Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 30 January 2014

Bertolak ansur sikit boleh?

Assalammualaikum,

Hari ni baru sempat nak jengah blog. Semalam cuti. Jaga anak.. Bukan sebab anak aku tak sihat..tapi sebab anak orang lain yang sakit. 

Geram pun ada..Tapi bukan lah dengan pengasuh.. Tapi mak kepada budak yang sakit tu. Kenapa ek? ke aku yang pentingkan diri? Dah tau anak awak tu bawak penyakit yang berjangkit.. tolong la cuti.. jaga anak tu sendiri.. kenape nak dihantar ke rumah pengasuh?

Memang la awak bayar pengasuh tu... Tapi jangan ingat awak sorang yang bayar ye. Nama je nurse!!

Al-kisahnye.. mula-mula si adik yang kene cacar air.. lepas tu berjangkit pulak kat si kakak. Then mak bebudak tu pegi hantar ke rumah pengasuh yang jaga anak aku skali. Nasib la pengasuh inform awal-awal.. 

Aku cuba risik-risik kat pengasuh tu..just tanya kenape mak bebudak tu taknak cuti jaga anak-anak dia? Elok molek la pengasuh tu bagitau yang mak bebudak tu sayang nak cuti.. sebab nak cuti panjang raya cina nanti. WTH???

Boleh mcm tu?

Boleh?

Stress aku dengar.. ada jugak manusia bebal macam tu...

Tapi takpe laa.. aku mengalah.. dari aku hantar..anak aku terjangkit sekali.. lagi susah.. Tapi kalau zaeem kene skali pon..aku akan cuti jaga dia. 

i promise.. ♥





Monday 27 January 2014

Favourite Balm



kalau bau benda ini..confirm rinduuuu kat anak....



Balm ni aku bagi zaeem guna sejak lahir. Bau dia mengancam. manis macam strawberi. tak macam vicks. Vicks for baby pun bau dia tak sedap.
dulu aku suka minyak yuyi..
tapi lama-lama tak best pulak bau dia.
so, stop using yuyi.
guna time aku sakit perut je.hehe

yang ni confirm best.

Cuba dulu baru tau.

Serius wangi.




Blue Lagoon, Port Dickson






Monday Blues

Assalamualaikum.

Selamat Pagi.


Pagi-pagi Isnin..memang pagi yang sangat membosankan. Bercampur dengan perasaan stress hari ni.

stress. stress


Kepala dah la tengah pening. tak tahu la nak demam ke ape.. Mood keje tengah swing ni. Aduhai..serius takde mood.

Bertambah-tambah pening.. bila duit gaji da masuk. Kad ATM plak tak boleh guna. ROSAK. Arggghhhh!

Nak transfer duit online pun tak boleh.. Sebab tak boleh request TAC on sms. 
Tak boleh request sebab phone lama rosak. Dah gile. Tak boleh on.. mungkin sebab.. dah kene hempas dengan zaeem.. atau.. henpon tu dah penuh dengan air liur zaeem...

Bertambah-tambah malang.. henpon yang rosak tu tertinggal pulak kat rumah..

apakah?

adakah..ini tanda-tanda aku kene amik half day?





Monday 6 January 2014

Senyum


Senyum tak perlu kata apa-apa


Dhiya Izzaeem 10 months 3 weeks 2 day




Thursday 2 January 2014

H A p p Y B i r t h D a Y


Assalammualaikum,

i love this picture sooooo much!
simple & nice



:)

1.1.2014

Assalammualaikum,


Happy New Year.
Dengan family-husband & son-window shopping @ ikea.
♥♥♥



Pssstttt..Gambar incik dear selalu sangat takde. sebab masa kitorang snap picture ni incik dear tengah isi minyak kete..huhu


Zaeem dapat kaki

Assalammualaikum,

Ada apa pada kaki? hehe macam baru 2 3 hari lepas aku mengharapkan zaeem cepat jalan. Alhamdulillah.. macam dah nak makbul.. zaeem da start menapak dua tiga langkah.

Seronoknya hanya Allah yang tahu. Mana taknya rasa terkejut sebab hari Isnin 30/12/2013 aku baru perasan zaeem baru belajar berdiri tanpa ada sokongan. Tup-tup malam 31/12/2013 zaeem da start melangkah. 

Sempat aku rakam.. Masa ni memang asik jatuh-jatuh sebab tak balance lagi. Zaeem pon nampak macam gopoh sket..laju je macam nak berlari..padahal baru je dapat kaki..




Masa ni umur zaeem 10 bulan 2 minggu 5 hari. Tiktoktiktok!!! pejam celik nanti awak kejap je da setahun..

can't waittt!!

Love u baby