Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Thursday, 30 June 2011

Idaman Top 5

Carta Top 5 Ciri Lelaki idaman se-Malaya:

1. Lelaki yang Prihatin

Lelaki yang mendengar dengan teliti bukan dengar dengan bersahaja je ye..masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebab cara mendengar yang bersahaja ini lah mendorong kaum pompuan jadi membebel. Bila kaum pompuan ini dah start membebel, maka akan panjang berjela la ceritanya..So yang lelaki jangan nak cari point "alaa..orang pompuan ni memang suke bebel,sama jek semua". Pompuan ni kalo die nak bebel mesti bersebab. Kadang-kadang pihak lelaki tak perasan kesalahan sendiri..

2. Lelaki yang menjadi penawar

Lelaki ini masuk dalam kategori yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati pompuan; walaupun kurang rupa; tak mengapa, yang penting kaum pompuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga..jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. Lelaki yang memberi kebebasan sewajarnya

Maksud bebas itu jangan pulak disalah tafsir ye.Bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tetapi yang berupa hak. Contohnya time shopping..kaum pompuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai..hehehehehe dan lelaki, kalo nak melarang sekalipun, jangan la meninggi suara..dan tak payah nak buat muka sangat..

4. Lelaki yang Berhati-hati

Lelaki perlu berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya untuk mengkritik terutama tentang masakan. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum pompuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka mahukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan..Tak gitu? Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. Lelaki yang wangi

Seimbang lah dengan fitrah kaum pompuan yang memang dicipta dan tercipta sebagai makhluk yang lebih cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, sewajarnye kaum lelaki menjaga fizikal anda. Elakkan segala bau-bauan yang tidak dikehendaki, apalagi selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak lebih disukai lagi.. apa kata anda kenakan  haruman yang berbau wangi selalu dan kalau nak keluar tu, bolehlah mandi dengan air bercampur minyak wangi terlebih dahulu..hehehe~

Ok itu jek la. malas nak tulis panjang-panjang.. Nanti takut merepek meraban.Jangan ada yang terasa pulok! 



Tuesday, 28 June 2011

::sejenak::

Kadang-kadang kita alpa dengan hiburan duniawi.Bukan tiba-tiba nak tunjuk baik, tapi tak terdetik ke kita bila masanya untuk betul-betul berubah? Tak terasa ke nak upgrade hidup tu ke arah lebih baik? Setiap manusia mesti pernah ade perasaan macam tu. Tapi tak ramai yang betul2 berubah. Ya Allah, ampuni segala dosa2 ku..


Aku berdoa.. semoga hati ini selalu dekat denganMu..Semoga aku menjadi insan yang berguna, anak yang taat pada ibubapa dan isteri yang taat pada suaminya.. 





Sunday, 19 June 2011

Bukit Broga

Kali ni nak cerita pasal bukit broga punya trip. Walaupon tempat ni dah lama orang sebut2, tapi ini pengalaman first aku naik dengan kawan2.. hari Ahad 19 Mei 2011 adalah tarikh yang dipilih untuk buat aksi sebegini. cewah! padahal aksi xseberapa.. 

Bangun seawal pukul 3.41 pagi..aku da mula bersiap.. eksited la katakan.. memang berkobar2.. mana taknye.. sebab da janji dengan kawan2 lain berkumpul pukul 4.30 pagi kat petronas.

Trip ke Broga ni xramai pon join diatas sebab2 tertentu.. mana yang ade hal, xdapat la join.. ok tu takpe. Sekarang nak cerita pasal yang join. Mangsa yang terlibat adalah Zambre, Kak ina & husband, Faiz & Hazwan. Kitorang pergi ber-6 jek. Start gerak pukul 4.30 pagi and sampai pkul 5.30 pagi kat Semenyih.


Masa sebelum sampai xterpikir pon yang ramai orang kat sana. yelah, bukannya apa, rasanya dah ramai kot pegi Broga ni.. Tup..Tup.. sampai, hamik ko! ramai giler.  Siap kene bayar parking lagi. Kaya sape empunya kebun tu..hehe 


Bila da ramai.. kereta tak payah nak cakap la..banyak tapi tak banyak sangat la..Dapat jek parking.. Ceh!.. Yang kelako nye..baru nak naik da jem. Bukan jem kereta.. jem dengan orang yang nak naik ke Broga..


Sampai kat atas dalam pukul 6.03 pagi. Walaupon ramai, tapi aku rasa puas sebab dapat menikmati udara segar kat bukit tu.. Rasa Nyaman jek.. tu yang tertido sekejap..hehe penat...semput dibuatnye..fuhh!

Dalam ramai2 geng ber-enam ke Broga tu, Aku dengan dear jek yang sampai kat atas. Yang lain da surrender. Penat! Cis! Ingatkan boleh la amik gambo ramai2 kat atas tu.. Hampeh!
Takpe, Maybe 1st time and maybe ramai yang tak ready..its ok, next time boleh pegi lagi..


Antara gambar yang sempat di snap sepanjang kat Bukit Broga:


Budak ni memang tak pernah jumpa lalang..

Masa ni dalam pukul 7.30 pagi.. Adakah masih dikira subuh gajah? hihi


Suka bermain dengan lalang

Tersangat ramai manusia yang suka beriadah

Kepenatan

Turun pukul 8.30 pagi.. then lepak makan nasi lemak and laksa di rumah kak nor. Sedap, Seronok, Penat semua bercampur2..

Thursday, 16 June 2011

File Sharing kena block?

Entri kali ni aku nak cerita pasal file sharing kene block.. adoyai.. sedih rasa.. aku yang tak pernah2 amik port pasal government ni terpaksa jugak amik port sebab aku adalah pengguna setia piratebay.org. Bayangkan la selama ni ko boleh dapat latest movie dari luar yang berkualiti tinggi dengan senang2nya tapi sekarang terpaksa duduk melangut bila Google bagitau Oops! Google Chrome could not find thepiratebay.org






Ini semua angkara SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia). Apala korang ni..apsal la nak ditutup web file sharing tu? Apa yang korang dapat? tengok je la sekarang ramai da protes sebab tindakan kerajaan block beberapa file sharing. haa sape susah? 


Silap besar kot kerajaan buat macam ni...Diorang tak fikir ke? Majoriti golongan muda yang banyak bergantung pada internet. Diorang ni nak ramai yang bangkang kerajaan ke? Kang aku taknak pangkah dacing kang baru tau! padan muka!


Apakah maksud 'dunia tanpa sempadan' ni sebenarnya? Kalau semua nak disekat? Not Fair!! Tu semua hak pengguna la...Kami bayar bil tiap2 bulan kot.. Tapi apakan daya.. wait and see je la.. 


Official letter dari SKMM here . Aku sebagai pengguna 100% tak setujuuuu! Tolong la unblock balik!

Monday, 13 June 2011

Ikan Bakar Part 1

Bila sebut jek ikan bakar mesti terliur kan.. lagi -lagi bila time pose.. perh! kecur bai!.
Kali ni cerite pasal ikan bakar.. Dalam banyak2 ikan aku paling pantang dengan ikan pari.. Fuhh...ikan pari bakar..terbaekk..



Ada satu tempat port ni..yang mana kedainye tersembunyi tapi ramai orang yang datang makan. Tiptop walaupon kedai dia panas ala-ala sauna gitu.. kompom berpeluh2 kalau datang makan dekat situ. Lagi satu kalah la kedai yang cantik2 macam "Ikan Bakar Sekinchan" dan Ikan Bakar Pak Jabit..haha Bila plak Pak Jabit bukak kedai ikan bakar?? hahaha... 


Ikan2 yang ada dijual eh dibakar kat sana tu semuanya fresh..(info yang boleh dipercayai). Macam2 jenis ikan yang ditawarkan kepada para pelanggan  cewahh!! ayat tak boleh blah.. Antaranya pari, keli, talapia merah, terubuk dan banyak lagi..sampai tak reti nak nyebut..hehe
Sotong, udang & kerang bakar pon ada jugak..besar2 sotongnye macam ni.. tengok..




Kasi close up sikit..masa ni memang masing2 tengah lapo.. So, first visit ke kedai ni adalah bersama family. My sis yang belanje... aku tukang makan...hahaha the tourist guide pon my sis jugak.. Sebab dia yang bawak kitorang ke sini...Dia la yang kene belanja..hahaha

Teringin nak makan lagi kat sini..

Semangat Bro ni..

Pembuka Selera..Sedap bangat!

Bersambung dalam ikan bakar part 2..

Selamat Hari Lahir Ayah!!

Hari ni hari lahir incik ayah yang ke-53.. "Selamat Hari Lahir Ayah!!" Semoga Allah panjangkan umur ayah, sihat selalu & sentiasa dimurahkan rezeki..





Tahun ni takde idea nak bagi ayah hadiah ape..sebab tiap2 tahun dah bagi baju..hmm..nak bagi kerete , xmampu pulak..hehehehe nanti la... gula-gula hacks je boleh tak?

Ayah, terima kasih sebab besarkan ika & adik beradik lain dengan penuh kasih sayang.. Walaupon dulu ika tak suka kalau ayah marah-marah..ingat ayah dah tak sayang.. Maaf sebab salah sangka.. Sekarang baru la ika sedar kenapa ayah buat macam tu..hehe
Ika sayang ayah sangat-sangat2!! 

Susahnya nak expressikan rasa sayang dekat ayah sendiri.. malu..tak tahu nak buat macam mana.. kalau dengan mama senang.. tapi macam-macam mana pon.. aku tetap sayang ayah!
Cerite pasal ayah ni.. teringat kisah lama. nak cter gak!nak cter gak!
Dulu masa aku kecik-kecik teringat time mula2 nak belajo baca buku. Buku cerita pasal arnab ntah ape tajuknye..lupe dah.. ayah da ready rotan bila nak mengajo membaca. Takut jangan cerita la. Kalau eja lepas tu tak tahu apa bunyi nye, ayah mesti tinggikan suara..marah.. belajo matematik ke bahasa inggeris ke..semua sama.. bila ayah marah n macam nak rotan aku mesti lari sembunyi dekat belakang mama. Mintak tolong diselamatkan.. Nangis macam nak mati.. dengan harapan ayah dah tak suroh baca lagi..hakhakhak.. tapi semuanye meleset bila ko kene baca gak sambil tersedu2..hahaha lawak la.. 

Itu cerite kalau tak pandai.. Seterusnye..(macam dalam karangan BM lak) hihi.. bila da pandai.. Contohnye, sebelum ayah pegi keje.. ayah suruh aku belajo matematik n siapkan la beberapa muka surat yang dah ditetapkan.. ayah janji kalau siap, ayah belikan anggur.. Aku ni ye ye la tak pecaya..tapi try siapkan jugak.. then, balik2 jek..aku memang ingat masa ni.. ayah balik keje dan bawak anggur.. Aah!! Hepi sungguh aku masa tu.. Cube sekarang...ayah bagi anggur? Mesti takde perasaan..hahahahaha

Ayah, dalam hidup ni ayah memang takde pengganti walaupon penah satu ketika dulu aku pernah salah faham dengan ayah. Itu pon sebab ayah suka marah2. Sekarang aku da faham kenapa ayah marah macam tu... Ayah..you're the best person! Love you!!