Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 10 April 2014

Trip ke Jakarta-Bandung Part 2


Sambung entry yang Part 1 punya.

Dari Jakarta nak ke Bandung ada dua cara.. Nak naik kenderaan biasa boleh.. kereta api pon boleh. Bahana naik kenderaan biasa ialah macet. MACET ialah jemmmmm.. sape suka jem angkat tangan! 

Orang Jakarta memang suka shopping kat Bandung sebab barang-barang di Bandung jauh lebih murah berbanding Jakarta.. tu pak supir aku yang bagitau laaa.. Thats why kalau hari minggu..sabtu ke ahad ke..tak kisah la hari ape jalan nak macet..jangan laaa naik kereta kat sana.. boleh sangkut sampai 5 jam dalam perjalanan.. nasib tak baik boleh lebih dari 5 jam.. seram kan? bukan seram apa.. bayangkan la 5 jam kalau shopping...hai laaa macam-macam dapat..hahahahaha

Aku sekeluarga pilih alternative menaiki kereta api. Beli online je dari sini. Perjalanan dari station gambir ke Jakarta mengambil masa sekitar 3 jam. Tiket tak mahal.. dalam Rp90000 je sorang. tu executive punye class. Nama je executive..tapi biasa je.. Nama je nak gempak..ohh.. nama kereta api ke bandung tu Argo Parahyangan.

Anak aku kene cas Rp9000. Masa beli online ingatkan budak setahun tak payah beli tiket..rupanya kene beli. Aku beli kat sana je.

Sampai kat station gambir, kena terus pergi ke bahagian loket. kat situ boleh tukar tiket online kepada tiket sebenar..

atau nak lagi mudah.. print sendiri tiket..memang disediakan counter untuk print..layan diri okay.. mudah dan tuntas giteww..







View dalam executive class







Kalau tak tido, pemandangan kat sana cantik-cantik. Tapi sebab nasib aku tak baik..gerabak yang aku naik tu aircond rosak. memang tak fun langsung. Rasa nak harok je.. bukan la panas sangat..tapi tu la.. bayangkan je la 3 jam tanpa aircond.. sila bayangkan ye.. malas nak cerita.

Selepas bersauna selama 3 jam.. sampai jugak la kat station bandung. Dan kami dijemput oleh Pak Ujang.

Sampai je..aku terus suruh pak ujang bawak aku sekeluarga pegi apartment. Kitorang tak duduk kat hotel.. tapi pilih duduk di apartment.



Sambung cerita pasal apartment dan aktiviti kat bandung in next entry :)




Wednesday, 9 April 2014

Trip ke Jakarta-Bandung Part 1

Assalam,

29hb Mac 2014 

Lama betul tunggu akhirnya tiba jugak masa nak melencong melancong ni. Flight dari Airport Senai, Johor jam 4.50 pm dan sampai kat jakarta pada jam 5.45pm

Al-kisah 3 jam sebelum ke airport.. aku sekeluarga hampir-hampir tertinggal flight sebab salah tengok tiket. Ingatkan flight ke jakarta pukul 5.30pm..sekali cek balik.. amik ko! pukul 4.50pm. Masa pukul 2.00pm tu aku feeling-feeling nak landing-landing atas katil sambil mata nak terpejam. Sekali bila incik dear kelam kabut bagitau aku salah tengok time flight. berdesup bersiap masuk kete pegi aiport.

tungtangtungtang dalam pkul 3 lebih dah sampai airport. Check in luggage pastu kitorang pegi makan kfc jap.


pkul 4.30pm lenggang kangkung masuk balai berlepas. kosong. pelik apsal macam takde orang?

skali ada staff air asia panggil suruh turun tangga dan masuk terus dalam kapal terbang.

ok. masuk..

eh? dah penuh?

ooo..rupanya kitorang berlima adalah orang terakhir masuk dalam kapal terbang.. hahaha tak panas bontot pon lagi kapal terbang da jalan.

lenggang kangkung sangat kan.. sket je lagi nak tertinggal flight. buek malu!

Sampai airport jakarta.

macam biasa, kat pintu luar airport ramai giler ulat teksi. Before sampai sini aku memang da kaji da.. ulat teksi ni kaki kencing. memang kaw-kaw kencing pelancong..
Kalau boleh elakkan. 

ELAKKAN!

Tapi tak dapat elak sebab diorang kerumun ayah ngan laki aku.. dok cakap naik teksi bluebird nanti kene cas mahal sebab macet, kene tol la..blablabla... nak tak nak.. nego punya nego.. dia mintak Rp200,000 dari airport ke hotel MaxOne, Sabang.

Kitorang check in kat hotel MaxOne, Sabang pada pukul 6.30pm (waktu Indonesia). Dapat info dari blogger-blogger yang hotel ni agak strategik tempatnya..senang nak ke Tanah Abang.. dan yang penting dekat dengan Station Gambir.

Kos sekitar RM279.00 untuk 2 bilik. 2 hari 1 malam. Kitorang duduk sini kira macam transit sekejap before pegi Bandung.

Hotel bajet. decoration memang sangat cantik. Tapi keluasan dia agak kecil dari hotel bajet yang aku penah pegi sebelum ni. Overall memang puas hati.










Agak mengecewakan sebab aku tak dapat nak ke Tanah Abang dan Mangga Dua sebab masa tak cukup. Train ke bandung dalam pukul 12 tgh hari esoknya. Boleh je kalau nak pegi Tanah Abang tu.. Tapi sekejap la masanya kat sana dan takut terkejar-kejar pergi station Gambir pulak nanti.

Dinasihatkan kalau nak berjimba2 at least duduk 2 malam kat Jakarta.

Monas pun tak pergi even tak jauh dari station gambir. Sebab takkan nak seret 2 bagasi ke sana.. lagipon pukul 10 pagi kat sana da panas terik. Kesian kat anak aku..

Kalau pergi berdua..lama dah aku redah..hehe

Tambang teksi bluebird dari hotel ke Station Gambir Rp17000. Better cari teksi sendiri daripada suruh hotel carikan sebab nanti kene minimum charge. Contoh kalau aku suruh hotel panggilkan teksi kene minimum cas Rp35000..walaupon meter teksi tulis Rp17000.

Sambung next entry..



Monday, 7 April 2014

Hello Jakarta!

Assalam,

nak bagi teaser gambar kami sekeluarga sebaik sampai di airport Jakarta.



Details will be on next entry. Daa!