Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 13 September 2011

Lumrah Hidup

Assalammualaikum dan hai semua!


Masih ramai agaknya kat luar sana yang masih berada dalam mood raya. Lagu-lagu raya masih lagi kedengaran di corong-corong radio. Tapi hati dan perasaan aku dah jelak rasanye nak dengar lagu raya memandangkan feel tu hanya datang dalam bulan pose saje.. semangat nak dengar lagu raya bila dah habis pose dah pudar..luntur macam kain batik yang direndam dalam klorok..


Sahabat..Kawan..Friend..


Setiap hari tak kira waktu kita mesti jumpa kawan yang baru..tak kira bangsa tak kira rupa. Dalam hidup aku juga begitu.. Dari zaman sekolah sampai zaman bekerja agaknya dah berapa ramai la kawan yang aku ada..ramai tak terkira.. 
Tapi semua nya lumrah hidup ada kawan yang datang, dan ada kawan yang pergi..
Biasa la kan..dalam hidup, bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat.. Bukan setiap hari juga kita akan rasa gembira n hepi jek...kadang2 mesti ada sedihnye..mesti ada marah n mesti ada gaduh.. its normal..


Bercerita mengenai seorang sahabat..tetibe terkenangkan dengan seseorang yang senang aku  panggil 'dia'. Biarla aku guna gelaran 'dia'..Meskipun hanya gelaran yang aku gunakan, mesti ada yang boleh teka siapa.. Kawan2 yang lain jangan terasa hati ye.. Kamu yang lain tetap aku sayang..besties forever~


'dia' aku kenal sudah dekat 11 tahun..dan betul2 rapat sejak setahun lepas setelah kami berjumpa di Times Square..


Dipendekkan cerita 'dia' selepas ini takkan aku jumpa setiap hari..teman cit cat..gossiping.. luahan tak puas hati..dan yang penting 'makaroni sup + sup kaki ayam'..semuanya akan jadi kenangan..


sedih~


.
.
.
.




Rasanya sedih tu akan hilang dibawa arus masa..tapi tak tahu bila.. aku kena jadi 'aku' yang dulu2...aku yang dah takde bestfriend kat opis..aku yang hidup cume ada cikdear..


Lepas ni dah takde yang akan sound aku :


 " awak dengan 'dia' dah macam lesbian la.." 


atau


 "senang, lepas ni awak kawin je la dengan 'dia'.."


....









2 comments: