Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 29 November 2012

Set Berpantang NR atau Shaklee?


Assalammualaikum.

Barang baby dah pon siap prepare. tinggal lagi barang sendiri je.. satu benda pon tak ada. eh, lupe pulak.. ada da la. setakat kotex loop and kain batik. tu je.. haha

sekarang ni memang betul-betul keliru nak standby set berpantang yang mana satu. Last time survey.. ramai yang guna set Nona Roguy. kira set berpantang NR ni la yang paling top. Tapi baru-baru ni macam dapat info la yang set berpantang Shaklee ni tak kurang hebat jugak. Harga pon tak banyak beza. aduhai..susah jugakk nak buat pilihan.

jom tengok comparison dua set berpantang ni.

Set Berpantang NR


credit to Set Besalin N Salindah


PAKEJ MENGANDUNGI:
* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit

************************************

1) PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan

* Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
* Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
* Mengimbangi kembali sistem badan.
* Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan

2) Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum

* Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
* Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
* Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan

3) Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan

* Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
* Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi
* Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
* Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
* Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan

4) Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang

* Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
* Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
* Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.

5) Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita

* Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
* Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.

6) Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit

* Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau
* Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
* Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik
* Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
* Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat



Set Berpantang Shaklee

credit to beingmary


Untuk pengetahuan anda semua, Set Bersalin Shaklee memenuhi semua kriteria-kriteria utama di atas. Jom kita lihat pula apa yang terkandung di dalam set ini serta fungsi setiap vitamin:

Vitalea with Iron Formula
Mengandungi 12 multivitamin & 7 mineral yang diperlukan badan mengikut saranan RDA untuk memenuhi mana-mana kekurangan zat dan nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada makanan semata-mata. Formulasi zat besinya pula dapat mengatasi masalah kekurangan darah akibat kehilangan darah yang banyak ketika bersalin dan juga nifas.Seseorang yang mengalami masalah kekurangan darah akan sering kelihatan pucat, letih, lesu dan mudah pitam.

B Complex
Tidak seperti B Complex jenama lain, B Complex Shaklee mengandungin 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% kadar harian  (daily value) biotin dan asid folik. B Complex sangat diperlukan ketika berpantang kerana ianya terkenal sebagai vitamin penenang yang mampu menangani masalah kemurungan dan stress sekaligus mengelak daripada terjadinya masalah post-natal blues atau lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan masyarakat Melayu. 

Selain itu, B Complex turut bertindak dalam mencegah anemia dengan membantu dalam pembentukan sel darah merah, membekalkan tenaga dan mengatasi keletihan. Biotin pula penting dalam mengatasi masalah berkaitan rambut seperti keguguran rambut selepas bersalin. 

Vitamin C 
Vitamin C mempunyai peranan penting dalam penyembuhan luka. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan luka bersalin mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Selain itu, Vitamin C juga mampu meningkatkan tahap imuniti badan agar si ibu tidak mudah jatuh sakit ketika di dalam pantang yang dapat mengundang masalah bentan.

Zinc Complex
Zinc berfungsi dalam mempercepatkan pemulihan luka bersalin baik luaran mahupun dalaman. Zinc juga membantu pengecutan rahim dan mengembalikan daya ketahanannya.Selain itu, zinc juga dapat mengatasi masalah keguguran rambut yang sering dialami wanita selepas bersalin.

Ostematrix 
Sekiranya si ibu mempunyai masalah sembelit, maka kalsium atau turut dikenali sebagai Ostematrix sangat digalakkan untuk diambil kerana ianya telah terbukti untuk mampu mengatasi masalah ini. Selain itu, kalsium juga sangat diperlukan ibu-ibu yang baru melahirkan bagi merangsang penghasilan susu. Ini adalah kerana, antara kandungan utama susu adalah protein dan kalsium. 

Ibu yang menyusukan bayi perlu mempertingkatkan pengambilan kalsiumnya bagi mengelakkan daripada masalah kerapuhan tulang di masa akan datang. Pengambilan kalsium yang tidak mencukup tidak akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu namun ianya dapat membawa kemudaratan kepada si ibu dalam jangka masa panjang. 

Di samping itu, kalsium turut dapat mengelak si ibu daripada mengalami masalah sakit-sakit pinggang dan sakit belakang berikutan penggunaan epidural mahupun postur badan yang tidak baik ketika menyusu

ESP
Seperti yang disebutkan di atas, komposisi utama susu adalah protein dan kalsium. Justeru, si ibu harus mengambil diet berprotein tinggi bagi memastikan penghasilan susu dapat dirangsang dan susu dapat dihasilkan dengan lebih cepat. 

ESP bertindak sebagai pembekal protein yang unggul. Selain bagi tujuan penyusuan, ESP juga dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan. Ini perlu memandangkan si ibu di dalam pantang seringkali tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya kerana perlu berjaya malam bagi menyusu dan menjaga si kecil. 

Pengambilan ESP juga dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati berikuta proses bersalin yang telah dilalui. Secara tidak langsung, badan bukan saja menjadi lebih sihat malah luka bersalin juga lebih cepat sembuh.


so mana satu jadi pilihan hati?
help me..







Monday 19 November 2012

Hadiah


Got new present from dear..
Thanks a lot..

Boleh buat teman time kite berjauhan nanti..
Macam mimpi..
Macam bulan jatuh ke riba pun ada.. 
Hehe



i love you
so much.







p.s hadiah awak tunggu tahun depan. 
Sebab hadiahnya masih dalam perut ni haa.. 


Sarung bantal baru..


Aku memang suke shopping online. :)
Baru-baru ni aku buat tempahan sarung bantal ngan Blogrimbun
Hasilnya..
Tadaaaa!!



Puas hati sangat..
Cantik macam yang aku nak..
If ada design yang aku berkenan..kompom tempah lagi..

Thanks kak mila.
Hehe

Monday 12 November 2012

Baby Checklist-80% done


bila checklist da ada, takda la terpinga-pinga ape nak dibeli untuk si kecik ni.
hasil tangkapan di sogo, jusco maluri & manjaku.
80% done.
untuk first, beli apa yang penting je dulu..
kalau tak cukup, baru beli lagi..



*stokin comel belang-belang hadiah dari bonda cinta.

masa membeli, bapaknya lagi eksaited dari emaknya.
mula-mula macam tak kisah.
rupanya tak.
silap rupanya aku..huhu

 ingatkan nak beli semua barang masa expo kat mid valley,
tapi takut aku yang tak larat nak berjalan nanti.
so standby je la ape yang penting.

untuk baby dah nak complete barang-barangnya.
untuk aku?


ini je yang aku sempat rembat dulu.
hehe
siap ada belt. nak pakai aku pon tak tahu macam mana.
beli je. kang tak boleh nak pakai letak je tepi. beli lain.
habis cerita.

;)


Wednesday 7 November 2012

Sale! Sale!


Memandangkan baby checklist dah pun dibuat,
agak berbaloi kalau semua barang yang dihajati dapat dibeli time sale kan?
sape yang tak suke diskaun ye tak?
jimat duit..
ikhsan dari incik google
dapatla carik beberapa expo mungkin yang boleh pegi.
(selagi masih larat..)

Date: 24-25 Nov 2012
Venue: Summit Company, PJ

Date: 30 Nov-2 Dec 2012
Venue: Mid Valley 

susah-susah.. Malaysia Year End Sale pun dah nak start
dari 10 Nov sampai laa 1 Dec 2013..
carik je yang mana-mana shopping complex, kompom ada diskaun..
lokasi paling dihajati. Sogo.
Sabtu ni boleh la berkampung kat sogo.
tangan pun da start gatal.
tak sabar nak shopping..

:P






p.s bukannya larat sangat nak shopping sampai 2 3 jam macam masa dulu-dulu.
kaki dah bengkak. cepat penat pulak tu.
tak larat nak berdiri lama-lama. :(



Friday 2 November 2012

air gula rasanya manis sekali


24 weeks 6 days.

appointment kat klinik kesihatan seawal 8 pagi.
saje sampai ngam-ngam pukul 8 sebab aku tengok misi pon baru nak start buat keje.
malas nak datang awal memandangkan dear baru je balik dari kuching malam tadi.
kesian dia. penat.
tapi gagahkan jugak diri temankan aku.
yelah aku kan tak pandai drive.
takde niat nak susahkan suami.
paling-paling ada jugak teman nak berborak sebab kat klinik tu sangat la ramai orang pegi check up. menunggu sorang-sorang memang la amat membosankan oke!

*****

check up kali ni : minum air gula.
memang heaven!
kena puasa dari start pukul 10malam. 
pagi tu pon tak boleh makan. puasa ! puasa mana boleh makan dan minum.
sengsaranya aku rasa tak boleh nak breakfast pagi tadi.
mana taknye. insan yang sentiasa kelaparan macam aku ni
tak pernah miss breakfast. bila tak breakfast pagi tadi.. macam ayam berak kapur..
dan dan tu pening. loya. tak tentu arah.
kesian baby lapar.. 
ok tipu. sebenarnya aku yang lapar.
serius lapar gilerrr..

berbalik pada minum air gula tadi. before minum misi amik darah.
2 kali kene cucuk sebab darah tak mau keluar.
mungkin sebab aku lapar. haha takde kene mengena.. :P
pastu terus minum air gula. 
masa turn aku, takde patient lain dalam bilik tu..
misi pulak buat keje sambil membontotkan aku..
tray air gula plak baru refill..
line clear.
ape lagi..aku cari la mana cawan dalam tray tu yang ada air gula paling sikit.
dah dapat tu terus minum. ada patient lain gak masa time minum tu.
tapi aku pelik, apsal aku sorang je yang dok berdehem & tersedak2?
orang lain boleh cool je minum air gula tu...
heran sungguh.

aku minum sampai habis. pastu cepat-cepat keluar.
amik angin.
sebab lepas minum rasa nak terkeluar balik. kemain menahan.
 kalau termuntah, kene minum balik.
tak kuase nak minum lagi.
lain la kalau ada perisa blackcurrent ke sunquick ke.. haha. demand. 

lepas minum air gula kene tunggu lagi 2jam.
amik darah lagi lepas minum air gula.
2 jam weh..lama..takkan nak duduk je kat situ.
mau kebas bontot..
so balik rumah, tarik selimut.
tapi tak boleh nak tdo sangat sebab terbau en.dear makan nasi lemak.
menyelerakan.
lepas 2 jam ni baru boleh makan.
nasib masuk opis ada makan-makan.
free. nasi tomato pulak tu.
so buat-buat la tak heran.huhu.

next check up tunggu result.
jangan ada kencing manis sudah laaa...


Thursday 1 November 2012

Hello November

selamat datang November.
Bye-bye October..

sekejap betul masa berlalu.
hari berganti hari, bulan berganti bulan.
lagi satu bulan je nak habis tahun 2012.

***

pagi-pagi lagi dah hantar en.dear
bukan jauh pun, hantar kat depan pintu je.
sejak dua menjak ni
selalu sangat kene outstation kat luar.
kejap ke sabah. kejap ke sarawak.

sekarang ni baru nak menyesal
takde lesen moto dan kereta.
kalau ada lesen, takut juga nak bawak moto..
nak2 kene harung jem.
tak kuase la..
kereta? bawak nak g kedai boleh la..
tu pon berani kalau jalan kampung.
same jugak..tak boleh pakai.

so jalan terbaik. naik la bas. lrt atau teksi.
tapi pagi tadi, tiga-tiga pengangkutan awam ni aku naik.
tang naik lrt tadi, masih ada insan yang tak kesian dengan pompuan boyot mcm aku ni.
lelaki pulak tu.
dia buat dekkk je. 
takkan aku nak announce " saya pregnant, boleh bagi duduk?" 
memang giler la. 
its ok..nasib tak jauh, maluri ke masjid jamek je.
 tak hormat orang langsung.

tang dari masjid jamek ke ampang park, lain pulak ceritanya.
masuk-masuk, terus ada aunty ni offer tempat duduk.
aku pon beriya menolak. tp bila aunty tu da bangun, aku pon duduk la.
ni baru betul. rasa macam di hargai.. :)
thanks aunty.

pelik la orang yang takde rasa hormat ni.
bukannya luak pon kalau bagi tempat kat org yg perlu!
huh!

emo la pulak.

ok. 

nak sambung buat report.

:)