Wednesday, 26 December 2012
Wednesday, 19 December 2012
result pmr adikku..
Assalammualaikum.
hari ni result PMR da keluar. to my adik, congratulation! tak sangka dapat straaaight A gitu. terasa macam segan la pulak dengan adik sendiri sebab dulu result aku tak ler segempak macam tu.. hehe
ape-ape pon congrats ye adik.
semoga kecemerlangan ni berpanjangan la sampai bila-bila.. especially SPM.
dan semoga jugak anak aku kenan dengan kebijakan ko tu.
aminnnn...
* patut la da dua tiga hari ni asik dok mintak hadiah.
macam tau-tau je dapat straight A.
nasib la aku tak janji ape-ape.
hahahahahahha
Wednesday, 12 December 2012
Berat dan Air Gula
ape kaitan berat dengan air gula?
memang ada kaitan la sebab bila berat berlebihan especially time mengandung.. puan yang mengandung akan dapat saspek kencing manis.
stress.
1st hari tu masa pregnant 6 bulan kalau tak silap. aku da kene minum air gula. nak cek kot-kot ada kencing manis sebabnya dalam sebulan aku naik mendadak. naik sampai 6 kilo. hamik ko. masa single mingle dulu bukan main susah nak naik even sekilo. sekarang ni tak tahu la. bile timbang tak pernah tak naik.
nak dijadikan cerita. hari isnin hari tu pegi check up. datang-datang terus timbang. dengan kompiden naik penimbang tu pastu suruh la dear tengokkan.
aku: "dear..tolong tengok, berape berat orang? harap-harap tak naik banyak.."
dear: "ok. 58kg"
aku: "nasib baik 58kg..ingatkan 60kg tadi.."
kunun-kunun dengan rasa senang hati.. duduk la menunggu turn. macam biasa la. lama giler kene tunggu. borak sampai da habis point nak ceriter. ditambah dengan rasa mengantuk ya amat. mana tak? pagi-pagi datang..tak buat ape.. duduk menunggu je.. da la bosan. mata pon rasa macam kene gam...
bila turn aku kene check up. misi terkejut dok tengok berat aku. katanya naik banyak sangat. dengan tanpa rasa bersalah aku boleh tanye "tak ok ke?"
memang sangat-sangat tak ok ye sebab last time check up baru 55kg. then kali ni datang da 58kg. ekceli yang aku ingat ok sebab selalunya datang check up sebulan sekali. tapi aku lupe yang kali ni aku datang 2 minggu selepas yang check up lepas. maksudnya..dalam 2 minggu aku naik lagi 3 kilo. ape lagi? pekak kan je la telinga.
disebabkan angka 3 tu la aku kene refer kat doktor, cek gula dalam darah bagai..n lastly dapat date minum air gula. SEKALI LAGI. huaaarrghhh.. kejam la diorang ni.. :(
aku cuba nasib mintak kat doktor tak payah minum air gula sebab hari tu da minum. tapi haraammm.. tak dapat pon.
"next 2 weeks awak datang lagi ye minum air gula.."
rasa macam dengo tak dengo je. malas nak dengo pon ye. adeii..
ape la nasib... sampai 2 kali kene minum air gula. yakkkkksssss.. tak sedap! menci! menci!
Friday, 7 December 2012
coretan seorang bakal ibu
29 weeks 5 days pregnant.
Alhamdulillah. masih dipanjangkan umur untuk melihat dunia. esok baby genap 30 minggu. sekarang ni macam-macam dah rasa. sakit pinggang, sakit kaki dah selalu sangat. time siang boleh tahan lagi. tapi bila masuk time waktu tidur, hanya Allah je tau perasaannya macam mana. Memang patut pun syurga tu dibawah telapak kaki ibu.
Bila dah rasa sendiri, baru tau pengorbanan ibu sendiri. kalau tau, taknak la tak dengar cakap, tak nak la sakitkan hati ibu..nak jadi budak baik je.. *insafff*..
malam-malam aku selalu je merengek. nak mintak tolong sape lagi kalau bukan suami sendiri. nak tido bukan main susah. sakit pinggang, tak selesa, sesak nafas.. hmm.. kaki pun selalu krem time tido. sakit sangat..pantang termengeliat..kompom krem. bila dear dengar aku jerit..cepat-cepat bangun tolong aku. kesian dear..
aku selalu terbangun tengah malam. bukan sekali.. tapi berkali-kali.. duduk pastu usap perut yang mengeras. haishhh.. sesejak da masuk 7 bulan ni kerap sangat perut mengeras. nak tido pun perut rasa sangat tak selesa...kadang-kadang rasa nak marah sebab tak cukup tido. tapi nak marah sape?..
*bila perut rasa sakit sangat..tetibe je terpikir, aku ni nak terberanak da ke??
jangan macam-macam.. baru 7 bulan setengah. aku selalu pesan kat baby..cukup bulan baru keluar ye. sekarang ni rasanya tak ready lagi..hehe
.
.
.
nak share gambar latest masa wedding kakak bulan lepas. masa ni ngam-ngam pregnant 7 bulan.
and this is today! perut bolat.hehe
itu saje untuk hari ni.
doakan semuanya berjalan dengan lancar.
counting days to see u baby!
Subscribe to:
Posts (Atom)