Wednesday, 26 December 2012
Wednesday, 19 December 2012
result pmr adikku..
Assalammualaikum.
hari ni result PMR da keluar. to my adik, congratulation! tak sangka dapat straaaight A gitu. terasa macam segan la pulak dengan adik sendiri sebab dulu result aku tak ler segempak macam tu.. hehe
ape-ape pon congrats ye adik.
semoga kecemerlangan ni berpanjangan la sampai bila-bila.. especially SPM.
dan semoga jugak anak aku kenan dengan kebijakan ko tu.
aminnnn...
* patut la da dua tiga hari ni asik dok mintak hadiah.
macam tau-tau je dapat straight A.
nasib la aku tak janji ape-ape.
hahahahahahha
Wednesday, 12 December 2012
Berat dan Air Gula
ape kaitan berat dengan air gula?
memang ada kaitan la sebab bila berat berlebihan especially time mengandung.. puan yang mengandung akan dapat saspek kencing manis.
stress.
1st hari tu masa pregnant 6 bulan kalau tak silap. aku da kene minum air gula. nak cek kot-kot ada kencing manis sebabnya dalam sebulan aku naik mendadak. naik sampai 6 kilo. hamik ko. masa single mingle dulu bukan main susah nak naik even sekilo. sekarang ni tak tahu la. bile timbang tak pernah tak naik.
nak dijadikan cerita. hari isnin hari tu pegi check up. datang-datang terus timbang. dengan kompiden naik penimbang tu pastu suruh la dear tengokkan.
aku: "dear..tolong tengok, berape berat orang? harap-harap tak naik banyak.."
dear: "ok. 58kg"
aku: "nasib baik 58kg..ingatkan 60kg tadi.."
kunun-kunun dengan rasa senang hati.. duduk la menunggu turn. macam biasa la. lama giler kene tunggu. borak sampai da habis point nak ceriter. ditambah dengan rasa mengantuk ya amat. mana tak? pagi-pagi datang..tak buat ape.. duduk menunggu je.. da la bosan. mata pon rasa macam kene gam...
bila turn aku kene check up. misi terkejut dok tengok berat aku. katanya naik banyak sangat. dengan tanpa rasa bersalah aku boleh tanye "tak ok ke?"
memang sangat-sangat tak ok ye sebab last time check up baru 55kg. then kali ni datang da 58kg. ekceli yang aku ingat ok sebab selalunya datang check up sebulan sekali. tapi aku lupe yang kali ni aku datang 2 minggu selepas yang check up lepas. maksudnya..dalam 2 minggu aku naik lagi 3 kilo. ape lagi? pekak kan je la telinga.
disebabkan angka 3 tu la aku kene refer kat doktor, cek gula dalam darah bagai..n lastly dapat date minum air gula. SEKALI LAGI. huaaarrghhh.. kejam la diorang ni.. :(
aku cuba nasib mintak kat doktor tak payah minum air gula sebab hari tu da minum. tapi haraammm.. tak dapat pon.
"next 2 weeks awak datang lagi ye minum air gula.."
rasa macam dengo tak dengo je. malas nak dengo pon ye. adeii..
ape la nasib... sampai 2 kali kene minum air gula. yakkkkksssss.. tak sedap! menci! menci!
Friday, 7 December 2012
coretan seorang bakal ibu
29 weeks 5 days pregnant.
Alhamdulillah. masih dipanjangkan umur untuk melihat dunia. esok baby genap 30 minggu. sekarang ni macam-macam dah rasa. sakit pinggang, sakit kaki dah selalu sangat. time siang boleh tahan lagi. tapi bila masuk time waktu tidur, hanya Allah je tau perasaannya macam mana. Memang patut pun syurga tu dibawah telapak kaki ibu.
Bila dah rasa sendiri, baru tau pengorbanan ibu sendiri. kalau tau, taknak la tak dengar cakap, tak nak la sakitkan hati ibu..nak jadi budak baik je.. *insafff*..
malam-malam aku selalu je merengek. nak mintak tolong sape lagi kalau bukan suami sendiri. nak tido bukan main susah. sakit pinggang, tak selesa, sesak nafas.. hmm.. kaki pun selalu krem time tido. sakit sangat..pantang termengeliat..kompom krem. bila dear dengar aku jerit..cepat-cepat bangun tolong aku. kesian dear..
aku selalu terbangun tengah malam. bukan sekali.. tapi berkali-kali.. duduk pastu usap perut yang mengeras. haishhh.. sesejak da masuk 7 bulan ni kerap sangat perut mengeras. nak tido pun perut rasa sangat tak selesa...kadang-kadang rasa nak marah sebab tak cukup tido. tapi nak marah sape?..
*bila perut rasa sakit sangat..tetibe je terpikir, aku ni nak terberanak da ke??
jangan macam-macam.. baru 7 bulan setengah. aku selalu pesan kat baby..cukup bulan baru keluar ye. sekarang ni rasanya tak ready lagi..hehe
.
.
.
nak share gambar latest masa wedding kakak bulan lepas. masa ni ngam-ngam pregnant 7 bulan.
and this is today! perut bolat.hehe
itu saje untuk hari ni.
doakan semuanya berjalan dengan lancar.
counting days to see u baby!
Thursday, 29 November 2012
Set Berpantang NR atau Shaklee?
Assalammualaikum.
Barang baby dah pon siap prepare. tinggal lagi barang sendiri je.. satu benda pon tak ada. eh, lupe pulak.. ada da la. setakat kotex loop and kain batik. tu je.. haha
sekarang ni memang betul-betul keliru nak standby set berpantang yang mana satu. Last time survey.. ramai yang guna set Nona Roguy. kira set berpantang NR ni la yang paling top. Tapi baru-baru ni macam dapat info la yang set berpantang Shaklee ni tak kurang hebat jugak. Harga pon tak banyak beza. aduhai..susah jugakk nak buat pilihan.
jom tengok comparison dua set berpantang ni.
Set Berpantang NR
credit to Set Besalin N Salindah |
PAKEJ MENGANDUNGI:
* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
**************************
1) PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
* Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
* Mengimbangi kembali sistem badan.
* Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
2) Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
* Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
* Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan
3) Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
* Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi
* Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
* Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
* Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan
4) Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
* Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
* Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
5) Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
* Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.
6) Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
* Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau
* Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
* Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik
* Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
* Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat
Set Berpantang Shaklee
credit to beingmary |
Untuk pengetahuan anda semua, Set Bersalin Shaklee memenuhi semua kriteria-kriteria utama di atas. Jom kita lihat pula apa yang terkandung di dalam set ini serta fungsi setiap vitamin:
Vitalea with Iron Formula
Mengandungi 12 multivitamin & 7 mineral yang diperlukan badan mengikut saranan RDA untuk memenuhi mana-mana kekurangan zat dan nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada makanan semata-mata. Formulasi zat besinya pula dapat mengatasi masalah kekurangan darah akibat kehilangan darah yang banyak ketika bersalin dan juga nifas.Seseorang yang mengalami masalah kekurangan darah akan sering kelihatan pucat, letih, lesu dan mudah pitam.
B Complex
Tidak seperti B Complex jenama lain, B Complex Shaklee mengandungin 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% kadar harian (daily value) biotin dan asid folik. B Complex sangat diperlukan ketika berpantang kerana ianya terkenal sebagai vitamin penenang yang mampu menangani masalah kemurungan dan stress sekaligus mengelak daripada terjadinya masalah post-natal blues atau lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan masyarakat Melayu.
Selain itu, B Complex turut bertindak dalam mencegah anemia dengan membantu dalam pembentukan sel darah merah, membekalkan tenaga dan mengatasi keletihan. Biotin pula penting dalam mengatasi masalah berkaitan rambut seperti keguguran rambut selepas bersalin.
Vitamin C
Vitamin C mempunyai peranan penting dalam penyembuhan luka. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan luka bersalin mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Selain itu, Vitamin C juga mampu meningkatkan tahap imuniti badan agar si ibu tidak mudah jatuh sakit ketika di dalam pantang yang dapat mengundang masalah bentan.
Zinc Complex
Zinc berfungsi dalam mempercepatkan pemulihan luka bersalin baik luaran mahupun dalaman. Zinc juga membantu pengecutan rahim dan mengembalikan daya ketahanannya.Selain itu, zinc juga dapat mengatasi masalah keguguran rambut yang sering dialami wanita selepas bersalin.
Ostematrix
Sekiranya si ibu mempunyai masalah sembelit, maka kalsium atau turut dikenali sebagai Ostematrix sangat digalakkan untuk diambil kerana ianya telah terbukti untuk mampu mengatasi masalah ini. Selain itu, kalsium juga sangat diperlukan ibu-ibu yang baru melahirkan bagi merangsang penghasilan susu. Ini adalah kerana, antara kandungan utama susu adalah protein dan kalsium.
Ibu yang menyusukan bayi perlu mempertingkatkan pengambilan kalsiumnya bagi mengelakkan daripada masalah kerapuhan tulang di masa akan datang. Pengambilan kalsium yang tidak mencukup tidak akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu namun ianya dapat membawa kemudaratan kepada si ibu dalam jangka masa panjang.
Di samping itu, kalsium turut dapat mengelak si ibu daripada mengalami masalah sakit-sakit pinggang dan sakit belakang berikutan penggunaan epidural mahupun postur badan yang tidak baik ketika menyusu
ESP
Seperti yang disebutkan di atas, komposisi utama susu adalah protein dan kalsium. Justeru, si ibu harus mengambil diet berprotein tinggi bagi memastikan penghasilan susu dapat dirangsang dan susu dapat dihasilkan dengan lebih cepat.
ESP bertindak sebagai pembekal protein yang unggul. Selain bagi tujuan penyusuan, ESP juga dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan. Ini perlu memandangkan si ibu di dalam pantang seringkali tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya kerana perlu berjaya malam bagi menyusu dan menjaga si kecil.
Pengambilan ESP juga dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati berikuta proses bersalin yang telah dilalui. Secara tidak langsung, badan bukan saja menjadi lebih sihat malah luka bersalin juga lebih cepat sembuh.
so mana satu jadi pilihan hati?
help me..
Monday, 19 November 2012
Sarung bantal baru..
Aku memang suke shopping online. :)
Baru-baru ni aku buat tempahan sarung bantal ngan Blogrimbun
Hasilnya..
Tadaaaa!!
Tadaaaa!!
Puas hati sangat..
Cantik macam yang aku nak..
If ada design yang aku berkenan..kompom tempah lagi..
Thanks kak mila.
Hehe
Monday, 12 November 2012
Baby Checklist-80% done
bila checklist da ada, takda la terpinga-pinga ape nak dibeli untuk si kecik ni.
hasil tangkapan di sogo, jusco maluri & manjaku.
80% done.
untuk first, beli apa yang penting je dulu..
kalau tak cukup, baru beli lagi..
*stokin comel belang-belang hadiah dari bonda cinta.
masa membeli, bapaknya lagi eksaited dari emaknya.
mula-mula macam tak kisah.
rupanya tak.
silap rupanya aku..huhu
ingatkan nak beli semua barang masa expo kat mid valley,
tapi takut aku yang tak larat nak berjalan nanti.
so standby je la ape yang penting.
untuk baby dah nak complete barang-barangnya.
untuk aku?
ini je yang aku sempat rembat dulu.
hehe
siap ada belt. nak pakai aku pon tak tahu macam mana.
beli je. kang tak boleh nak pakai letak je tepi. beli lain.
habis cerita.
;)
Wednesday, 7 November 2012
Sale! Sale!
Memandangkan baby checklist dah pun dibuat,
agak berbaloi kalau semua barang yang dihajati dapat dibeli time sale kan?
sape yang tak suke diskaun ye tak?
jimat duit..
ikhsan dari incik google
dapatla carik beberapa expo mungkin yang boleh pegi.
(selagi masih larat..)
Date: 24-25 Nov 2012
Venue: Summit Company, PJ
Date: 30 Nov-2 Dec 2012
Venue: Mid Valley
susah-susah.. Malaysia Year End Sale pun dah nak start
dari 10 Nov sampai laa 1 Dec 2013..
carik je yang mana-mana shopping complex, kompom ada diskaun..
lokasi paling dihajati. Sogo.
Sabtu ni boleh la berkampung kat sogo.
tangan pun da start gatal.
tak sabar nak shopping..
:P
p.s bukannya larat sangat nak shopping sampai 2 3 jam macam masa dulu-dulu.
kaki dah bengkak. cepat penat pulak tu.
tak larat nak berdiri lama-lama. :(
Friday, 2 November 2012
air gula rasanya manis sekali
24 weeks 6 days.
appointment kat klinik kesihatan seawal 8 pagi.
saje sampai ngam-ngam pukul 8 sebab aku tengok misi pon baru nak start buat keje.
malas nak datang awal memandangkan dear baru je balik dari kuching malam tadi.
kesian dia. penat.
tapi gagahkan jugak diri temankan aku.
yelah aku kan tak pandai drive.
takde niat nak susahkan suami.
paling-paling ada jugak teman nak berborak sebab kat klinik tu sangat la ramai orang pegi check up. menunggu sorang-sorang memang la amat membosankan oke!
*****
check up kali ni : minum air gula.
memang heaven!
kena puasa dari start pukul 10malam.
pagi tu pon tak boleh makan. puasa ! puasa mana boleh makan dan minum.
sengsaranya aku rasa tak boleh nak breakfast pagi tadi.
mana taknye. insan yang sentiasa kelaparan macam aku ni
tak pernah miss breakfast. bila tak breakfast pagi tadi.. macam ayam berak kapur..
dan dan tu pening. loya. tak tentu arah.
kesian baby lapar..
ok tipu. sebenarnya aku yang lapar.
serius lapar gilerrr..
berbalik pada minum air gula tadi. before minum misi amik darah.
2 kali kene cucuk sebab darah tak mau keluar.
mungkin sebab aku lapar. haha takde kene mengena.. :P
pastu terus minum air gula.
masa turn aku, takde patient lain dalam bilik tu..
misi pulak buat keje sambil membontotkan aku..
tray air gula plak baru refill..
line clear.
ape lagi..aku cari la mana cawan dalam tray tu yang ada air gula paling sikit.
dah dapat tu terus minum. ada patient lain gak masa time minum tu.
tapi aku pelik, apsal aku sorang je yang dok berdehem & tersedak2?
orang lain boleh cool je minum air gula tu...
heran sungguh.
aku minum sampai habis. pastu cepat-cepat keluar.
amik angin.
sebab lepas minum rasa nak terkeluar balik. kemain menahan.
kalau termuntah, kene minum balik.
tak kuase nak minum lagi.
lain la kalau ada perisa blackcurrent ke sunquick ke.. haha. demand.
lepas minum air gula kene tunggu lagi 2jam.
amik darah lagi lepas minum air gula.
2 jam weh..lama..takkan nak duduk je kat situ.
mau kebas bontot..
so balik rumah, tarik selimut.
tapi tak boleh nak tdo sangat sebab terbau en.dear makan nasi lemak.
menyelerakan.
lepas 2 jam ni baru boleh makan.
nasib masuk opis ada makan-makan.
free. nasi tomato pulak tu.
so buat-buat la tak heran.huhu.
next check up tunggu result.
jangan ada kencing manis sudah laaa...
Thursday, 1 November 2012
Hello November
selamat datang November.
Bye-bye October..
sekejap betul masa berlalu.
hari berganti hari, bulan berganti bulan.
lagi satu bulan je nak habis tahun 2012.
***
pagi-pagi lagi dah hantar en.dear
bukan jauh pun, hantar kat depan pintu je.
sejak dua menjak ni
selalu sangat kene outstation kat luar.
kejap ke sabah. kejap ke sarawak.
sekarang ni baru nak menyesal
takde lesen moto dan kereta.
kalau ada lesen, takut juga nak bawak moto..
nak2 kene harung jem.
tak kuase la..
kereta? bawak nak g kedai boleh la..
tu pon berani kalau jalan kampung.
same jugak..tak boleh pakai.
so jalan terbaik. naik la bas. lrt atau teksi.
tapi pagi tadi, tiga-tiga pengangkutan awam ni aku naik.
tang naik lrt tadi, masih ada insan yang tak kesian dengan pompuan boyot mcm aku ni.
lelaki pulak tu.
dia buat dekkk je.
takkan aku nak announce " saya pregnant, boleh bagi duduk?"
memang giler la.
its ok..nasib tak jauh, maluri ke masjid jamek je.
tak hormat orang langsung.
tang dari masjid jamek ke ampang park, lain pulak ceritanya.
masuk-masuk, terus ada aunty ni offer tempat duduk.
aku pon beriya menolak. tp bila aunty tu da bangun, aku pon duduk la.
ni baru betul. rasa macam di hargai.. :)
thanks aunty.
pelik la orang yang takde rasa hormat ni.
bukannya luak pon kalau bagi tempat kat org yg perlu!
huh!
emo la pulak.
ok.
nak sambung buat report.
:)
Wednesday, 31 October 2012
24 weeks -inject kancing gigi
dah lama xkene inject. paling-paling pun masa awal2 pregnant. cucuk amik sample darah. rasanya takde la sakit macam kene inject kancing gigi ni. sakitnye.. mak oiii.. lenguh tangan aku..
takpe. ni turn aku kene inject.
esok baby da keluar.. turn dia pulakk..
haha
*gelak jahat..
kebiasaannya ibu-ibu yang mengandung anak pertama memang akan dapat 2 dos suntikan kancing gigi.
maknanya bulan depan kompom aku kene lagi sekali.
hwaaa!!
sakit lagi.
serius tak best.
2 hari lagi kene datang lagi klinik kesihatan untuk minum air gula pulak.
al-maklumla berat pon da banyak naik..
kalau dihitung..tambah tolak bahagi darab..
total berat naik 10kg.
itu baru 6 bulan.
kalau dah 9 bulan nanti ntah berapa la yek..
hope sangat takde kencing manis.
.
.
.
Monday, 22 October 2012
23 weeks
pejam celik pejam celik dah nak masuk 6 bulan da. kalau ikut minggu.. ada satu minggu lagi untuk masuk bulan yang ke enam ni. cepat betul masa berlalu. besar da anak ibu ni. makin aktif awak kat dalam tu. suke tendang-tendang ibu pulak tu.. kadang-kadang sampai rasa tak selesa. tapi bila sehari ibu tak rasa awak gerak... tak boleh tido malam rasanya.
duduk elok2 kat dalam tu. jgn noty2. cukup 9 bulan nanti baru keluar ye.. :)
*****
info 23 minggu kehamilan
Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran 11.4 inci / 29 cm dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenihnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram- derum perut anda.
p.s : sibuk pegang pembaris panjang nak ukur panjang baby .. hehe
Berat
sekarang selera makan semakin berganda. bukan double..tapi triple.
kene kawal sebab aku memang takut gemuuuk.
ok. berat before ni (masa awal preggy) 43kg..
terima kasih kat Hari Raya sebab
naikkan berat aku jadi 45.8kg.
laa ni.. tanya la berat aku berapa.. nak menangis bile dapat tau.
shud be sebulan naik 2 kilo tapi aku terlebih la plak. tup-tup timbang...naah ! 52kg ko. misi dok siap suruh aku turun dari tempat timbang n betulkan penimbang tu.
sejurus lepas tu.. rilex je cik misi tu suruh aku datang 2 minggu lagi untuk minum air gula. Hampeh. aku ingat tak la aku kene minum mende tu kalau takde salasilah keturunan yang ada kencing manis. cisss..!
kene minum tu banyak ke?
air gula yang macam mana?
serius tak suke minum benda yang manis2.. tetiba nak kene minum air gula la pulakkk..
azabbb..azaabbb..
Monday, 24 September 2012
19 weeks
Assalam,
takpe.. tak kisahh.. janji baby sihatt !
doakan aku dan baby sihat dan takde masalah time bersalin nanti..
Bye !
sekarang da 19 weeks 2 days. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik untuk bawak si kecik ni. sebelum ni tiap2 hari tunggu masa baby gerak. teringin sangat nak rasa.. Alhamdulillah baby da start gerak. tendang-tendang manja gituu. tak boleh nak gambarkan rasa seronok tu macam mana.
Sebelum ni En. Dear selalu tanye rasa mengandung tu macam mana. Sekarang ni laa baru boleh jawab rasanya macam mana. Kalau tahu seronoknye pregnant, habis je SPM aku da kawin da.. haha *gatal* :P
Kemana-mana orang da panggil aku mak buyung. tak kisah la. mak buyung ke mak duyung ke. apa-apa pon boleh. :) aku da nampak chubby sedikit. semuanya mengembang. berat da naik 3kg.. kalau dulu 43kg sekarang da 46kg. saiz pinggang? dulu selim melim.. pinggang 25" je.. sekarang da 32".
seluar jeans? semuanya da tak muattt. nak kene beli maternity punye seluar lepas ni.
takpe.. tak kisahh.. janji baby sihatt !
doakan aku dan baby sihat dan takde masalah time bersalin nanti..
Bye !
Subscribe to:
Posts (Atom)