Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Tuesday, 5 March 2013

13.02.2013

Assalam..

Tarikh yg bermakna dalam hidup aku dan dear.. Tepat pukul 6 petang lahirlah zuriat yg ditunggu2.. Alhamdulillah terima kasih ya Allah..

Usia perkahwinan kami belum genap setahun.. Allah kurniakan kami seorang bayi yang sangat comel. Syukur tak terhingga..

Semoga Dhiya Izzaeem menjadi seorang anak yang soleh.. Aminn..



Pengalaman Bersalin

Hari ni genap 20 hari aku berpantang. Sebelum lupe..nak share sikit pengalaman beranak. 1st time beranak. Tu yang nak catat sikit..untuk rujukan akan datang.. Orang kate pengalaman yang 1st ni la kite akan ingat sampai bila2..

Ok back to the story..

5.02.2013- (38minggu 3hari)
seawal pukul 2pagi aku da rasa sakit2 kat bahagian perut. Rasa ngilu kat ari2 n perut mengeras.. Masa ni tak berapa nak sure berape kerap..tapi sakitnya panjang..sampai tak boleh tido..pagi tu dalam pukul 8.30 decide nak check kat hospital even da tak rasa sakit. Just nak make sure dengan doktor ape masalah aku. Before sampai hospital sempat menelan sebungkus nasi lemak.. Niat kat hati nak patah balik lepas sarapan tu sebab da takde rasa sakit..tapi alang-alang da sampai dear kate..pegi je la check up..

Masuk je tempat check up..doktor check jantung baby guna alat yang lekat kat perut. Adalah dlm setengah jam gitu.. Pastu doktor seluk kat bawah nak check bukaan. Segan giler.. Dah la 1st time. Doktor lelaki plak yang check..aku segan2 nak kangkang kaki.. Aku banyak kali kene tegur dengan misi sebab asik kepit kaki. Bile doktor seluk je..die bagitau yang jalan da bukak almost 2cm.. Untuk double confirm..datang plak sorang doktor pompuan dok menyeluk lagi.. Lepas je doktor pompuan tu seluk.. Dan2 aku kene warded. Serius blur bila rasa diri sihat walafiat then kene warded.

Ape rasa kene seluk? Sakit plus pedih siot. Tak terkata.. Nak2 kalau doktor lelaki yang seluk.. Perhh.. Udah ler tangannye besau.. Seriau bile ingat balik..

Nak dipedekkan cerite. Aku kene warded kat hospital ampang tu 2 hari je. Disebabkan takde rasa sakit..pastu jalannya still 2 cm dan jarak rumah dengan hospital tak jauh mana.. Aku disuruh balik.. Sedih sebab orang lain keluar bawak baby..aku keluar hospital still bawak perut. Huhu

Ingatkan nak bersalin kat hospital ampang.. Tapi disebabkan lama sangat menunggu rasa sakit.. Dari eksaited sampai aku dengan dear jadi bosan...so kitorang decide balik kampung dan bersalin je kat sana. Lagi pon masa ni tengah cuti raya cina. Agak panjang cutinya..rasa rugi plak kalau tak balik.. Sempat pegi tengok si Sapiah bertunang.. Dan menyibuk masa Musalmah nak kawen..hehe

12.02.2013- (39 minggu 3hari)
disebabkan cuti raya cina sampai 12.02 je. Dear ajak aku buat check up kat hospital sultanah aminah. Katanya kot la aku kene warded sekali lagi.. Maka die tak payah la balik ke kl.. Kire nak sambung cuti laa.. So ni kiranya kali kedua aku buat check up kat hospital tanpa rasa sakit. Senang citer, serah diri. Bila check.. Jalan aku still bukak 2cm. Disebabkan da ade rekod kene warded dan due nak beranak pon da dekat, aku kene tahan wad lagi. Doktor bagitau kalau esok jalan tak bukak lagi.. Die akan masukkan ubat.

Cik dear begitu gembira bila aku kene tahan wad. Siap cakap lagi.. "lama sangat nak tunggu awak sakit beranak..kalau kene masuk ubat, masuk je la.."

Ok. Pasrah.

Duduk kat wad satu malam. Memang takde rasa sakit. Aku duduk kat wad tu macam orang tengah bercuti.. Rileks sakan. Borak2 dengan orang katil sebelah.. Makan, tido, makan, tido je kejenye..

Pengalaman paling tak boleh lupe..1st night duduk kat wad tu boleh plak ter..tengok orang kat katil depan aku tu terberanak kat atas katil.. Gabra tak pasal2.. Terus cuak nak beranak..hehe

13.02.2013- (39 minggu 4 hari)
Pagi tu aku baru dapat tau kene masuk ubat.. Ubat ni untuk paksa bersalin (induce).. Pukul 8.45pagi doktor masukkan ubat..pastu disuruhnye aku baring sejam. Tak boleh bangun sebab nanti takut ubat tu terkeluar balik kot.

1.00 petang - masa ni da terasa sakit sikit2.. Nasib tengah waktu melawat..dear dengan mama ada teman aku.. Mula2 sakit kat area perut..pastu sikit2 menjalar ke pinggang plak.. Aku tengok jam nak kire kot2 la ni memang sakit nak beranak.. Mula2 sakitnya 10 minit sekali.. Mama kata ni da start sakit nak bersalin. Mama suruh aku mandi..lepas mandi tu mcm makin laju plak sakitnye..jadi 5 minit sekali.. Dari 5 minit sekali tu..aku da malas nak tengok jam sebab sakitnya mcm makin kerap..mcm nak tercabut pinggang.. Serba tak kene.. Diurut pon aku rasa sakit.. Aku baring mengiring nak kurangkan rasa sakit. Tiba2 rasa macam ada air keluar dari celah kelengkang.. Aku suruh mama tengok.. Kot la darah ke ape ke.. Tak puas hati..aku cek sendiri.. "maybe peluh kot.. sebab sikit sangat..."

Tak lama macam makin banyak plak airnye..dari baring, aku duduk.. Bile duduk je.. Rasa panas je kat kain.. Rupenye lagi banyak air ketuban keluar.. Aku nak try tahan.. Tapi memang tak boleh tahan.. Habis basah katil.. Nurse datang bawak wheelchair.. Bile aku berdiri je.. Rasa macam banjir lantai kat area katil aku.. Banyak giler air ketuban tuu..

2.00 petang - check bukaan jalan. Da 4cm.. Terus aku dibawak ke labor room. Masa ni da sakit betul da.. Aku rasa tak boleh nak gerakkan badan langsung sebab.. Bile gerak sikit..aku rasa sakit sangat2 kat area perut. Contraction tu sangat2 sakit. Puas aku berzikir nak hilangkan rasa sakit.. Sampaikan bila da tak tahan sangat..aku mengerang2 jugak..Masa tengah sakit ni la nurse nak check jantung baby..kebetulan bacaan jantung anak aku tak berapa cantik..tu yang lama sikit diorang letak alat kat perut aku.

Bile aku asik mengerang sakit tu.. Nurse suruh banyakkan berzikir..tapi aku aku tak boleh nak berzikir slow2.. Da tak tahan rasa sakitnye..Bile cek jalan, baru bukak 5cm.. Sebabkan sakit bebeno..sampai aku mintak kat nurse suruh la operate atau bagi je ape2 ubat yang boleh kurangkan sakit.. Masa sakit tu sempat jugak aku mintak ampun lagi kat dear.. Dear temankan aku sambil urutkan belakang bagi kurangkan sakit..tapi kejap je sebab lepas tu aku rasa tak selesa bila badan aku dipegang..1 badan rasa sakit.. Mengerang punye mengerang..tangan nurse dengan tangan dear habis aku cekau..pastu tak cukup..sampai baju aku koyak aku kejekan..

Contraction makin lama makin kuat. Sampaikan ada nurse tanya aku ada minum air selusuh ke? Sebab bacaan contraction aku kuat sangat. Diorang inject ubat tahan sakit kt punggung aku plus hidu gas untuk kurangkan sakit. Tapi aku da tak rasa kesan ubat tu sebab sakit contraction kuat giler..Bila aku da tak tahan sangat nak tahan sakit tu.. Aku cube teran..masa tu aku tak tau la jalan da bukak berape cm.. Yang aku tau.. Sakit tu mcm kurang sikit bila aku meneran.. Tak lama bila doktor dtg cek.. Rupenya jalan da bukak full.

6.00 petang- Sesi teran meneran pon bermula. Last aku nampak..macam ramai plak yang tengok aku bersalin. Masa tu aku da tak malu da.. Sebab sakit sangat2.. Bila aku start teran tu, macam ada team pom-pom girl kat depan aku.. Diorang bagi semangat..bile aku down giler..

5-6 kali jugak aku push baru la baby keluar.. Bila baby keluar tu rasa lega sangat.. nurse letak baby kat dada aku.. " tengok baby awak.. Boy ke girl?.." masa ni aku da tak larat nak bukak mata tapi gagahkan jugak.. Lepas aku bgtau boy.. Diorang amik balik baby..n aku terus tido. Ubat tahan sakit n gas tu baru rasa kesannya.. Yang aku tau aku hidu bnyak giler gas tu masa sakit..last2.. Aku jadi mengantuk giler n lalok. Masa kene jahit pon aku tertido tapi still rasa sakit..

Esoknya.. Aku da boleh keluar hospital sebab baby takde problem.

Smpai ke hari ni Alhamdulillah..anak aku tak kene jaundis yang teruk.. Syukur.. Nak jaga pun senang cuma tang nangis je tak boleh blah..kuat giler..pastu nangis macam budak kene sebat..Hehe

Ok. Itu je untuk tatapan hari ni..hopefully lepas ni if ada rezeki lagi..boleh la refer pengalaman yang ini..



ps: Jika cik dear terbaca post ni.. Thanks sangat sebab awak temankan orang, tak putus bagi semangat dan doakan orang dan si kecik.. Semoga Allah jadikan keluarga kita keluarga yang bahagia.. Kasih sayang orang kat awak makin hari makin bertambah.. Love u till jannah..