Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 20 October 2014

28 weeks

Assalammualaikum,


fuhhh.. I'm 28 weeks already!! Preparation dah 80% done. 
Kali ni tak tahu baby nak keluar minggu ke berapa..
Kalau ikut zaeem.. 40 weeks 1 day da keluar da..
Harap-harap takde la awal sangat..dan tak la lambat sangat..

Pssst...Badan aku dah macam badak daah.. Beli jubah semua tak boleh pakai..
certain jubah je yang boleh pakai..
Stress ni!!!
Tak sabar dah nak bersalin.. nak berpantang duduk kat kampung..



Monday, 22 September 2014

LAZADA-Autumn Steriliser


Assalammualaikum,

Ini pengalaman pertama belian online dengan LAZADA. Aku dapat grab Autumn Steriliser dengan harga RM91 include postage. Haaaa... murah giler!

Rata-rata survey kat online RM100 paling murah. In fact kalau pergi kat baby fair pun diorang offer RM119.00.

So dah jimat da kat sini. Tinggal lagi beberapa item je yang nak beli. Super eksaited nak try.. tak payah ler nak merebus bagai. Dulu gigih merebus. Sekarang aku dah malas da..

Item ni beli online dan bayar COD. Yang tak bestnya Ta-Q-Bin ni hantar sampai entrance building office je. Tak macam poslaju..hantar sampai depan meja (kat opis baru ni takde receiptionist..meja pulak dekat dengan pintu..thats why posmen hantar sampai depan meja.. hehe)








Wednesday, 10 September 2014

Ke Cameron Highland Ke Kita


Trip 5,6 & 7 September 2014

Trip ni sempena ikut incik dear jamboree kat Cameron Highland. Jamboreenya 1 hari je. dah terlajak sampai sana.. extend la lama sikit. Pastu dah alang-alang book homestay 3 bilik.. ajak la sekali family aku (kakak & parents aku). Plus ada lagi satu family.. Membe aku dengan laki dia. Actually kalau ada jamboree aku dengan kak ena ni memang selalu join tu pun kalau tempat jamboree tu best la.

We all stay kat sana 3 hari 2 malam. Dapat cari homestay kat Carnation Apartment, Tanah Rata. Yang bestnya apartment tu eksklusif untuk muslim sahaja. So takde la was-was nak masak. Lepas incik dear kawtim dengan owner dapat la rate RM210 per night.

Sebabkan aku import mak aku datang bercuti ke CH ni.. dia la yang jadi chef. Tak best makan kat luar katanya. So malam tu jugak lepas sampai..kitorang borong barang untuk masak. Dari minyak, gula, garam.. semua la.. complete set untuk masak. Nak cari sayur memang takde masalah sebab kat CH memang dah syurga sayur. Nak cari barang-barang yang lain tu.. jumpa lah jugak PASARAYA JIMAT kat area Brinchang.

Semua ada kat situ. Dont worry. Tapi sebab dah lewat..mak aku masak sambal sardin, telur dadar ngan sayur je. Heaven!! makan time sejuk-sejuk... perghhh!

Esok pulak..mak aku masak ayam masak lemak. Rupanya lebih kurang macam kari..tapi takde serbuk kari. haaa.. whatever! 

Gambar-gambar yang sempat di ambil..
























p.s: last time pegi CH, pasar malam kat Brinchang tu ada hari sabtu je. Ni baru tau hari jumaat pun ada pasar malam. Murah-murah. Better borong kat pasar malam kalau nak cari yang murah.


Sampai jumpa lagi ya CH.