Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 27 February 2014

Throwback

Assalammualaikum,

Tangan gatai dok godek gambar lama. Gambar yang 1st ni masa zaeem umur sebulan. Gambar yang 2nd tu masa umur setahun... dah abang-abang dah budak dua orang ni.
Oh budak yang putih melepak tu mak aku mengasuh anak cikgu.. mengasuh dari bayi lagi. namanya bulan. hehe comel je kan nama bulan tu.. 

tak caye?

memang nama dia bulan. Nama sebenar Qamar Hidayat (tak sure betul ke idok). Yang penting memang nama depan tu betul..hehe
Qamar=Bulan.



gambar latest budak dua orang ni..


*

*

*

*




same besar da sekarang. zaeem setahun, bulan 2 tahun. Isshh.. kaki tu zaeem.. kangkang bebeno..


Monday, 24 February 2014

e-Day Bestie-Amalia

Assalammualaikum,

Sabtu 22.02.2014 .
Congrats Ainul Amalia!!
Kawan sekolej, sebilik, serumah & sekelas.
Happy Enggagement to you.

Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama kat sana.
Yang bestnya..ramai jugak yang tolong jagakan anak aku.
So, kurang penat la nak jaga anak bujang sorang tu..

Jom layan gambar gadis-gadis comel ni..













Sayang semuaaaaa... muah muah
hehe

Habis je majlis, incik dear datang jemput.. pastu kite pegi jemputan kat ikea pulak..hehe
jalan-jalan cuci mata.
niat di hati nak makan karipap ikea..lepas mentekedarah kat rumah amalia..
hilang selera tengok karipap tu sebab kenyang sangat
tapi sempat bermeatball dengan dear..
rasa sedap pulak meatball ikea hari tu..
sebelum ni..macam tak berapa suka..
kenape..kenape?
hmmm..
konpius





Tuesday, 18 February 2014

Zaeem Setahun

Assalammualaikum,

13.02.2014
Alhamdulillah anak ibu da setahun. Lama betul tunggu saat macam ni. Macam tak percaya. Anak aku da besar!!! boleh dah jadi abang. hehe 

Sebenarnya kalau ikut plan.. aku nak buat besday party untuk zaeem. Tapi bukan besday party yang besar-besar.. kecil-kecilan je.. family-family gitewww.. Tapi apakan daya.. sudah ketentuan.. Tanggal 12hb Feb 2014 pada pukul 12 tengah hari, Atuk aku atau lebih mesra dipanggil 'embah' telah kembali ke Rahmatullah. Dah tak terpikir dah pasal besday ke ape ke.. Seminggu straight aku cuti.

hmm..

ok sambung balik cerita.

Memandangkan plan aku dah tak jadi.. dan masa tu pulak kat kampung, udah ler ayahnye tak ada.. outstation ke Perlis.. aku memang ingat nak sambut hujung minggu je nanti dengan ayah zaeem. Tup-tup ada insan yang baik hati buat surprise.. belikan kek untuk zaeem. suka suka sukaaaa! terima kasih adikku hazmi.

Yang seronoknya semua ada.. ayah,mama, semua adik beradik, pak usu sekeluarga & kak ezzan sefamilia..lengkap keluarga besar belah ayah..

fuhhh.. bile time tiup lilin.. boleh pulak si zaeem pegi capai lilin tu. Nasib ler aku dah tiup..

kecoh betoi anak sorang niee..

pssst..Kalau tahu ada kek aku anak beranak pakai la santek santek sikit.. ini tak.. dua-dua comot..hehe 











                                           

Selamat ulangtahun yang pertama anakku Dhiya Izzaeem. ibu ♥♥♥ you sooo much.. muah muah


Monday, 10 February 2014

Weekend di Putrajaya

Assalammualaikum,

Ahad. Masa untuk family. Jalan-jalan di sekitar putrajaya. Since zaeem dah pandai jalan.. rasanya elok la bawak dia berjalan-jalan kat dataran putrajaya.

Seronok bukan main.

ramai budak-budak main kat situ. Banyak benda yang boleh dimain. Nak main basikal boleh sewa basikal..nak main skuter punn boleh sewa.. nak main kereta bateri pon hado. ape je tak de..macam-macam ada.. roller blade la, basikal baring pun ade.. ntah ape namanya..tapi kene bersandar dan kayuh..

zaeem tak boleh la naik beskal or skuter or kete sewa tu lagi.. karang beso sikit baru boleh naik. ke sana kitorang main kejar-kejar n main kereta control je. 

main sampai zaeem lepak. ibu punye la eksaited..siap sewa giant bubble lagi sebab tengok ramai sangat orang main bubble kat sana.

ekceli memang ada yang giant bubble punye saiz..tapi aku just sewa yang saiz S jer. Besar jugak la bubble tu.. Sewa pon tak mahal.. RM2 jer. nak refill air sabun tu kene bayar RM1.50. ok la tu kan? 








Benda ni la sewa RM2






Friday, 7 February 2014

Birthday Present from Bonda

Assalammualaikum,


Masih ada 6 hari je lagi birthday zaeem. Tapi aku terperanjat sangat sebab zaeem dah dapat early birthday present.

Mungkin zaeem masih tak tahu apa. Tapi aku yang rasa terharu. 

Terharu sangat.

Thanks a lot babe..





zaeem loves bonda tooo! ibu pon sama!
i love you best friend!!

Thanks sayangkan zaeem macam anak sendiri. Semoga Allah makbulkan semua hajat kau wahai sahabat!
cc: Nur Hafiza Md. Radzali


Wednesday, 5 February 2014

Nasi Mentega dan Tom Yam Ayam

Assalammualaikum,

pejam celik pejam celik..kejap je zaeem nak masuk setahun.. sejak-sejak tu.. memang boo layan sama bubur.

before ni kalau aku masakkan bubur..suka dia..lajuu je makan.
sekarang ni bukan main payah nak makan. So bile try bagi nasi.. means nasi yang macam kita makan tuuu.. baru la dia nak..

dah makan nasi tu..kire lepas ni senang la keje aku..

sesi mencari resepi utk bayi setahun keatas.. godek punye godek.. jumpa la satu resepi kat SINI

Resepi kat situ cuma tomyam ayam.. tapi aku bagi double triple sedapkan masakkan aku tu..aku masak sekali dengan nasi mentega. 

huyooo..sedap..serius sedap.

anak aku suka. bukan setakat anak aku..anak pengasuh aku pon suka. hehe
bukan aku cakap..tapi budak tu yang bagitau..
hehe 

okay. malas nak cakap banyak.. meh tengok gambar


Resepi nasi mentega:
bawang merah-3 ulas
bawang putih-2 ulas
halia- setengah inci
mentega-2 sudu

Cara-Cara:
Panaskan kuali dan cairkan mentega.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk/diblender.
Masukkan air.
Pastu tuang ke dalam beras yang nak dimasak tu. Sukat macam biasa. 


Resepi tom yam ayam:
tomato 2 biji-potong dadu
bawang merah-2 ulas
bawang putih-seulas
serai-sebatang
carrot-sebatang
daun limau purut-sehelai
ayam-potong dadu

Cara-Cara:
Panaskan periuk. Masukkan minyak sedikit.Kalau ada olive oil lagi bagus.
tumis bawang merah & bawang putih (dihiris) dan serai.
dah naik bau.. masukkan tomato..
masak sampai tomato tu hancur..
lepas tu masukkan ayam & carrot. Gaul sampai mesra dengan tomato tadi.
Masukkan air dan daun limau purut.
Masukkan perasa..tunggu sampai air mendidih
Siap!