Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Monday, 23 June 2014

Tak Selera Makan

Assalammualaikum,

Thanks to Allah.
Second pregnancy ni aku takde morning sickness. Sama macam mengandungkan zaeem dulu. Maybe its too early nak bagitau yang takde morning sickness. But the bad thing is.. aku macam tak boleh nak makan ayam. Tengok pun macam.. Erggghh! WTH..

Ape2 makanan..aku akan ketepikan ayam. Ape pasal laaa weii..

Kalau dulu selera makan masa awal pregnancy macam orang gila..Sekarang, nak makan pon.. macam kena paksa.

Hei, Dulu tiap2 pagi makan nasi lemak 2 bungkus okay! tengah hari melahap nasi lagi.. mau tak naik 20kg sampai 39 weeks. haha






Sunday, 15 June 2014

Orang Baru

Assalammualaikum,



Alhamdulillah. Akan datang ahli keluarga akan bertambah. Now da 10 weeks 4 days.
zaeem akan jadi abang..
Rezeki tukar kerja baru.. dapat rezeki baby baru..
 Rezeki tak diduga.
Walau pada mulanya aku takut plus seriau..
Mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan aku sampai baby ni lahir..
Amin..


 



 

Gambang - Carribean Bay Resort


Assalammualaikum,

Dah masuk bulan Jun.. baru dapat update cter pasal Gambang. Aku dapat grab voucher 2 hari satu malam stay di Carribean bay Resort dan tiket water park for 2 person. Anak aku bawah setahun so..no need to pay..free je..

Planning nak sambut anniversary.. just relax-relax dan santai2 main air kat water park. Best sangat.. tapi lagi best kalau pergi ramai-ramai..

Pagi-pagi da bertolak dari cheras dan sampai lebih kurang pukul 12 pm kat gambang. Datang-datang terus cuba nasib nak check in.. sebab masa call dia ada bagitau check in pukul 2pm.. tapi terjah je la..sebab da sampai kan....

Sampai-sampai kat kaunter tu.. rezeki kitaorang agaknya.. pihak resort upgrade dari studio suite ke family suite.. Family suite ni besar.. ada 2 bilik dan 2 bilik air.. 

Kitorang dapat kat blok N1. Kat blok ni happening sikit bila malam sebab ada fun fair. Bilik yang aku dapat betul2 menghadap fun fair. Bila malam tu merasa la bunyi bising sampai ke dalam bilik. Agak susah jugak la anak aku nak tido..

meh layan gambar-gambar kat bawah ni

Bilik 1
Bilik 2
 








Harga voucher yang aku dapat untuk 2 hari 1 malam ni hanyalah RM220. Memang plan nak pergi lagi..bawak family pulak..