Wednesday, 12 December 2012
Berat dan Air Gula
ape kaitan berat dengan air gula?
memang ada kaitan la sebab bila berat berlebihan especially time mengandung.. puan yang mengandung akan dapat saspek kencing manis.
stress.
1st hari tu masa pregnant 6 bulan kalau tak silap. aku da kene minum air gula. nak cek kot-kot ada kencing manis sebabnya dalam sebulan aku naik mendadak. naik sampai 6 kilo. hamik ko. masa single mingle dulu bukan main susah nak naik even sekilo. sekarang ni tak tahu la. bile timbang tak pernah tak naik.
nak dijadikan cerita. hari isnin hari tu pegi check up. datang-datang terus timbang. dengan kompiden naik penimbang tu pastu suruh la dear tengokkan.
aku: "dear..tolong tengok, berape berat orang? harap-harap tak naik banyak.."
dear: "ok. 58kg"
aku: "nasib baik 58kg..ingatkan 60kg tadi.."
kunun-kunun dengan rasa senang hati.. duduk la menunggu turn. macam biasa la. lama giler kene tunggu. borak sampai da habis point nak ceriter. ditambah dengan rasa mengantuk ya amat. mana tak? pagi-pagi datang..tak buat ape.. duduk menunggu je.. da la bosan. mata pon rasa macam kene gam...
bila turn aku kene check up. misi terkejut dok tengok berat aku. katanya naik banyak sangat. dengan tanpa rasa bersalah aku boleh tanye "tak ok ke?"
memang sangat-sangat tak ok ye sebab last time check up baru 55kg. then kali ni datang da 58kg. ekceli yang aku ingat ok sebab selalunya datang check up sebulan sekali. tapi aku lupe yang kali ni aku datang 2 minggu selepas yang check up lepas. maksudnya..dalam 2 minggu aku naik lagi 3 kilo. ape lagi? pekak kan je la telinga.
disebabkan angka 3 tu la aku kene refer kat doktor, cek gula dalam darah bagai..n lastly dapat date minum air gula. SEKALI LAGI. huaaarrghhh.. kejam la diorang ni.. :(
aku cuba nasib mintak kat doktor tak payah minum air gula sebab hari tu da minum. tapi haraammm.. tak dapat pon.
"next 2 weeks awak datang lagi ye minum air gula.."
rasa macam dengo tak dengo je. malas nak dengo pon ye. adeii..
ape la nasib... sampai 2 kali kene minum air gula. yakkkkksssss.. tak sedap! menci! menci!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment