Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 30 December 2011

end of 2011

salam jumaat..


hari jumaat memang syok kalau nak mengular. kalau sebelum ni..hari jumaat je mesti teringat kat jalan tengah. shopping la ape lagi? tapi sejak dah takde geng nak meronggeng..dok opis je la..men pesbuk, tengok movie, mengarut dalam blog..blablablablabla...


pejam celik pejam celik..lusa dah masuk tahun 2012. sekejap je. hari berlalu macam angin. berdesup lajunye. 


tak sabar rasanya nak melangkah ke tahun baru. 
mak kate aku gatal sebab tak sabar nak kawen.. tapi itulah hakikatnya..haha


see? hehe love dis pic so much!






Sunday, 18 December 2011

tudung lilit-lilit



terjumpa satu ustaz ni bagi ceramah pasal tudung belit-belit a.k.a selendang..
ramai yang asik nak mengkritik orang yang pakai tudung..
cara itu tak kene..
cara ini tak kene..
tepuk dada tanya iman..




credit to: suri

Saturday, 17 December 2011

k.a.m.u





hari demi hari..
masa demi masa..
aku menghitung masa untuk bersama kamu..
wahai waktu..
segera lah berlalu..


my favorite


cerita lama yang wajib perlu ditonton..
one of my fav movie..
just share for fun!

 
 



p.s kali ni terlebih feeling la pulak~
 

Thursday, 8 December 2011

ketinggalan dek kemodenan

tiba-tiba hati kecil aku berkata: 
"aku ke orang  terakhir kat muka bumi ni baru tau menatang ni?"
tiba-tiba jugak aku tensen. malu. eksited. nak gelak pon ade.
Maybe bagi orang yang dah pakai iphone n henpon-henpon yang canggih ni dah lama tau..


tapi aku...


kesian kan?


arghhh! tak peduli.


semuanya pasal QR code. 
bila tanya budak opis..diaorang pon xtau pasal menatang ni..kiranya bukan aku sorang la tak tau..
sampai la aku tertengok satu video ni


 

nak tau punya pasal..godeh punye godeh aku berjaya create satu code ni. masa ni aku dah rasa tak boleh blah. dok pinjam iphone member main2 scan menatang ni.
jakun sekejap.
tak lama lepas tu rasa nak tukar henpon la plak. sedih sebab samsung wave tak boleh nak support QR reader ni.. sob sob..







p.s pasni nak propose kat bos letak code ni kat pamphlet. Agak-agak bos naikkan tak gaji aku? *dush!*


 sekian
 


Thursday, 1 December 2011

ingat kau hensem?






p.s untung la kalau ade lecturer mcm ni kat kolej..

.
continue watching pretty little liars season 2 | Mr Ezra Fitz


hi december!

just want to say hi!

























Wednesday, 30 November 2011

sepetang di Penang



'

























p.s bangunan-bangunan kat penang sangat cantik. syok kalau bleh shoot wedding picture kat sini..







Tuesday, 29 November 2011

Hatyai

Salam Maal Hijrah semua!

ingat tak entry planning for holiday yang aku post hari tu? haa.. nasib baik jadi planning tu. pegi dekat2 jek..jauh2 tunggu tahun depan plak. Kali ni aku holiday kat Hatyai! yeay! best..best..

ni kira cuti-cuti koboi. hehe nama pon dah koboi.. pegi pon sekejap je la. 2 hari 1 malam..

Destinasi pertama khlong hae. ambil masa dalam 20 minit dari danok kalau naik kereta sewa lah.. tempat ni lebih kurang macam pasar tamu kat sabah. banyak barangan bundle boleh carik kat sini. tapi bukan takat barang bundle je..barang-barang lain pon ade..

kasut bundle.
pasar pagi


gerammm tengok ketam & udang kat sini..kalau la rumah dekat dan boleh masak..lama dah aku borong menatang ni

dah habis memborong kami teruskan perjalanan ke hatyai. dari sini lebih kurang 30 minit untuk ke hatyai. kos perjalanan dari danok ke hatyai cuma 1000 baht. murah ke mahal? ni dah campur driver kene tunggu 3 jam kat khlong hae then baru shoot ke hatyai. naik toyota yaris tu..


kat Hatyai..berenti kat Lee Garden Plaza. cari hotel berdekatan Lee Garden dan dapat yang murah.. hanya 550 baht sahaja. 


area Lee Garden memang strategik sebab terletak kat tengah2 bandar. nak makan, berjalan n nak cari transport awam memang senang. takde masalah.

Yang best kat plaza ni dia punya idea market. macam2 souvenir DIY ade. kretip...cantik2 belaka.. 

idea market

mancis untuk souvenir

sepit rambut
menu for lunch!
 after lunch, jalan2 kat bandar Hatyai before pegi floating market. naik tuk tuk dari bandar ke Floating Market. yang ni aku tak ingat berape kene charge..tapi bayar sekali untuk ke night market. (bandar - floating market - night market)
tuk tuk


air dalam bekas tanah liat.
kuih ni sangat comel. tak sampai hati nak makan..
sushi
berani mau cuba? hehe geli!





gambar ni je yang sempat amik. lepas tu dah penat dah.. pagi esoknye tros gerak balik kl. anyway, even hatyai tak sebest bandar kl, tapi aku hepi dapat tengok budaya & cara hidup "tempat orang".











p.s ade plan nak datang lagi sebab nak cuba massage Thai. menyesal tak sudah sebab tak sempat nak pegi massage. hmmm..






Wednesday, 23 November 2011

planning for holiday!

sempena cuti awal muharam ni mesti semua orang dah siap2 plan cuti2 malaysia kan? kebetulan pulak cuti jatuh pada hari ahad dan extend ke hari isnin... pergh..memang best kalau sape2 ada plan nak berjalan cuti ni..

aku teringin sangat nak pegi holiday ala-ala backpackers. macam best je.. tak payah nak bawak beg banyak2..  bawak ape yang perlu pastu redah je tempat yang nak pegi tu..baru adventure!

  
beg beso, kamera seketul..
planning dah ade.. hopefully segalanya berjalan lancar.. takde aral melintang sampai la ke sana.. 

destinasi? to be continue in next entry! =)


mood: eksited giler!









p.s teringin nak pegi travel macam dalam destinasi bajet



Tuesday, 22 November 2011

my new layout




testing new layout..
hehe
2 hari buat baru siap..
ada lagi yang tak ok
& banyak code yang hilang
hmmm..














p.s curi2 time keje nak edit belog. hehe .




Wednesday, 16 November 2011

extra busy

lama rasanya tak menghupdate belog ni..
dah bersawang2 rasanya..
sebulan lebih aku terlalu busy..
tak sempat nak main2 waktu keje
geli kan dengar? bajet pekerja berwibawa..haha!

betul...nak bukak pesbuk pon kadang tak sempat..
kesukaan aku untuk menstalker dah lama aku hentikan disebabkan kekangan kerja ini..
aiseh! rindu nak main2 macam dulu..
enjoy je rasa..

boleh tak nak duduk rumah goyang kaki tapi duit masuk?
ade?









p.s pagi tadi aku sakit hati dengan kucing jiran..curi2 masuk dalam rumah dan cuba untuk makan hamster aku. dosa tak kalau aku tolak kucing tu dari tingkat 8?



Tuesday, 1 November 2011

yeay! already 6months..



tak sangka pejam celik pejam celik
dah 6 bulan rupanya kami bertunang..


Alhamdulillah..

Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat

Amin










Friday, 28 October 2011

sweet memory





Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar..






p.s i love you
23 October 2011 | Bukit Tinggi
credit to shahrilnajib





Tuesday, 25 October 2011

Tips pakai kasut tumit tinggi

Kalau tengok mana2 kedai kasut memang tak sah kalau takde kasut tumit tinggi kan? Macam2 pesen ade..ber-reben, ber-bunga2, ber-tali2... n macam2 lagi la.. kaler pulak takpayah cerite..dari kaler kelabu taik hanjing sampai la ke kaler ape orang selalu sebut..hmm... tiffany blue? haa..semua ada..




Niat nak pakai pulak macam2...ada nak nampak tinggi..ada yang nak nampak vogue dan ada jugak yang nak nampak ayu.. yelah.. mana ada orang pakai high heels ni jalan terkengkang2 n bersepah2.. kan? betul tak?

so, aku sangat jeles pada mereka iaitu tak kira para gadis ke mak datin ke dan sekutu dengannya pakai kasut macam ni.. sebab ape? sebab aku tak boleh la nak pakai kasut macam ni. sape boleh bagi tips macam mana nak jadikan aku seorang gadis yang ayu berkasut tumit tinggi? ada tak?

macam sweet je kan pakai macam ni?
macam ni pon lawa!


aku sangat heran mereka yang boleh pakai kasut macam ni shopping tawaf satu mid valley..aku? kompom pancit.. baru round 1 level da nangis nak balik.. tak syok la..

raya hari tu konon beli 2 pasang kasut jenis high heels & wedges.. tapi..hancuss...takde dipakainye der..simpan aje dalam kotak.. kan ke membazir bila dah dibeli tapi tak dipakai?


ada ke tips nak pakai kasut macam ni untuk jangka masa yang lama?



ada ke?






p/s: Kalau ade yang nampak aku pakai kasut macam ni..tu tipu jek.. aku boleh tahan paling lama setengah jam.. pastu dah..  









Wednesday, 12 October 2011

sony NEX 5N



oh! idaman ku..





hasil gambar tip top. boleh review kat sini atau sini
gambar tak payah edit. guna je application yg ade.
senang nak dibawa ke mana2..

sony NEX-5N

ada brani mau cube?


1st step- sampul kad

simple & nice  
coming soon..blue & pink!


blur sebab guna kamera henpon jew..



selagi boleh jimat aku akan cube jimat..
walaupon kawen hanya sekali..
ape salahnye berjimat-cermat kan?

ada orang setuju? 
.
.
.
.
.
.
.
.

cepat angkat tangan!







Tuesday, 11 October 2011

lolipop ke gula-gula kapas?

gula-gula kapas kaler merah jambu..
memang kene kaler merah jambu ke?
macam ni?


kat mana nak cari gula2 kapas yang kalerful mcm ni?



hmmm..

ke.. nak guna lolipop?


ice-cream pon ok kot..hehe


share mcm diorang ni..hehe


Sweetnyeeee~

Berangan tak habis2..*dush!dush!*


Tuesday, 27 September 2011

Siboh kitak nangis


Zee Avi - Siboh kitak nangis


Oh Sayang
Siboh kitak nangis
Mulut urang nang kadang kadang jaik


Oh Sayang
Jangan ambik ati

Tok kelak akan pergi
Sik lamak agik
Sik kesah ribut ka guntur ka kilat ka
Kamek akan di sebelah kitak
Mun kitak perlu kamek
Oh Sayang
Udah gik kitak nangis
Kamek sik suka nangga
Kitak patah hati
Oh Sik hal sayang
Dunia tok memang adil
Asalkan kitak jangan lupak dirik
Sik kesah ribut ka guntur ka kilat ka
Kamek akan di sebelah kitak
Mun kitak perlu kamek
Mun kitak perlu kamek...



p/s: teringat dekat membe2 sarawak masa kat Labuan dulu..

Monday, 26 September 2011

sunway lagoon

kisah Sabtu lepas..
credit to embah google


Takde idea nak lepak kat mana..aku dengan member2 decide nak berjimba-jimba kat sunway lagoon..tak lain tak bukan..member2 seperjuangan lepak dan ronggeng dari zaman hingusan..piah n piza..masing-masing bawak partner masing2..aku macam biasa la.. partner tetap..



Gerak dari rumah tak boleh blah..awal..eksited la katakan..padahal dulu masa zaman remaja kat kolej, bukannya tak penah sampai ke sunway lagoon tuh...


Sampai2 sana..kene tunggu kaunter tiket bukak. Datang awal..konon2 takut ramai sangat orang..tak larat nak beratur..padahal bila sampai sana takde la ramai mana pon.. Rege tiket..boleh tahan la..sekali sekala pegi best la..hari2 mati woo..

3 Park (Water Park, Amusement Park & Wild Life Park)
Adult = RM60.00
Child = RM45.00

5 Park (Water Park, Amusement Park, Wild Life Park,
Extreme Park & Scream Park)
Adult = RM75.00
Child = RM60.00

Memandangkan masa kitorang pegi tu ada 4 family day, so nak amik 5 park kunun2 takut la tak sempat main semuanya...last2 pilih yang 3 park je...jimat pun jimat..ye dak?

Paling tak boleh lupa masa aku naik pirate ship..masa nak naik tu memang aku dengan piza dah teragak2..tapi bila memikirkan dah alang2 kepalang kan...nak taknak kene naik jugak la..ape2 pun kalau tak terai..mana nak tau..

nampak cam best je kan..

kepada sape2 yang suke nak terai mainan2 yang pada aku da cukup buat jantung macam nak luruh..boleh terai naik pirate ship ni...haaii.. sekali dia pusing..360 darjah daa..

sekali dia pusing 360 darjah daa..




Tak silap aku pirate ship ni bukan yang macam kat genting tu..yang ni giler la..tak boleh aku nak terangkan mcm mana rasa seramnye.. seram sampai dah xboleh jerit..kalau boleh jerit tu sampai dah tak kuar suara..selain jerit..aku asik mengucap je.. Ya Allah memang takut betul..rasa macam nak tercampak ke bawah masa kapal ni terbalik.. tak nak da aku naik mende ni lagi... sumpah seram! 

piah duduk kat depan aku masa naik pirate ship ni..kalau aku boleh rakam muka piah kan bagus..hahaha lawak2...

roller coaster & tomahawk dia pon syok gak...walawei..puas hati la..berbaloi jugak pegi..

Yang tak bestnye..makanan kat sana mahal..aku sempat beli burger ayam kosong yang tak panas dan tak berapa sedap...harga RM9.00 sebijik.. air RM4.00 secawan.. 

alaa..biasa la..orang bisnes...nak untung..diorang tau yang orang akan beli..sebab lepas orang berendam..mesti akan lapar punya..

aah! tu takde hal la..yang penting enjoy! so, sape yang tak penah pegi..boleh pegi.. dan sape yang dah penah pegi..ape lagi? pegi la lagi..hehe










p/s: mat bangla photographer ada di mana2..jangan risau pasal gambar..anda dalam air pon beliau akan snap..macam2 'pose' yang mat bangla tu akan suruh anda buat..
nanti kat kaunter..sediakan je la RM35 untuk sekeping gambar kalau nak tuntut gambar tu..hehe

mahal la wei! (T__T) sedih tak dapat beli...sob..sob..

Monday, 19 September 2011

sharing for fun!

Assalammualaikum dan hai!


Maybe start next month and next next month.. aku da start nak share preparation for my wedding! Rasanya tak terlalu awal ke? ke...excited lebih???
aaah!.. tak kisah la..saje suke2.. 


sebab nak share ni bukan nak menunjuk2...my wedding pon takde la grand mana pon...saje nak buat coretan untuk dikenang untuk masa depan..


sekarang ni berangan nak buat pomander ball.. and untuk first touch...biasa la..tak menjadi..kikiki


and hopefully..next time..menjadi la ye.. 


tunggguuuu...