Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 27 March 2014

1 hari je lagi

Assalammualaikum,

Tinggal satu hari je lagi nak fly.

im soooo hepi. seminggu cuti lepak-lepak dengan family tercinta.
dengan dear, zaeem, mama & ayah..

dah lama tak bercuti.

Semoga perjalanan ke sana dipermudahkan. Selamat pergi, selamat pulang kembali. 
Amin..




Tuesday 25 March 2014

Jatuh

Sabtu 22.03.2014

Sedih.

Zaeem jatuh dalam bilik air masa mandi. 
tergelincir sendiri walaupun aku dah pegang kuat-kuat.

cuainya akuuuu!

cuai! cuai! cuai!

Ibu minta maaf zaeem.

Nasib takde ape-ape.. risau betul hati ni..

Monday 17 March 2014

Langkawi Trip 2012


Entry yang dah lama berhabuk dalam draft

Assalam,
Dengan berkat dapat tiket murah dari AirAsia dan pakej Matta Fair dapat la aku pegi Langkawi bercuti ala2 bajet gituuu. mula-mula ingat nak redah je. tapi bila dapat pakej murah..ape lagi.. sebat la. RM340 pakej untuk hotel 3hari 2 malam + kereta sewa untuk 48 jam. ok sangat la tu. kalau cari yang lagi murah..ade je..tapi da last minit, malas la nak mencari. amik je pakej yang ade. senang..

Hari Pertama 28hb Sept 2012

Pagi2 lagi dah gerak dari hotel. jalan-jalan kat sekitar pekan kuah. pagi tu adalah dalam pukul 10. kedai banyak tutup. serius boring.. yang bukak pun hanya la kedai makan, kedai mamak. maybe hari jumaat kat sana cuti n sebab tu kedai bukak lambat kot. sebab kan nak jalan-jalan kat tempat orang, aku n en.dear memang plan nak jalan kaki je even teksi melambak-lambak n dok hon-hon suruh naik. kami menyusur melalui pekan rabu n lepak kat chogm park. amik nafas dan rehat jap pastu sambung jalan ke dataran helang n last check point is jetty kuah. penat seyh. sedar tak sedar 3km kitorang jalan. adventure jugak la..mana larat kalau nak ikutkan..


@chogm park
view dari chogm park
Hari Kedua 29hb Sept 2012

island hopping. bayaran hanya RM25/pax. tunggu je kat hotel n ada yang akan ambil untuk ke pantai. cuak gak naik bot. tapi bile da naik tak nak turun pulak. hihihi naik bot ni bukan 2 org la. tapi masa aku naik tu satu bot ada 10 orang. happening sikit sebab naik dengan geng2 separuh lelaki. opps! :P 
1st check point Pantai Pulau Beras Basah. aktiviti kat sana mandi manda. drebar bot tu campak kitorang kat sana n bagi masa sejam habis kan masa kat pantai tu. lantak la nak snorkling ke nak berjemur ke nak buat ape-ape pun suke hati ! takde yang larang. tapi mcm boring sikit sebab aku tak mandi. tgk orang n jalan2 kat pantai tu je. pantai ni cantik.. if pergi ramai-ramai memang best.. lagi satu, monyet banyak giler. tak takut manusia langsung. lagi die datang dekat ade la..

2nd check point tengok burung helang. burung yang macam kat dataran helang tuu. yang ni tak sure pe nama tempat die. pergi n tengok sekumpulan helang makan. not bad. teruja jugak la sebab banyak giler helang tu ntah dari mana.




3rd check point tasik dayang bunting. tak sure la tu gunung or bukit tapi sebijik macam perempuan mengandung tengah baring. ok.. tang nak panjat tangga nak ke tasik tu yang merana sikit. jauh tuuu.. penat giler.. semput aku. kalau bukan kerana nak tengok tasik tu.. aku memang tobat tak nak naik. penat sangat ! on the way nak naik tu kene jaga-jaga dengan para monyet. suke betul monyet tu kalau nampak plastik. cepat je die tarik. part monyet ni memang tak best.. tapi apa kan daya.. dah situ tempat die..






petang dalam pukul 2 gerak ke Oriental Village. nak naik cable car. Beli tiket RM15 sorang. masa aku pegi, jambatan yang kat cable car tu tutup. tak syok sebab memang nak pegiii sangat kat jambatan tu.. :(  
dah habis gayat pastu ke makam Mahsuri pulak. Tiket RM5 sorang je. Kat situ datang tengok makam n masuk muzium. Sape yang suke ke muzium ni maybe pada dia best. tapi pada aku biasa-biasa je. habis, da tak tahu mana nak pegi.. alang-alang dah ke langkawi, takkan tak singgah makam Mahsuri.. ye tak?



Hari Ketiga 30hb Sept 2012

Last day. banyak masa kami habiskan dalam hotel. rehat n baring-baring sebab masing-masing badan penat. kaki lenguh + sakit sebab da berjalan seharian..nak2 yang tang panjat tangga kat tasik dayang bunting tu. lepas check out, ke the zon plak. borong coklat. actually harga coklat kat mana-mana duty free kat sini lebih kurang je. beza pun tak banyak.

untuk last day ni..kami decide nak jalan sekitar pulau ni. drive dari hujung ke hujung. rasa nya semua tempat da singgah. petang dalam pukul 7 dah kene pulangkan kereta sewa. so pukul 7 tu siap-siap ke airport hantar kereta dan tunggu flight untuk balik. flight balik tu sepatutnye pukul 10.40 malam. tup-tup AirAsia delay ke pukul 1.00pagi. penat seyh nak tunggu. nasib la airasia bagi makan free n kami dapat port baik nak landing. so takde masalah la nak tunggu selama 6jam kat airport tu :P

sampai rumah pukul 3 pagi. yang tak bestnye hari tu plak keje. penaaaattt sangat..


Cara nak reset phone SONY- Lupa pin lock number

Assalam,


Hai laaa.. nak dijadikan cerita.. aku tolong settingkan henpon ofismate aku.Yelaa.. diorang nak jugak merasa ada whatsapp, pesbuk bagai..

Kira aku ni bukan la pro sangat. tapi boleh laaa.. setakat kakak-kakak kat opis aku ni ada problem dengan henpon.. InsyaAllah la aku boleh bantu.. 

hehe.. kembang hidung jap..

ok back to the story.

Ofismate aku ni dah sibuk suruh setting, pastu dah last2 nak suruh buat pin lock plak. Katenya anak dia suka godeh henpon dia.. so nak letak pin code biar anak dia tak boleh godeh..

ok.. nak letak pin lock.. aku buatkan..
Siap ada pesanan penaja lagi "karang dah buat password ni, jangan salah masuk password..susah nanti nak reset"

siap.

tapi.. tak sampai 5 minit, dia datang balik kat aku bagi tau "apsal tak boleh masuk password ni?"

aahhh sudah.. aku baru je pesan kat dia tadi..

retry sampai 35 kali. password yang dia letak sebelum ni tak boleh nak masuk. Pening kepala aku.

nak suruh pegi sony centre kesian la plak.. kawan tu baru je beli henpon.. hahaha ok. aku memang tergelak depan2 dia. lepas tu aku cuba la cari info-info berguna nak tolong kawan aku dek henpon dia yang tak boleh nak masuk homepage sebab password incorrect.

Godeh punya godeh.. jumpa jugak cara nya. Sapa ada masalah macam ni boleh follow step ni. Step ni more kepada nak reset phone:

1. pergi ke www.sonymobile.com atau click SINI
2. Click download update services


3. Install kat desktop
4. lepas tu dia ada keluar benda ni



5. Select Product


6. Connect. Step ni masa langkah yang ke tiga kena tekan volume down lama sikit.. tekan selama 2-3 minit untuk computer search software phone


7. Kalau step Connecting your phone ni success, click kat reset then dia akan downloadkan update dan reset phone.

8. Complete.

Senang kan? Kalau tak tahu macam aku. kira susah jugak laaa.. Untuk perhatian korang, step ni hanya untuk phone SONY je ye. Selain dari SONY.. tak dapek den nak tolong.



Friday 7 March 2014

Holiday

Assalammualaikum,

tiktoktiktoktiktok...

Rasa macam lambat sangat masa berlalu. Planning dari tahun lepas lagi nak bercuti dengan family. Actually.. Masa beli tiket tu rasa nak bawak semua.. mama, ayah dan MIL.. tapi last year MIL jatuh sakit dan sekarang masih dalam rawatan.. So trip kali ni takde rezeki la nak bawak MIL jalan-jalan negara orang.


Kalau ikutkan ini trip kedua ke Indonesia selepas trip honeymoon ke bali dulu. Last year.. memang cuti. the whole year tahan nafsu nak berjalan. tapi anak masih kecik.. hold dulu. Tahun ni zaeem da setahun..  dah boleh bawak.. senang sebab makan pun dah makan macam kita-kita.. so InsyaAllah senang la sikit. cuma ragam dia je la kene layan..

Okay.

Tak sabar. Seminggu straight aku cuti.

Jakarta & Bandung... kami datangggggg!


With ♥,