Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 28 May 2012

sebulan sudah berlalu

Pagi ni terbangun dari tidur dengan perasaan gembira.. senyum.. ye.. tu yang aku amalkan setiap hari selepas bangun tidur untuk mengelakkan gangguan emosi jahat iaitu bad mood. Alhamdulillah.. sebulan dah aku jadi seorang isteri. rasa macam sekejap jek masa berlalu. hidup berkeluarga memang menyeronokkan. 

*its 1 month 1 day ..
Baru-baru ni aku dengan incik dear baru je sepakat ada hobi baru.. mana taknya..kerja dia mengadap laptop memanjang.. lebih-lebih lagi bila ada game diablo 3 depan mata.. aku jadi nombor 2.. ah! menci!

berbalik pada hobi baru tadi. haa.. hobi yang kitorang baru sepakat jumpa.. buat kek! tak tahu mana datang idea ni. tiba-tiba je macam seronok nak buat kek ni. tapi 1st trial just buat puding roti. ini memang 100% air tangan incik dear..hepi sungguh bila puding yang dibuat menjadi..


next mission-apam polkadot, pizza, kek coklat...banyak lagi rasanya! macam main pondok-pondok plak.. :) 


 

Tuesday 15 May 2012

Terima Kasih semua!

Salam,

Baru hari ni ada peluang nak merakamkan terima kasih pada semua yang terlibat dalam majlis perkahwinan aku hari tu. Dari start persiapan kenduri yassin sampai la majlis sanding. Terutamanya pada family aku.. mama, ayah adik beradik, sedara mara, my besties dan jiran-jiran.

Sangat bersyukur walaupun majlis aku serba sederhana tapi berjalan lancar.. Alhamdulillah..

Pada kawan baik aku, fiza.. terima kasih sebab sanggup datang temankan dan tolong aku dari awal persiapan sampai la penghujung majlis. Aku nak ucap lebih daripada terima kasih kat kau..sebab aku rasa ucapan terima kasih aku ni tak cukup.. kau terlalu banyak sangat bantu aku.. Aku ingat jasa kau ni sampai bila-bila.. InsyaAllah bila tiba masa kau nanti, aku harap aku boleh tolong sebanyak mana kau tolong aku hari tu..

tak lupe pada ayush: bunga api tu memang terbaek bro! suke sangat! 

pada julie & najib - pengapit dan photographer paling sporting! 
#tak boleh lupa masa on the way ke pantai.. kat tengah2 jalan tu kitorang syok bergambo & julie jadi tukang tengok kan jalan sama ada clear ke tak..mencicit-cicit lari bila kereta nak lalu.. ni la gamaknya nak sangat amik gambar kat tengah2 jalan kan?.. hehe

kepada semua yang datang masa majlis persandingan aku tu... memang terima kasih sangat2.. aku memang tak sangka ramai kawan-kawan yang datang.. kawan2 kolej dan office dari kl..saudara mara dari kl, pahang, kelantan.. semua la.. Ya Allah.. aku memang terharu!..

member-member KPTM Bangi.. love you all!!

Staff Karyaneka-memang happening!
smile!
banyak lagi gambar nak share..tapi kene tunggu gambar dari photographer..

Pada semua yang menjayakan majlis aku hari tu.. jutaan terima kasih diucapkan.. Lega rasanya bila semuanya dah settle.. Alhamdulillah..







Monday 14 May 2012

Hari Pertama di Ofis

Assalammualaikum..

Selamat Hari Isnin. 
Ramai orang tak suka hari isnin sebab kene kerja.. Melampau-lampau la kalau aku pun tak suke kan?? mana taknya, bukan main cuti lama hari tu.. kalau dikira termasuk sabtu dan ahad, dicampur pula cuti hari pekerja hari tu..mau cecah 23 hari jugak la aku cuti.. cuti sakan! pasni raya kene gigit jari je la..

Hari ni hari pertama datang kerje sebagai seorang isteri. Status dah bertukar. Dah tak boleh keluar saje2 dengan opismate. Kena mintak izin suami dulu ye!

Banyak kerja melambak tunggu untuk disiapkan.. tapi apakan daya.. mood nak buat kerja tak datang lagi.. masih terawang2.. berangan2 dan sebenarnya tersangat-sangat lah MALAS!

lepas ni nak menuntut ilmu masakan kat myresepi.com.. semoga aku expert memasak macam mama.. :)