pejam celik pejam celik..kejap je zaeem nak masuk setahun.. sejak-sejak tu.. memang boo layan sama bubur.
before ni kalau aku masakkan bubur..suka dia..lajuu je makan.
sekarang ni bukan main payah nak makan. So bile try bagi nasi.. means nasi yang macam kita makan tuuu.. baru la dia nak..
dah makan nasi tu..kire lepas ni senang la keje aku..
sesi mencari resepi utk bayi setahun keatas.. godek punye godek.. jumpa la satu resepi kat SINI
Resepi kat situ cuma tomyam ayam.. tapi aku bagi double triple sedapkan masakkan aku tu..aku masak sekali dengan nasi mentega.
huyooo..sedap..serius sedap.
anak aku suka. bukan setakat anak aku..anak pengasuh aku pon suka. hehe
bukan aku cakap..tapi budak tu yang bagitau..
hehe
okay. malas nak cakap banyak.. meh tengok gambar
Resepi nasi mentega:
bawang merah-3 ulas
bawang putih-2 ulas
halia- setengah inci
mentega-2 sudu
Cara-Cara:
Panaskan kuali dan cairkan mentega.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk/diblender.
Masukkan air.
Pastu tuang ke dalam beras yang nak dimasak tu. Sukat macam biasa.
Resepi tom yam ayam:
tomato 2 biji-potong dadu
bawang merah-2 ulas
bawang putih-seulas
serai-sebatang
carrot-sebatang
daun limau purut-sehelai
ayam-potong dadu
Cara-Cara:
Panaskan periuk. Masukkan minyak sedikit.Kalau ada olive oil lagi bagus.
tumis bawang merah & bawang putih (dihiris) dan serai.
dah naik bau.. masukkan tomato..
masak sampai tomato tu hancur..
lepas tu masukkan ayam & carrot. Gaul sampai mesra dengan tomato tadi.
Masukkan air dan daun limau purut.
Masukkan perasa..tunggu sampai air mendidih
Siap!
No comments:
Post a Comment