Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 22 July 2014

Mahnaz Food Shah Alam

Assalammualaikum,

Cerita Sabtu lepas.Nak update asik lupa jek.hehe Al-maklum la bizi jaga anak gitu.
 
Okay. Maybe ramai yang dah tau pasal kedai ni. aku just nak share lagi ape yang best pasal kedai ni.
 
Mahnaz food ni jual macam-macam makanan dari arab. Ape jenis kurma semua ada. Kalau biasanya orang balik dari Mekah..mesti bawak macam-macam jenis kacang kan? Jangan risau..sekarang ni..semua jenis kacang tu boleh dapat kat kedai ni.
 
Memang teruja la datang sini.. semua ada.. susu kambing, Air zam-zam, jus delima, kurma nabi, madu, manisan.. minyak wangi.. haaaa..semua hado.
 
Kebiasaan keluarga aku bile raya..kitorang akan serbu kedai apollo kat johor. Hidang kat budak-budak yang datang raya. Kadang budak-budak ni bukan nak makan kuih raya sangat kan.. kalau dibagi jajan..memang takde yang tak suka.
 
Kali ni nak tukar angin plak. Mak aku dok borong kismis2..kacang-kacang.. kacang tumbuk dalam paket merah tu..untuk cikedis budak-budak time raya nanti.
 
Harga pun not bad.
 
Ni hasil tangkapan kat Mahnaz food. Aku borong sket je. Sebab mak aku dah borong banyak masa awal pose hari tu. yang ni buat tambah-tambah je.. :)
 




 
 
 
 
 
ini alamat Mahnaz Food.
 
No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400,
Shah Alam, Selangor, Malaysia (Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik, Shah Alam, Batu Tiga, Sec 26)

Thursday, 17 July 2014

15 weeks

Assalammualaikum,

Alhamdulillah..hari ni genap 15 weeks baby dalam perut. Rasa macam sekejap sangat da masuk 15 weeks. Setakat ni aku da dapat rasa macam ada 'butterfly' dalam perut. Dulu masa zaeem 19weeks baru rasa movement baby. Maybe dulu 1st time.. so tak dapat nak detect camne rasanya..

Check up pregnancy pun baru sekali pegi. Preggy kali ni aku check up kat klinik fauziah, Ampang je. Tak mau pegi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) sebab amik masa lama sangat untuk check up.

Pernah juga dengar-dengar dulu.. kalau tak buat check up kat KKIA nanti tak boleh nak bersalin kat hospital kerajaan. Tapi aku pon da double cek ngan kawan aku nurse kat KKIA. Dia kata boleh je nak check up kat swasta then bersalin kat hospital kerajaan. Thats why kali ni pegi swasta je. Still dapat buku merah.. 1 copy untuk kita.. 1 copy klinik pegang. sama je macam KKIA. Jimat masa pun ye.

Oh ye.. Baby bump kali ni macam besar dari yang dulu. Berangan raya nanti nak pakai kebaya. Ambik je kebaya dari tailor..sedih.. sebab nak butang baju tu tak boleh..ketat..sendat.. Gigih hantar balik kat tailor kasi besarkan 1 inci.. Hopefully pagi raya nanti muat lah ye.. incik Dear ngan zaeem da ready dengan baju melayu warna pink. Kalau tak muat kebaya pink aku tu.. jawabnya caca marba la baju raya kali ni.. T.T



ps: After raya nanti baru nak jengah anak ibu kat dalam perut tu.. nak tengok awak buat ape.. seronok ke tak da dapat makan ketupat ngan rendang..hehehe



Tuesday, 1 July 2014

Kuih Bakar Kemboja

Assalammualaikum,
 
Teringin nak makan kuih. Tapi nak buat sendiri. Tak mau yang beli..
Nasib senang giler!
Time-time macam ni memang rajin nak buat kuih. Kalau tak, memang terbiar la oven kat rumah tu..
 


 
Nyum.. nyum..
makan sampai jilat jari okay.
 
Resepi:
1 cawan gula
1 cawan air pandan (4 helai daun pandan)
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
sedikit bijan.
 
Cara-Cara:
•Masukkan semua bahan (kecuali bijan) dalam blender.
•Blender sampai sebati.
•Sapu minyak dalam loyang
•Tuang adunan dalam loyang dan taburkan bijan.
•Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 50minit. 
Kuih sejuk.. boleh potong dan makan.
 
 
ps: dapat resepi dari myresepi.com. Kalau tak refer resepi.. aku pon tak pandai buat. rupanya senang je buat kuih ni. Next time boleh try buat lagi :)