Trip 5,6 & 7 September 2014
Trip ni sempena ikut incik dear jamboree kat Cameron Highland. Jamboreenya 1 hari je. dah terlajak sampai sana.. extend la lama sikit. Pastu dah alang-alang book homestay 3 bilik.. ajak la sekali family aku (kakak & parents aku). Plus ada lagi satu family.. Membe aku dengan laki dia. Actually kalau ada jamboree aku dengan kak ena ni memang selalu join tu pun kalau tempat jamboree tu best la.
We all stay kat sana 3 hari 2 malam. Dapat cari homestay kat Carnation Apartment, Tanah Rata. Yang bestnya apartment tu eksklusif untuk muslim sahaja. So takde la was-was nak masak. Lepas incik dear kawtim dengan owner dapat la rate RM210 per night.
Sebabkan aku import mak aku datang bercuti ke CH ni.. dia la yang jadi chef. Tak best makan kat luar katanya. So malam tu jugak lepas sampai..kitorang borong barang untuk masak. Dari minyak, gula, garam.. semua la.. complete set untuk masak. Nak cari sayur memang takde masalah sebab kat CH memang dah syurga sayur. Nak cari barang-barang yang lain tu.. jumpa lah jugak PASARAYA JIMAT kat area Brinchang.
Semua ada kat situ. Dont worry. Tapi sebab dah lewat..mak aku masak sambal sardin, telur dadar ngan sayur je. Heaven!! makan time sejuk-sejuk... perghhh!
Esok pulak..mak aku masak ayam masak lemak. Rupanya lebih kurang macam kari..tapi takde serbuk kari. haaa.. whatever!
Gambar-gambar yang sempat di ambil..
p.s: last time pegi CH, pasar malam kat Brinchang tu ada hari sabtu je. Ni baru tau hari jumaat pun ada pasar malam. Murah-murah. Better borong kat pasar malam kalau nak cari yang murah.
Sampai jumpa lagi ya CH.
No comments:
Post a Comment