Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 30 September 2013

Slap Chop murah untuk dijual

Salam,


Pernah dengar tak pasal slap chop?
tak tahu nak beli kat mana?
cara mudah untuk memasak.. 
cepat dan tuntas!



jom layan video ni..


RM45 include postage.
pm ke chiozam@gmail.com
Whatsapp 018-3888 344

Nak guna macam mana? next entry aku cerite.. :)

Tuesday, 24 September 2013

Bubur cheezy Brokoli

Salam,

Resepi ni aku dapat dari cousin aku. Dia cerita anak dia sukaaa sangat makan bubur letak cheese. Makanya aku sangat rajin..aku cube la buat untuk zaeem.

Bahan-bahan:

Cheestick
Bubur nasi
Brokoli
Ikan bilis


Cheese ni akan jadikan bubur jadi masin-masin sikit. aku try letak separuh je cheese tu. lagi separuh aku ngap! not bad jugak la.. tapi memang masin.. Rasanya masin lagi cheese biasa tu..

Brokoli kita kasi steam sampai lembut.

Ikan bilis..rendam sekejap..lepas tu goreng.. guna olive oil lagi bagus. tapi guna sikit je. Kat rumah aku takde olive oil..so aku goreng dengan minyak biasa dengan minyak yang sedikit sajeee.

Lepas tu.. Kasi blend semua bahan.

Siap...

Tema kali ni.. hijauuu..

yang kuning tu sweet potato. 




warnanya agak kurang menarik. sepatutnya aku kene lebihkan sayur tu lagi.. hmmm.. next time aku buat sampai hijaunya pekat sikit :)

Oh keledek tu aku guna untuk buat puree..

masa blender aku campurkan dengan susu formula..

ini lah hasilnya:

hijau..aku ingat kalau steam labu jadi warna oren..rupanya silap..

set date


siap..

:)


Monday, 23 September 2013

Bubur ayam + Labu


Salam,

masa nak prepare makanan zaeem ni..dalam kepala otak teringat kan labu masak lemak.. kalau baby boleh dibagi makan masak lemak ni.. dah lama aku sumbat.

Disebabkan carrot dan labu masih banyak..
aku buat lagi puri carrot dan labu untuk dibekukan. Next time nak guna just ambil yang beku tu je.

ini hasilnya:


Banyak khasiat carrot ni. yang penting bagus untuk mata.. nak bagi selalu pun boleh. tapi kalau takut anak bosan.. boleh pelbagaikan.

Last menu da buat bubur carrot. Kali ni aku buat bubur ayam + labu. Kirenye nak introduce protein meal untuk zaeem.

Macam biasa..masak bubur nasi dan ayam. 
sejukkan dan blend.
campur dengan puree labu.
Siap!



Zaeem tak suka pekat-pekat. Aku cairkan sikit.. laju je dia makan.

Hati ibu mana yang tak seronok bila anak makan apa yang dimasak...Aku sanggup tido lambat prepare makanan zaeem. bezanya aku tak buat fresh-fresh dan hantar ke rumah pengasuh. Aku prepare malam.. lepas tu masuk dalam peti ais dan esok hantar ke rumah pengasuh..

Make sure pesan pada pengasuh..panaskan dulu sebelum bagi makan kat anak.

Tapi kalau puree.. memang buat banyak-banyak dan simpan dalam freezer. 


Ok. sambung lagi nanti.


Lots of ♥,

Banana Mash

Salam,

Hari ni kita belajar cara nak buat banana mash. Puri pisang je sebenarnya. pejam mata pon da boleh buat.

pisang. gambar ihsan dari pakcik google



Sebenarnya kalau rajin tak payah diblend pisang ni.. lenyek pon boleh.. tapi susah jugak nak lenyek sebab pisangnya lari-lari bila ditekan guna sudu. cara yang paling senang..blend je.

Kejap je.

Da siap..



Aku rasa aku guna dua ulas pisang.. dapat simpan kat bekas kecik ni dalam 2 setengah bekas. Sekali zaeem makan dah habis 1 setengah.

Oh, bekas-bekas comel ni aku guna untuk simpan puri buah dan sayur je.. kalau bubur aku simpan dan bekas tupperware kecik. sebab senang nak hantar kat pengasuh. lagi satu.. banyak sikit boleh hantar kat sana.





Friday, 20 September 2013

Bubur Carrot dan Puree Labu

Salam,

Minggu ni prepare makanan untuk zaeem. Aku buat bubur carrot + kentang dan puree labu.
Selalunya kalau buat bubur kentang + carrot aku akan rebus je semua sekali.. tapi kali ni saje nak buat asing. steam dan blender.

lepas carrot + kentang lembut aku sejukkan sekejap dan blender dengan bubur nasi.



Puree labu: steam labu sampai lembut. campur air/susu dan blender.

tadaaa! siap..






senang je. kejap da siap. stok untuk seminggu. simpan dalam peti ais boleh tahan sampai 3 hari. dalam freezer tahan sampai sebulan.

Bekas purple tu hantar kat pengasuh..ingatkan tahan sampai 3 hari. tapi kejap je. lepas 2 hari pengasuh tu pulangkan bekas. banyak jugak zaeem makan..

hari ni.. aku bekalkan bekas kecik-kecik tu 4 biji.. tak tahu la habis ke tak..

first projek ni aku just buat 2 jenis makanan untuk zaeem. Minggu depan..aku buat 3 jenis pulak. Saje tukar-tukar.. takde la dia boring sangat makan benda yang sama hari-hari..

Alhamdulillah..setakat ni ape je aku bagi..zaeem akan ngap! senang keje.. lepas ni nak guna pisang n sweet potato pulak.. next entry kita buat banana mash dan sweet potato puree.

:)


Review: Baby Bullet tak Best

Salam,

Sekarang ni setalah jadi mak-mak ni.. page yang aku paling banyak follow kat pesbuk dan blog semuanya berkenaan baby care.. baby food.. baby toys.. baby apparel.. haaa semua la yang berkaitan dengan baby.

Kali ni nak cerita pasal solid food. Anak aku da genap 7 bulan. Masa zaeem 6 bulan aku memang da start introduce solid food kat dia.. tapi untuk first time aku just bagi zaeem makan cerelac je. Sebab ape..sebab..nak tengok dia ok ke tak kalau dibagi makan. 

Bila dah okey. Aku start beli equipment untuk dia. Mcam agak poyo sebut equipment bagai tu kan? hehe Aku beli set baby bullet untuk prepare makanan zaeem. 

Sape kata baby bullet tak best? haha Best giler pakai benda tu.. rasa macam main masak-masak pun ada..

Kenape aku kate best? haa.. tengok ape yang dapat kalau beli 1 set..Actually siap dapat buku resipi sekali..tapi lupe nak snap.. :)



storage dia yang paling cute.. siap boleh set date lagi. Kenape nak set date? kalau buat banyak-banyak senang nak tau yang mana kena makan dulu... kita guna prinsip FIFO-first in first out. lebih kurang macam nak simpan breastmilk la..

comel kan?
material nya macam getah..kalau buat puree sesuai sangat letak kat sini..

mana nak dapat set ni? Jom singgah kat Ohsem Baby Kids Shop ... Harga nye..sangat berbaloi okay..

Setakat ni dekat Ohsem Baby Kids, set baby bullet adalah yang paling termurah aku penah jumpa. Wajib survey harga okeyy..rugi beli barang yang sama..kualiti pon sama pada harga yang mahal.

Okey.

Tak sabar nak prepare makanan untuk zaeem.. macam-macam resipi nak cuba!





Wednesday, 18 September 2013

New family member

Salam,

16 September 2013

Alhamdulillah aku sudah bergelar 'mak ngah'..super eksaited sebab first time dapat anak sedara. Tak penah aku digelar mak ngah ke mak long ke sebelum ni.. selalunya yang ada pun panggil aku 'cik pika' atau aku akan bahasakan diri aku 'acik' je. Oh, lebih teruk aku bahasakan diri aku kakak je walaupun sepatutnye da wajib panggil makcik.. haha tak sedar diri weh!



pssst..nama baby tak announce lagi..tapi mak ngah nak sebuut jugak kat sini.. nama dia Nur Safiyyah Humaira binti Md Sodiqin.

:)

Nama secantik tuannya. Semoga menjadi anak yang solehah ye sayang.