Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 29 November 2012

Set Berpantang NR atau Shaklee?


Assalammualaikum.

Barang baby dah pon siap prepare. tinggal lagi barang sendiri je.. satu benda pon tak ada. eh, lupe pulak.. ada da la. setakat kotex loop and kain batik. tu je.. haha

sekarang ni memang betul-betul keliru nak standby set berpantang yang mana satu. Last time survey.. ramai yang guna set Nona Roguy. kira set berpantang NR ni la yang paling top. Tapi baru-baru ni macam dapat info la yang set berpantang Shaklee ni tak kurang hebat jugak. Harga pon tak banyak beza. aduhai..susah jugakk nak buat pilihan.

jom tengok comparison dua set berpantang ni.

Set Berpantang NR


credit to Set Besalin N Salindah


PAKEJ MENGANDUNGI:
* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit

************************************

1) PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan

* Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
* Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
* Mengimbangi kembali sistem badan.
* Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan

2) Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum

* Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
* Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
* Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan

3) Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan

* Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
* Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi
* Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
* Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
* Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan

4) Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang

* Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
* Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
* Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.

5) Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita

* Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
* Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.

6) Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit

* Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau
* Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
* Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik
* Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
* Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat



Set Berpantang Shaklee

credit to beingmary


Untuk pengetahuan anda semua, Set Bersalin Shaklee memenuhi semua kriteria-kriteria utama di atas. Jom kita lihat pula apa yang terkandung di dalam set ini serta fungsi setiap vitamin:

Vitalea with Iron Formula
Mengandungi 12 multivitamin & 7 mineral yang diperlukan badan mengikut saranan RDA untuk memenuhi mana-mana kekurangan zat dan nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada makanan semata-mata. Formulasi zat besinya pula dapat mengatasi masalah kekurangan darah akibat kehilangan darah yang banyak ketika bersalin dan juga nifas.Seseorang yang mengalami masalah kekurangan darah akan sering kelihatan pucat, letih, lesu dan mudah pitam.

B Complex
Tidak seperti B Complex jenama lain, B Complex Shaklee mengandungin 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% kadar harian  (daily value) biotin dan asid folik. B Complex sangat diperlukan ketika berpantang kerana ianya terkenal sebagai vitamin penenang yang mampu menangani masalah kemurungan dan stress sekaligus mengelak daripada terjadinya masalah post-natal blues atau lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan masyarakat Melayu. 

Selain itu, B Complex turut bertindak dalam mencegah anemia dengan membantu dalam pembentukan sel darah merah, membekalkan tenaga dan mengatasi keletihan. Biotin pula penting dalam mengatasi masalah berkaitan rambut seperti keguguran rambut selepas bersalin. 

Vitamin C 
Vitamin C mempunyai peranan penting dalam penyembuhan luka. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan luka bersalin mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Selain itu, Vitamin C juga mampu meningkatkan tahap imuniti badan agar si ibu tidak mudah jatuh sakit ketika di dalam pantang yang dapat mengundang masalah bentan.

Zinc Complex
Zinc berfungsi dalam mempercepatkan pemulihan luka bersalin baik luaran mahupun dalaman. Zinc juga membantu pengecutan rahim dan mengembalikan daya ketahanannya.Selain itu, zinc juga dapat mengatasi masalah keguguran rambut yang sering dialami wanita selepas bersalin.

Ostematrix 
Sekiranya si ibu mempunyai masalah sembelit, maka kalsium atau turut dikenali sebagai Ostematrix sangat digalakkan untuk diambil kerana ianya telah terbukti untuk mampu mengatasi masalah ini. Selain itu, kalsium juga sangat diperlukan ibu-ibu yang baru melahirkan bagi merangsang penghasilan susu. Ini adalah kerana, antara kandungan utama susu adalah protein dan kalsium. 

Ibu yang menyusukan bayi perlu mempertingkatkan pengambilan kalsiumnya bagi mengelakkan daripada masalah kerapuhan tulang di masa akan datang. Pengambilan kalsium yang tidak mencukup tidak akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu namun ianya dapat membawa kemudaratan kepada si ibu dalam jangka masa panjang. 

Di samping itu, kalsium turut dapat mengelak si ibu daripada mengalami masalah sakit-sakit pinggang dan sakit belakang berikutan penggunaan epidural mahupun postur badan yang tidak baik ketika menyusu

ESP
Seperti yang disebutkan di atas, komposisi utama susu adalah protein dan kalsium. Justeru, si ibu harus mengambil diet berprotein tinggi bagi memastikan penghasilan susu dapat dirangsang dan susu dapat dihasilkan dengan lebih cepat. 

ESP bertindak sebagai pembekal protein yang unggul. Selain bagi tujuan penyusuan, ESP juga dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan. Ini perlu memandangkan si ibu di dalam pantang seringkali tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya kerana perlu berjaya malam bagi menyusu dan menjaga si kecil. 

Pengambilan ESP juga dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati berikuta proses bersalin yang telah dilalui. Secara tidak langsung, badan bukan saja menjadi lebih sihat malah luka bersalin juga lebih cepat sembuh.


so mana satu jadi pilihan hati?
help me..







No comments:

Post a Comment