Monday, 21 January 2013
Set Bersalin NR online
Assalam,
Akhirnya aku da boleh buat keputusan set bersalin yang mana satu nak pakai time pantang nanti. pikir punya pikir aku amik set bersalin Nona Roguy je sebab masa aku buat survey.. ramai yang amik set ni masa berpantang. tengok testimoni pon banyak yang kate ok.
malas nak pikir panjang..amik je.. lagi pon harga dekat online dengan harga set ni dekat kedai jamu di luar jauh bezanya. Kat online boleh dapat rate RM290 ke RM300. Kalau kat kedai jamu biasaya RM365. tu pon lepas mintak diskaun, diorang boleh bagi RM350 je. tak berbaloi la...
Aku beli kat SET Bersalin MALL siap ada free gift lagi. Boleh pilih mana satu yang kite nak.
Beli set NR dengan harga RM300 dengan pilihan free gift:
Pilihan 1: Percuma bengkung, tungku baby, barut baby & pilis
Pilihan 2: Percuma rempah mandi, kapsul haruan, minyak telon, tungku baby, barut baby & pilis
Pilihan 3: Percuma kapsul haruan, losyen pati halia, minyak telon, tungku baby, barut baby & pilis
Aku pilih free gift pilihan 1 sebab ada bengkung. so tak payah susah2 nak beli bengkung..hehe
Hampir complete persiapan untuk bersalin. Semoga aku dipermudahkan masa bersalin nanti. Tak sabar da ni..hehe
p.s kebetulan mama da pon jahitkan barut dan bedung baby corak polkadot. dapat free gift pon bercorak polkadot. kebetulan kan?
suke ♥ sangattt..
Wednesday, 16 January 2013
Bingka Labu Labi
Teringin sangat nak makan bingka labu. cari kat kedai tak jumpa. last-last buat sendiri..
sebelum masak nampak cantik.. selepas.. tonggang terbalik..hasil keje cik dear..yang mencube menterbalikkan kuih semasa kondisi nya yang tengah panass..sabo je laaa..
masak guna api dapur je. sebab oven tak muat. tak muat-tak muat pon.. sempat gak aku sumbat loyang ni setengah jam kat dalam oven.. haha
total masa untuk masak bingka ni 2 jam..kenapa aku rasa lama sangat eh? memang berjanggut la nak menunggu.. dengan bau yang menggoda lagiii..
itu la makanya kalau tak reti nak tunggu kuih tu sejuk dulu kan..nasib untuk makan sendiri, kalau untuk jual..mau menangis orang tengok. oh! silap2 haribulan kene baling dengan kuih sendiri..
satu bekas ni je yang senonoh sempat di bawak ke opis. walaupon rupe buruk tapi rasanya tak boleh tahannn.. sedap seyh.. haha (puji diri sendiri)
terima kasih kepada tuan punye resepi. Mat Gebu (my resipi.com)
tanpa resipi kamu, tak dapat den nak merasa bingka labu yang mabeles ni.
rasanya ni je makanan yang aku mengidam dan teringin bebeno nak makan.
kalau baby keluar nanti ngences jugak..tak tahu la aku..
Friday, 11 January 2013
Maternity Photoshoot Collection
sweet memory of 34 weeks 1 day.
Lokasi: Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor
Photographer: Shahrilnajib Photography
Saturday, 5 January 2013
Ultrasound Scan 3D 4D Ampang
5 Januari 2013. 34 weeks.
Scan 3D 4D di Klinik Fauziah & Rakan-Rakan, Ampang.
Servis terbaik dengan bayaran yang berbaloi-baloi. sesape kengkawan nak pegi scan baby. moh ler ke sini. Memang rekemen sangat-sangat. Sonographer die (Jezzlyn) sangat la best.
Masa aku sampai klinik ni, tunggu pun tak lama sebab ada lagi 2 pasang suami isteri tengah tunggu turn.
Bila sampai turn aku..berdebar-debar rasanye..masuk je then aku kene suruh baring. Pastu start la sesi scan menyecan. Oh sebelum tu sempat jugak si Jezz ni tegur aku kate badan aku kecik tapi perut besar .haha Sebenarnya memang da ramai da cakap macam tu. so... aku tak kisah punnn.hehe
Masa sebelum sampai klinik tu, baby bergerak-gerak bukan main lagi. aku da pesan da jangan tido. tup-tup baby tido la plak. siap tutup muka guna tangan. huh. Saje je nak suruh ibu dengan ayah tertunggu-tunggu kannnn!
Jezzlyn kejut baby..ketuk-ketuk perut aku..tapi baby tak nak alihkan tangan jugak. aku pon disuruh mengiring ke kanan..biar baby pusing or gerak sikit katenye.. lama jugak sesi kejut mengejut tu.. last-last baby alihkan tangan jugak.
yeay!
Aku dengan dear super excited sangat bila da nampak muka baby.. Aku senyum memanjang tengok si kecik ni. speechless sekejap. tak percaye! tak percaye! ngee~
1st scan dulu-dulu cinonet je budaknye. Sekarang ni besar sudah. ukur punye ukur Jezz cakap baby ni macam besar. oh sebenarnya bukan macam. tapi memang besar. haha saiz sekarang ni patutnya saiz baby yang dah 36 minggu..
*dangggggg*
dan-dan susah hati sekejap.
"mummy kene control makan ye..takut nanti baby keluar berat jadi 4kg pulak.." kata Jezzlyn
hwaaa! aku tak over makan pon. macam mana nak control lagi? pening..pening..
.
.
.
Time scan ni aku dapat pakej tengok die senyum, menguap dan mencebik. Selalunya aku tengok baby orang lain je kat youtube. Tak sangka dapat tengok sendiri punya. hehe
jom layan gambar pulak.
tak mau pusing.. |
menguap. mengantuk beno gayanye.. |
start nak mencebik.. |
Semoga anak ibu ni sihat walafiat hendaknya. kat dalam perut sihat, bila da keluar nanti pon sihat la ye. ibu dengan ayah tak sabar nak bertentang mata dengan baby.
sayang die!
nota kaki: boleh tengok link facebook 3D 4D scan Malaysia untuk booking online appointment :)
hugs,
Labels:
Klinik Fauziah,
Scan 3D 4D,
Scan bayi
Friday, 4 January 2013
Travel: KL-Gurun-Penang
Assalam,
at 33 weeks, mak buyung ni larat lagi bawak perut sampai ke kedah & penang. Kalau ikutkan tak larat, memang sungguh tak larat la. tapi dengan semangat berkobar-kobar nak berjalan..ku teruskan juga walau banyak halangan sekalipun. eceh!
Ekceli, aku pegi kedah sebab nak menghanto pengantin. majlis sambut menantu kakak aku. kakak aku dapat suami orang kedah..maka dengan itu..kami sekeluarga membawa rombongan sebijik bas dan 2 buah kereta ke sana.
aku? kompom naik kereta. sape nak layan mak buyung yang asik nak membeser jek? drebar bas pon naik nyampah nak berenti banyak kali. haha nasib ada drebar sendirian berhad. so takde masalah..
perjalan jauh yang makan masa lebih 5 jam (sebab banyak berenti2) memang mencabar. sakit pinggang la wei duduk dalam kereta. macam-macam cara aku nak ilangkan lenguh. bukan main susah. serba tak kena. lepas tu dengan keadaan kaki yang bengkak macam belon lagi.. fuuhh! sabo je laa..
kaki bengkak belakang punye citer. jalan tetap diteruskan. hehe selagi belum bersalin.. jalannnn jee!
lepas majlis tu, merayap ke pekan rabu pastu straight ke penang!
takde plan pon nak ke Penang sebenarnya..tapi alang-alang adik ipar dapat masuk kolej jururawat. ape lagi. sambil menyelam minum air ler..
perantin |
Rambang mata.. |
view dari bilik |
with cik dear @ bukit bendera |
@ pantai batu feringghi |
malam new year @ batu feringghi |
bercuti 5 hari 4 malam di apartment Sri Sayang dengan bajet RM50. bukan RM50 untuk satu malam ye.. tapi selama 5 hari 4 malam. memang syiookk. itu pon sebab cik dear apply apartment bank..jimat sudah bajet untuk penginapan. next time mahu ke sini lagi. sangat syiookk wo die punye bilik. puas hati. rasa sayang pulak nak tinggalkan rumah masa nak balik tu.. hukhuk
next mission: beranak. pastu nak bercuti lagiii!
hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)