Pagi ni terbangun dari tidur dengan perasaan gembira.. senyum.. ye.. tu yang aku amalkan setiap hari selepas bangun tidur untuk mengelakkan gangguan emosi jahat iaitu bad mood. Alhamdulillah.. sebulan dah aku jadi seorang isteri. rasa macam sekejap jek masa berlalu. hidup berkeluarga memang menyeronokkan.
*its 1 month 1 day .. |
Baru-baru ni aku dengan incik dear baru je sepakat ada hobi baru.. mana taknya..kerja dia mengadap laptop memanjang.. lebih-lebih lagi bila ada game diablo 3 depan mata.. aku jadi nombor 2.. ah! menci!
berbalik pada hobi baru tadi. haa.. hobi yang kitorang baru sepakat jumpa.. buat kek! tak tahu mana datang idea ni. tiba-tiba je macam seronok nak buat kek ni. tapi 1st trial just buat puding roti. ini memang 100% air tangan incik dear..hepi sungguh bila puding yang dibuat menjadi..
next mission-apam polkadot, pizza, kek coklat...banyak lagi rasanya! macam main pondok-pondok plak.. :)