Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Tuesday, 31 December 2013

2 bulan lagi..

Assalammualaikum..

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2013. Kepala da melayang-layang.. hati memang da takde kat opis sebab ramai yang cuti. Ruginya tak ambil cuti hari ni.. Ruginya cuti tahunan habis awal..

Nak buat kerja pon takde mood. 

Mama dengan ayah pula ada kat rumah. Alangkah seronok nye kalau aku ada kat rumah.. spend masa dengan family.. dengan Zaeem.

Bila terpikirkan anak bujang tu.. rasa macam kejap sangat masa berlalu.. lagi 2 bulan umur zaeem nak cecah setahun. Pandai nangis dan merengek panggil 'ibu'. Bila da besar.. macam-macam nak buat, bile duduk berdua dengan zaeem.. ibu selalu marah-marah dengan keletah zaeem. Pening kepala dibuatnya..

Mana taknya.. ibu kedepan..dia ikut kedepan.. ibu kedapur..zaeem ikut kedapur.. ibu pegang bawang, sibukkkk jugak nak pegang bawang.. mana tak hangin..
Tapi marah-marah manja je.. kang habis buat kerja rumah, habis masak.. ibu gomol2 zaeem balik..

Berbalik dengan 2 bulan tu. 

Aku plan nak sambut kecil-kecil.. family-family jer.. tak pon lagi sedih kami sambut 3 beranak je.

tak kisah la.. Bertiga pon okay sebab saat tu memang dah lama aku tunggu. Hopefully masa tu zaeem dah pandai jalan..

hehehe---------->eksaited





with ♥,

Friday, 20 December 2013

Slap Chop Review


Assalammualaikum,

Lama betul tak update blog ni. Bizi la gamaknye.. Hari tu nak cerita pasal slap chop tapi nampaknya baru sekarang dapat update.

Slap chop ni biasanya aku guna kalau nak buat nasi goreng dan makanan zaeem. Agak-agak tengah malam tu lapo..capai je slap chop..bawang merah, bawang putih dan cili api siap dicincang. cincang? lebih kurang la... yang penting hancur dan nasi goreng aku sedap.

Paling best masak makanan anak. Bila gigi da tumbuh banyak.. aku rasa masa makan la nak ajar dia mengunyah.. selama ni tak berapa pandai mengunyah sebab aku masak bubur pastu blender je kat dia. sah-sah lepas aku suap..zaeem akan telan bubur tu..

Lagi satu..slap chop ni agak memudahkan keje aku.. Memandangkan zaeem suka mengejar aku kemana saje..agak amik masa kalau nak buat keje memotong kalau guna pisau.. contohnya kentang..aku akan potong dadu.. Sekarang ni bila guna slap chop.. nak didadukan kentang tu sonang aje.. duduk berdua dengan zaeem.. just chop chop chop jer... dannn siap!!

Meh tengok gambar kat bawah kalau tak percaya..


Kalau nak lagi hancur.. kasi slap lama-lama sikit. Tapi jangan ingat dia akan jadi macam kita tumbuk guna lesung..yang ni hasilnya akan kasar sket.

Nak bagi harga best.
Ada 3 pcs lagi dalam stok. Sapa nak boleh pm ke chiozam@gmail.com
Whatsapp 018-3888 344