jugak nak pegang bawang.. mana tak hangin..
Tapi marah-marah manja je.. kang habis buat kerja rumah, habis masak.. ibu gomol2 zaeem balik..

Berbalik dengan 2 bulan tu. 

Aku plan nak sambut kecil-kecil.. family-family jer.. tak pon lagi sedih kami sambut 3 beranak je.

tak kisah la.. Bertiga pon okay sebab saat tu memang dah lama aku tunggu. Hopefully masa tu zaeem dah pandai jalan..

hehehe---------->eksaited





with ♥,

Friday 20 December 2013

Slap Chop Review


Assalammualaikum,

Lama betul tak update blog ni. Bizi la gamaknye.. Hari tu nak cerita pasal slap chop tapi nampaknya baru sekarang dapat update.

Slap chop ni biasanya aku guna kalau nak buat nasi goreng dan makanan zaeem. Agak-agak tengah malam tu lapo..capai je slap chop..bawang merah, bawang putih dan cili api siap dicincang. cincang? lebih kurang la... yang penting hancur dan nasi goreng aku sedap.

Paling best masak makanan anak. Bila gigi da tumbuh banyak.. aku rasa masa makan la nak ajar dia mengunyah.. selama ni tak berapa pandai mengunyah sebab aku masak bubur pastu blender je kat dia. sah-sah lepas aku suap..zaeem akan telan bubur tu..

Lagi satu..slap chop ni agak memudahkan keje aku.. Memandangkan zaeem suka mengejar aku kemana saje..agak amik masa kalau nak buat keje memotong kalau guna pisau.. contohnya kentang..aku akan potong dadu.. Sekarang ni bila guna slap chop.. nak didadukan kentang tu sonang aje.. duduk berdua dengan zaeem.. just chop chop chop jer... dannn siap!!

Meh tengok gambar kat bawah kalau tak percaya..


Kalau nak lagi hancur.. kasi slap lama-lama sikit. Tapi jangan ingat dia akan jadi macam kita tumbuk guna lesung..yang ni hasilnya akan kasar sket.

Nak bagi harga best.
Ada 3 pcs lagi dalam stok. Sapa nak boleh pm ke chiozam@gmail.com
Whatsapp 018-3888 344



Monday 30 September 2013

Slap Chop murah untuk dijual

Salam,


Pernah dengar tak pasal slap chop?
tak tahu nak beli kat mana?
cara mudah untuk memasak.. 
cepat dan tuntas!



jom layan video ni..


RM45 include postage.
pm ke chiozam@gmail.com
Whatsapp 018-3888 344

Nak guna macam mana? next entry aku cerite.. :)

Tuesday 24 September 2013

Bubur cheezy Brokoli

Salam,

Resepi ni aku dapat dari cousin aku. Dia cerita anak dia sukaaa sangat makan bubur letak cheese. Makanya aku sangat rajin..aku cube la buat untuk zaeem.

Bahan-bahan:

Cheestick
Bubur nasi
Brokoli
Ikan bilis


Cheese ni akan jadikan bubur jadi masin-masin sikit. aku try letak separuh je cheese tu. lagi separuh aku ngap! not bad jugak la.. tapi memang masin.. Rasanya masin lagi cheese biasa tu..

Brokoli kita kasi steam sampai lembut.

Ikan bilis..rendam sekejap..lepas tu goreng.. guna olive oil lagi bagus. tapi guna sikit je. Kat rumah aku takde olive oil..so aku goreng dengan minyak biasa dengan minyak yang sedikit sajeee.

Lepas tu.. Kasi blend semua bahan.

Siap...

Tema kali ni.. hijauuu..

yang kuning tu sweet potato. 




warnanya agak kurang menarik. sepatutnya aku kene lebihkan sayur tu lagi.. hmmm.. next time aku buat sampai hijaunya pekat sikit :)

Oh keledek tu aku guna untuk buat puree..

masa blender aku campurkan dengan susu formula..

ini lah hasilnya:

hijau..aku ingat kalau steam labu jadi warna oren..rupanya silap..

set date


siap..

:)


Monday 23 September 2013

Bubur ayam + Labu


Salam,

masa nak prepare makanan zaeem ni..dalam kepala otak teringat kan labu masak lemak.. kalau baby boleh dibagi makan masak lemak ni.. dah lama aku sumbat.

Disebabkan carrot dan labu masih banyak..
aku buat lagi puri carrot dan labu untuk dibekukan. Next time nak guna just ambil yang beku tu je.

ini hasilnya:


Banyak khasiat carrot ni. yang penting bagus untuk mata.. nak bagi selalu pun boleh. tapi kalau takut anak bosan.. boleh pelbagaikan.

Last menu da buat bubur carrot. Kali ni aku buat bubur ayam + labu. Kirenye nak introduce protein meal untuk zaeem.

Macam biasa..masak bubur nasi dan ayam. 
sejukkan dan blend.
campur dengan puree labu.
Siap!



Zaeem tak suka pekat-pekat. Aku cairkan sikit.. laju je dia makan.

Hati ibu mana yang tak seronok bila anak makan apa yang dimasak...Aku sanggup tido lambat prepare makanan zaeem. bezanya aku tak buat fresh-fresh dan hantar ke rumah pengasuh. Aku prepare malam.. lepas tu masuk dalam peti ais dan esok hantar ke rumah pengasuh..

Make sure pesan pada pengasuh..panaskan dulu sebelum bagi makan kat anak.

Tapi kalau puree.. memang buat banyak-banyak dan simpan dalam freezer. 


Ok. sambung lagi nanti.


Lots of ♥,

Banana Mash

Salam,

Hari ni kita belajar cara nak buat banana mash. Puri pisang je sebenarnya. pejam mata pon da boleh buat.

pisang. gambar ihsan dari pakcik google



Sebenarnya kalau rajin tak payah diblend pisang ni.. lenyek pon boleh.. tapi susah jugak nak lenyek sebab pisangnya lari-lari bila ditekan guna sudu. cara yang paling senang..blend je.

Kejap je.

Da siap..



Aku rasa aku guna dua ulas pisang.. dapat simpan kat bekas kecik ni dalam 2 setengah bekas. Sekali zaeem makan dah habis 1 setengah.

Oh, bekas-bekas comel ni aku guna untuk simpan puri buah dan sayur je.. kalau bubur aku simpan dan bekas tupperware kecik. sebab senang nak hantar kat pengasuh. lagi satu.. banyak sikit boleh hantar kat sana.





Friday 20 September 2013

Bubur Carrot dan Puree Labu

Salam,

Minggu ni prepare makanan untuk zaeem. Aku buat bubur carrot + kentang dan puree labu.
Selalunya kalau buat bubur kentang + carrot aku akan rebus je semua sekali.. tapi kali ni saje nak buat asing. steam dan blender.

lepas carrot + kentang lembut aku sejukkan sekejap dan blender dengan bubur nasi.



Puree labu: steam labu sampai lembut. campur air/susu dan blender.

tadaaa! siap..






senang je. kejap da siap. stok untuk seminggu. simpan dalam peti ais boleh tahan sampai 3 hari. dalam freezer tahan sampai sebulan.

Bekas purple tu hantar kat pengasuh..ingatkan tahan sampai 3 hari. tapi kejap je. lepas 2 hari pengasuh tu pulangkan bekas. banyak jugak zaeem makan..

hari ni.. aku bekalkan bekas kecik-kecik tu 4 biji.. tak tahu la habis ke tak..

first projek ni aku just buat 2 jenis makanan untuk zaeem. Minggu depan..aku buat 3 jenis pulak. Saje tukar-tukar.. takde la dia boring sangat makan benda yang sama hari-hari..

Alhamdulillah..setakat ni ape je aku bagi..zaeem akan ngap! senang keje.. lepas ni nak guna pisang n sweet potato pulak.. next entry kita buat banana mash dan sweet potato puree.

:)


Review: Baby Bullet tak Best

Salam,

Sekarang ni setalah jadi mak-mak ni.. page yang aku paling banyak follow kat pesbuk dan blog semuanya berkenaan baby care.. baby food.. baby toys.. baby apparel.. haaa semua la yang berkaitan dengan baby.

Kali ni nak cerita pasal solid food. Anak aku da genap 7 bulan. Masa zaeem 6 bulan aku memang da start introduce solid food kat dia.. tapi untuk first time aku just bagi zaeem makan cerelac je. Sebab ape..sebab..nak tengok dia ok ke tak kalau dibagi makan. 

Bila dah okey. Aku start beli equipment untuk dia. Mcam agak poyo sebut equipment bagai tu kan? hehe Aku beli set baby bullet untuk prepare makanan zaeem. 

Sape kata baby bullet tak best? haha Best giler pakai benda tu.. rasa macam main masak-masak pun ada..

Kenape aku kate best? haa.. tengok ape yang dapat kalau beli 1 set..Actually siap dapat buku resipi sekali..tapi lupe nak snap.. :)



storage dia yang paling cute.. siap boleh set date lagi. Kenape nak set date? kalau buat banyak-banyak senang nak tau yang mana kena makan dulu... kita guna prinsip FIFO-first in first out. lebih kurang macam nak simpan breastmilk la..

comel kan?
material nya macam getah..kalau buat puree sesuai sangat letak kat sini..

mana nak dapat set ni? Jom singgah kat Ohsem Baby Kids Shop ... Harga nye..sangat berbaloi okay..

Setakat ni dekat Ohsem Baby Kids, set baby bullet adalah yang paling termurah aku penah jumpa. Wajib survey harga okeyy..rugi beli barang yang sama..kualiti pon sama pada harga yang mahal.

Okey.

Tak sabar nak prepare makanan untuk zaeem.. macam-macam resipi nak cuba!





Wednesday 18 September 2013

New family member

Salam,

16 September 2013

Alhamdulillah aku sudah bergelar 'mak ngah'..super eksaited sebab first time dapat anak sedara. Tak penah aku digelar mak ngah ke mak long ke sebelum ni.. selalunya yang ada pun panggil aku 'cik pika' atau aku akan bahasakan diri aku 'acik' je. Oh, lebih teruk aku bahasakan diri aku kakak je walaupun sepatutnye da wajib panggil makcik.. haha tak sedar diri weh!



pssst..nama baby tak announce lagi..tapi mak ngah nak sebuut jugak kat sini.. nama dia Nur Safiyyah Humaira binti Md Sodiqin.

:)

Nama secantik tuannya. Semoga menjadi anak yang solehah ye sayang.



Monday 15 July 2013

zaeem 5 bulan

Assalam,

13hb Julai 2013 hari Sabtu. zaeem dah genap 5 bulan. 

Budak ni la yang selalu buat ibu 
cepat-cepat nak balik keje..
cepat-cepat nak sampai rumah..
dalam kepala pikir pasal zaeem je..
kalau boleh taknak balik lambat..
sebab kesiankan anak manje ni..

biar penat macam mana pun..
nampak je muke zaeem..hilang semua penat..



habit baru..bile dah masuk 5 bulan

Alhamdulillah..
Syukur..
Terima Kasih Ya Allah



Friday 12 July 2013

Kos Bersalin di Hospital Kerajaan


Assalam,

Entri ni patutnye kene tulis lepas bersalin hari tu. Tapi ni anak da nak masuk 5 bulan baru terhegeh2 nak hapdete.

Ekceli tengah kemas-kemas meja opis tadi..tetiba ternampak resit hospital. So tak tahu nak simpan kat mana & nak buat kenangan.. tu yang terus nak letak kat sini.

Dulu masa nak bersalin, survey jugak berapa kos kalau bersalin normal. tapi tak jumpa pun. Aku ni kerja swasta..rate tak same dengan mereka yang kerja gomen. rasanya kalau keje gomen ni tak payah bayar kot. 

so nak tengok berapa kos yang aku kene bayar hari tu.. boleh refer gambar kat bawah ni:


Bayaran cagaran hospital
Resit
Murah kan? totalnya semua RM25 jew. ni sebab amik kelas 3 punye wad.

Alhamdulillah..service ok sangat..lagi2 yang kat labor room.

Ok. itu saje untuk hari ni.


Wassalam,

Wednesday 10 July 2013

1 Ramadhan 1434H


Assalam,



Pejam celik pejam celik dah masuk da bulan Ramadhan. hari ni hari pertama aku berpuasa sebagai seorang ibu. Tahun lepas merasa la jugak berpuasa time preggy. Agak parah jugak la sebab masa preggy asik nak mentekedarah je kejenye.. Extreme punya lapar. bayangkan lah..

Sekarang ni experience nye da lain. Anak da pun keluar dan semakin membesar. Dah banyak akal da pun. Tapi sejak 2 hari lepas tak tahu la kenapa asik merengek je kejenye. Bukan aku nak mengeluh, sebenarnya aku kesian dengan Zaeem tu.. tak tahu ape puncanya. Tengah tido pun menangis. Dah puas cube carik punce kenape die macam tu.. tapi sampai hari ni tak tahu kenape.

Tapi da kurang sikit merengeknye pagi tadi. Mungkin die tau yang ayah dengan ibu die nak puase esok. Tapi yang tak syoknye Zaeem kejut awal sangat pagi tadi. Pukul 3 pagi. Set jam pukul 4.30pagi.. kelat jugak la nak bukak mata sebab da terbangun sejam setengah awal...

Lepas sahur..terlajak tidur..

nasib budak debot ni kejut ibu.. kalau tak, tak pasal2 je aku amik cuti hari ni. 
ehh, kejut bersebab ye..sebab buntut die ada isi.hahaha

padan la dalam mimpi macam terbau something.. :P



lagi 3 hari zaeem genap 5 bulan.. 


Ok, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. :) 
Semoga setiap amalan kita diterima Allah SWT.
Amin.



Friday 5 July 2013

s-card member sale

Assalam,

Memandangkan hari hari jumaat dan s-card member sale jatuh plak pada hari yang same..bukan main ramai para-para manusia kat sogo ni.. luar biasa weh.. bukan aku xpenah pegi time sale kat sogo ni.. tapi mungkin sebab S-Card Day.. tak tahu nak kate ape la..

Dipendekkan cerita, setakat hari ni.. aku masih boleh kawal lagi nafsu shopping time sampai tu. niat memang nak cari breastpump untuk kakak n puting botol susu untuk zaeem je. da sampai sana.. buat-buat la taknak amik selain 2 barang tu.. tapi tup-tup tersambar jugak la baju untuk zaeem.. tu pun kawal lagi.. amik sikit je.. kalau tak, mau 2-3 bakul aku hangkut.

pastu careless sangat. padahal aku da cek betul2 barang yang aku nak beli tu. setengah jam queue..siap belek-belek puting tu... akhirnya bile da sampai opis.. hah.. amik ko.. salah puting la plak.. macam mana ntah boleh tak perasan perkataan "anti-colic" tu...

stress.

nak pegi tukar? rasa malas da nak meredah lautan manusia tu..

balik ni kene try n error..boleh muat kat botol tommee tippee yang biasa tu tak..

puting tommee tippee yang tersalah beli.
                                              

Rasa rugi sangat time aku cari breastpump (masa preggy dolu2) tak dapat plak harga macam ni. Daripada RM199 jadi RM99... Kecewa jugak la.. Tapi ni memang rezeki anak buah aku la dapat yang murah...

Seronok. Tapi still tak puas.

Nak shopping baju baby...Baaanyak2

Kalau ikut hati nak beli banyak2. Konsep aku..biar murah tapi cantik. Almaklumla.. Aku ni bukan mewah sangat. Nak beli yg mahal pun..sanggup kumpul duit dulu..huhu


PS ibu bukan mengeluh ye zaeem.. Anything for you sayang..lap lap youuu ribu2 lemon..muah2x




Friday 28 June 2013

Dnars Skincare

Assalam,

Kebelakangan ni banyak produk kecantikan yang ada..menderu2 kalau dok scroll kat pesbuk. Mula-mula agak la tak heran dengan segala mak nenek barang yang kuar kat news feed tu.
Kali ni sepupu punye pasal, agak terjebak la jugak. Tak pasal2 terus amik full set.

la ni nak try test dnars skincare. Before this tak pakai apa2 pun, just cuci muka dengan sabun susu beras je. tak kuasa nak menempek2 krim sebab agak tak sempat bile ada anak kecik yang nak di uruskan.

tengok la apa yang ada dalam full set ni:


  • Magic Soap 120g
  • Magic Day Cream (SPF 35) 6g
  • Magic Night Cream 6g
  • Toner Treatment 30ml
  • Yellow Cream 6g



Agak-agak ada perubahan tak? hmm.. tunggu dan lihat je la.. :)



Wednesday 17 April 2013

Rindu

Ibu rindu dengan anak ibu sorang ni..Rindu sangat2.. Masuk hari ni..genap 3 hari zaeem xduduk dengan ibu. Rasa serba tak kena n teringat2 awak nangis nak susu..

Sorry ibu tinggalkan kejap je zaeem dengan nenek..nanti ibu jumpa pengasuh..kita tinggal sama2 ye..

Sayang dhiya izzaeem sangat2..