Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 30 April 2014

Farewell at The Royale Chulan


Luncheon farewell with corporate members from Karyaneka. Its been a great farewell ever in my life. Thanks for the experience, lesson & warm relationship.

Will miss you guys sooo much. 












Shahrir with GM


me & shahrir will leaving soon.



Thank you for the past 4 years.


Hugs,

Tuesday 22 April 2014

Next Trip: Gambang


dapat beli voucher murah masa Matta Fair. Pakej 2 hari satu malam kat Carribean Resort, Gambang.

aku tak penah pegi Gambang weh...

Plan for holiday on 3 & 4 Mei 2014. Sweet escape special during our anniversary. Actually masa tu dah belated daa.. Kitorang punya anniversary 27 April.. tapi masa tu bespren aku kawen..so extend la kami punya anniversary..




can't waitttt! 

next entry aku cerita lebih details..


Monday 21 April 2014

Trip ke Jakarta-Bandung Part 3


Banyak sangat partnya. Ok aku janji..ni last part sebab aku pon memang dah malas nak tulis panjang-panjang.

Masa kat Bandung aku duduk kat Braga Apartment. Sebutan apartment nye kene macam ni yer kawan-kawan.. "Ar-part-te-ment".. Dalam Apartment tu ada 2 bilik.. dan 1 bilik air. Ada tempat masak.. Siap semua periuk belanga la senang cerita.

swimming pool pun ada. Tempat makan dekat.. kedai ala-ala 7e ada je kat tingkat bawah. Guardian, Starbucks punnn kat bawah je. Apartment ni kat belah bawah dia ada mall. tapi mallnya banyak restoran je..






Luas bilik air dia..boleh mandi berlima secara berjemaah ye.. :P
Sampai je, Pak Ujang bawa kami shopping kat Toko Tiga. Kat sana boleh dapat original jeans dengan harga murah ye. Malam pulak ke Stone Cafe. Makan sambil menikmati view bandung. Tempatnya cantik...makanan nye pun sedap.. serius berbaloi kalau pergi. Udaranya pun sejuk je.. Ala-ala kat cameron giteww.. Tapi waktu malam di Cameron Highland tu sejuk sangat.. ni sejuk sikit je.


must visit: stone cafe. Makan sedap. view tip top

Trip - 2nd Day

Tangkuban Parahu
Pukul 9 pagi lagi Pak Ujang dah bawak kitorang pegi Tangkuban Parahu. Breakfast kat Mekdi je. Tiket Masuk ke Tangkuban Perahu Rp75.000/person dan Rp15.000/kenderaan. Bukan bayar salah satu ye..kiranya kene bayar ikut kepala dan kenderaan yang kita naik tu sekali,

Sampai sana tengok view "bukit api"..memang cantik viewnya. Tapi agak merimaskan orang-orang yang menjual souvenir kat sana.. sebab ramai sangat..  Amik-amik gambar lepas tu terus blah.

Kebun Teh





Melawat kebun teh yang ada berdekatan Tangkuban Parahu.. yang ni saje saje je sebab nak amik gambar.. dalam pada tengah amik gambar tu ada orang jual strawberi dan rasberri. Memang sedap buah rasberri tu. Orang tu jual Rp200.000 (3 kotak). lepas tawar harga dapat la dalam Rp120.000. Mahal siot.


Kampung Daun
Tengah hari tu pulak.. kitorang di bawa pegi melawat Kampung Daun. Tempat tu cantik sangat sebab banyak pokok-pokok. Actually memang sesuai bawak family lunch kat situ..sambil-sambil dengar deruan air sungai.. nyaman je. Tapi kitorang tak makan pon kat situ..datang tengok-tengok kawasan je.

Trip - 3rd Day

Pasar Baru
Pagi-pagi lagi dalam pukul 9 pagi aku satu family dah cas tenaga nak memborong kat Pasar Baru. orang kata kalau da sampai bandung..rugi kalau tak pegi ke pasar baru. Pasar baru lebih kurang macam Plaza GM kat chow kit tu.. bezanya boleh dalam kuantiti sikit dengan harga murah. Pegi sana aku memang da set kat kepala otak nak cari 3 benda je. Telekung, kain pasang ngan souvenir kecik-kecik. Memang kat sana ada macam-macam.. cuma yang tak berapa nak 'macam' adalah poket aku..hahaha kalau bawak duit seguni boleh la aku shopping dari tingkat 1 ke tingkat 7 kan..

murahnya telekung kat sana contohnya telekung travel la.. Kat pasar baru boleh beli dengan harga  Rp30.000-Rp35.000. duit RM lebih kurang RM8-RM9. murah kan? telekung yang sama aku tengok ada orang jual kat pesbuk RM39 without postage.

serius murah nak pengsan!

Kat pasar baru ni jugak aku beli baju mandi zaeem..harga Rp50.000 bersamaan kurang lebih RM15. ok ke tak ok? murah kan? kalau kat jusco rata-rata jual baju mandi budak setahun RM60-RM70

Anakecil
Kat sini banyak jual baju-baju budak. Nama kedai pon anak kecil kan. kat sini banyak baju cantik-cantik.. jeans budak..baju baby..gaun.. semua ada.. beratus RM gak habis kat sini. 




Heritage
Kat sini jual baju-baju branded..sekali pandang macam dalam jusco je. aku jalan jalan je kat sini. tak beli apa-apa pon..sebab takde yang berkenan di hati. lepas tu pak ujang ajak aku satu family melawat rumah mode.. tapi tak pergi pon sebab..macam tak payah je pegi brand-brand outlet..tak minat sangat.. lagi pon duit da tak banyak..hehe

Paris Van Java
Aku penah dengar ada member cakap..kalau pegi bandung jangan tak pegi PVJ ni.. aku bayangkan shopping mall yang tak boleh nak bayangkan la keseronokan membeli belah kat sana.. sambil membayangkan adakah suasana kat PVJ ni macam kat paris.. suasana yang cantik ala-ala oversea..

Tapi..

masuk je. macam hampa sket. rupanya macam ko pegi MidValley MegaMall or The Garden je. Kat dalam PVJ ada Sogo.. terkejut wehh..serius Sogo ada? Kat PVJ tu aku beli Fridge Magnet 2 ketul , Roti dan barang-barang makan- Megi, Milo, etc..

Last Day

Pagi tu jalan-jalan je kat sekitar bandar..incik dear sempat rembat satu baju beskal.. Harga Rp150.000 (RM50) murah katanya.. kalau kat KL mau RM100++. Nasib aku baik, dari hari 1st sampai bandung aku cari minyak angin aromaterapi herborist. Hari terakhir tu la jumpa. Cari kat pasar baru pon takde jual. stok habis.


toko tiga
Last day kitorang plan nak pegi toko tiga lagi sebab nak beli jeans. sementara tunggu toko tiga bukak..kitorang jalan-jalan kat kedai kat seberang jalan depan toko tiga tu. time tu la jumpa minyak angin tu. 3 dozen terus borong. berbaloi beli.. buat souvenir kawan-kawan ngan bos. Berbaloi..rasanya aku tak jumpa minyak angin tu kat malaysia.. ni versi minyak angin yang bau wangi. nak pakai pon tak segan..sedap je bauuu..




Last station: airport. Lega.. time untuk balik kelumpo.. habis sudah sesi melancong di Bandung! Tak perasan..panjang giler entry ni..

Jangan lupa sediakan airport tax Rp75.000/person. nanti ada kang yang tak balik malaysia..hehe





psst: tak ingat hari ke berapa sampai bandung.. zaeem demam panas. Nasib aku bawak bekal ubat. Tapi sebab risau..aku pegi jugak hospital kat bandung tu check up dia. Agak terbatas sket waktu untuk berjalan sebab anak tak sihat. but its okay.. we still enjoy the holiday!

Monday 14 April 2014

Notis

Assalam,

Malam tadi dekat 3 jam aku taip notis berenti ni. Ntah apa yang aku pikir.. walaupon aku refer 3-4 helai contoh kat internet..tapi semua nya macam kureng related. Taip..Taip.. termenung..

sebenarnya aku takut nak hantar..

Takut bos marah..

Tapi.. Alhamdulillah.. bos tak de la nak marah ke apa.. cume diorang tak sangka aku nak blah..

Sayang jugak nak tinggalkan keje sekarang ni.. nak buat camne.. dapat offer lagi okay..so move on je la..

New environment.. new challenge.. new colleague.. Hopefully ini yang terbaik. 
Thank you Allah!



Thursday 10 April 2014

Trip ke Jakarta-Bandung Part 2


Sambung entry yang Part 1 punya.

Dari Jakarta nak ke Bandung ada dua cara.. Nak naik kenderaan biasa boleh.. kereta api pon boleh. Bahana naik kenderaan biasa ialah macet. MACET ialah jemmmmm.. sape suka jem angkat tangan! 

Orang Jakarta memang suka shopping kat Bandung sebab barang-barang di Bandung jauh lebih murah berbanding Jakarta.. tu pak supir aku yang bagitau laaa.. Thats why kalau hari minggu..sabtu ke ahad ke..tak kisah la hari ape jalan nak macet..jangan laaa naik kereta kat sana.. boleh sangkut sampai 5 jam dalam perjalanan.. nasib tak baik boleh lebih dari 5 jam.. seram kan? bukan seram apa.. bayangkan la 5 jam kalau shopping...hai laaa macam-macam dapat..hahahahaha

Aku sekeluarga pilih alternative menaiki kereta api. Beli online je dari sini. Perjalanan dari station gambir ke Jakarta mengambil masa sekitar 3 jam. Tiket tak mahal.. dalam Rp90000 je sorang. tu executive punye class. Nama je executive..tapi biasa je.. Nama je nak gempak..ohh.. nama kereta api ke bandung tu Argo Parahyangan.

Anak aku kene cas Rp9000. Masa beli online ingatkan budak setahun tak payah beli tiket..rupanya kene beli. Aku beli kat sana je.

Sampai kat station gambir, kena terus pergi ke bahagian loket. kat situ boleh tukar tiket online kepada tiket sebenar..

atau nak lagi mudah.. print sendiri tiket..memang disediakan counter untuk print..layan diri okay.. mudah dan tuntas giteww..







View dalam executive class







Kalau tak tido, pemandangan kat sana cantik-cantik. Tapi sebab nasib aku tak baik..gerabak yang aku naik tu aircond rosak. memang tak fun langsung. Rasa nak harok je.. bukan la panas sangat..tapi tu la.. bayangkan je la 3 jam tanpa aircond.. sila bayangkan ye.. malas nak cerita.

Selepas bersauna selama 3 jam.. sampai jugak la kat station bandung. Dan kami dijemput oleh Pak Ujang.

Sampai je..aku terus suruh pak ujang bawak aku sekeluarga pegi apartment. Kitorang tak duduk kat hotel.. tapi pilih duduk di apartment.



Sambung cerita pasal apartment dan aktiviti kat bandung in next entry :)




Wednesday 9 April 2014

Trip ke Jakarta-Bandung Part 1

Assalam,

29hb Mac 2014 

Lama betul tunggu akhirnya tiba jugak masa nak melencong melancong ni. Flight dari Airport Senai, Johor jam 4.50 pm dan sampai kat jakarta pada jam 5.45pm

Al-kisah 3 jam sebelum ke airport.. aku sekeluarga hampir-hampir tertinggal flight sebab salah tengok tiket. Ingatkan flight ke jakarta pukul 5.30pm..sekali cek balik.. amik ko! pukul 4.50pm. Masa pukul 2.00pm tu aku feeling-feeling nak landing-landing atas katil sambil mata nak terpejam. Sekali bila incik dear kelam kabut bagitau aku salah tengok time flight. berdesup bersiap masuk kete pegi aiport.

tungtangtungtang dalam pkul 3 lebih dah sampai airport. Check in luggage pastu kitorang pegi makan kfc jap.


pkul 4.30pm lenggang kangkung masuk balai berlepas. kosong. pelik apsal macam takde orang?

skali ada staff air asia panggil suruh turun tangga dan masuk terus dalam kapal terbang.

ok. masuk..

eh? dah penuh?

ooo..rupanya kitorang berlima adalah orang terakhir masuk dalam kapal terbang.. hahaha tak panas bontot pon lagi kapal terbang da jalan.

lenggang kangkung sangat kan.. sket je lagi nak tertinggal flight. buek malu!

Sampai airport jakarta.

macam biasa, kat pintu luar airport ramai giler ulat teksi. Before sampai sini aku memang da kaji da.. ulat teksi ni kaki kencing. memang kaw-kaw kencing pelancong..
Kalau boleh elakkan. 

ELAKKAN!

Tapi tak dapat elak sebab diorang kerumun ayah ngan laki aku.. dok cakap naik teksi bluebird nanti kene cas mahal sebab macet, kene tol la..blablabla... nak tak nak.. nego punya nego.. dia mintak Rp200,000 dari airport ke hotel MaxOne, Sabang.

Kitorang check in kat hotel MaxOne, Sabang pada pukul 6.30pm (waktu Indonesia). Dapat info dari blogger-blogger yang hotel ni agak strategik tempatnya..senang nak ke Tanah Abang.. dan yang penting dekat dengan Station Gambir.

Kos sekitar RM279.00 untuk 2 bilik. 2 hari 1 malam. Kitorang duduk sini kira macam transit sekejap before pegi Bandung.

Hotel bajet. decoration memang sangat cantik. Tapi keluasan dia agak kecil dari hotel bajet yang aku penah pegi sebelum ni. Overall memang puas hati.










Agak mengecewakan sebab aku tak dapat nak ke Tanah Abang dan Mangga Dua sebab masa tak cukup. Train ke bandung dalam pukul 12 tgh hari esoknya. Boleh je kalau nak pegi Tanah Abang tu.. Tapi sekejap la masanya kat sana dan takut terkejar-kejar pergi station Gambir pulak nanti.

Dinasihatkan kalau nak berjimba2 at least duduk 2 malam kat Jakarta.

Monas pun tak pergi even tak jauh dari station gambir. Sebab takkan nak seret 2 bagasi ke sana.. lagipon pukul 10 pagi kat sana da panas terik. Kesian kat anak aku..

Kalau pergi berdua..lama dah aku redah..hehe

Tambang teksi bluebird dari hotel ke Station Gambir Rp17000. Better cari teksi sendiri daripada suruh hotel carikan sebab nanti kene minimum charge. Contoh kalau aku suruh hotel panggilkan teksi kene minimum cas Rp35000..walaupon meter teksi tulis Rp17000.

Sambung next entry..



Monday 7 April 2014

Hello Jakarta!

Assalam,

nak bagi teaser gambar kami sekeluarga sebaik sampai di airport Jakarta.



Details will be on next entry. Daa!