Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Monday, 26 September 2011

sunway lagoon

kisah Sabtu lepas..
credit to embah google


Takde idea nak lepak kat mana..aku dengan member2 decide nak berjimba-jimba kat sunway lagoon..tak lain tak bukan..member2 seperjuangan lepak dan ronggeng dari zaman hingusan..piah n piza..masing-masing bawak partner masing2..aku macam biasa la.. partner tetap..



Gerak dari rumah tak boleh blah..awal..eksited la katakan..padahal dulu masa zaman remaja kat kolej, bukannya tak penah sampai ke sunway lagoon tuh...


Sampai2 sana..kene tunggu kaunter tiket bukak. Datang awal..konon2 takut ramai sangat orang..tak larat nak beratur..padahal bila sampai sana takde la ramai mana pon.. Rege tiket..boleh tahan la..sekali sekala pegi best la..hari2 mati woo..

3 Park (Water Park, Amusement Park & Wild Life Park)
Adult = RM60.00
Child = RM45.00

5 Park (Water Park, Amusement Park, Wild Life Park,
Extreme Park & Scream Park)
Adult = RM75.00
Child = RM60.00

Memandangkan masa kitorang pegi tu ada 4 family day, so nak amik 5 park kunun2 takut la tak sempat main semuanya...last2 pilih yang 3 park je...jimat pun jimat..ye dak?

Paling tak boleh lupa masa aku naik pirate ship..masa nak naik tu memang aku dengan piza dah teragak2..tapi bila memikirkan dah alang2 kepalang kan...nak taknak kene naik jugak la..ape2 pun kalau tak terai..mana nak tau..

nampak cam best je kan..

kepada sape2 yang suke nak terai mainan2 yang pada aku da cukup buat jantung macam nak luruh..boleh terai naik pirate ship ni...haaii.. sekali dia pusing..360 darjah daa..

sekali dia pusing 360 darjah daa..




Tak silap aku pirate ship ni bukan yang macam kat genting tu..yang ni giler la..tak boleh aku nak terangkan mcm mana rasa seramnye.. seram sampai dah xboleh jerit..kalau boleh jerit tu sampai dah tak kuar suara..selain jerit..aku asik mengucap je.. Ya Allah memang takut betul..rasa macam nak tercampak ke bawah masa kapal ni terbalik.. tak nak da aku naik mende ni lagi... sumpah seram! 

piah duduk kat depan aku masa naik pirate ship ni..kalau aku boleh rakam muka piah kan bagus..hahaha lawak2...

roller coaster & tomahawk dia pon syok gak...walawei..puas hati la..berbaloi jugak pegi..

Yang tak bestnye..makanan kat sana mahal..aku sempat beli burger ayam kosong yang tak panas dan tak berapa sedap...harga RM9.00 sebijik.. air RM4.00 secawan.. 

alaa..biasa la..orang bisnes...nak untung..diorang tau yang orang akan beli..sebab lepas orang berendam..mesti akan lapar punya..

aah! tu takde hal la..yang penting enjoy! so, sape yang tak penah pegi..boleh pegi.. dan sape yang dah penah pegi..ape lagi? pegi la lagi..hehe










p/s: mat bangla photographer ada di mana2..jangan risau pasal gambar..anda dalam air pon beliau akan snap..macam2 'pose' yang mat bangla tu akan suruh anda buat..
nanti kat kaunter..sediakan je la RM35 untuk sekeping gambar kalau nak tuntut gambar tu..hehe

mahal la wei! (T__T) sedih tak dapat beli...sob..sob..

No comments:

Post a Comment