Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Tuesday, 5 June 2012

popia ooo popia

sempena bulan rejab ni.. mesti ramai yang berlumba-lumba nak puasa. sama kes macam aku. insyaallah masuk hari ni.. hari ke 5 aku berpuasa.. tapi celup-celup jugak la.. hari ni puasa.. esok plak tak puasa.. luse puasa balik..

****
aku memang sejak azali kalau berpuasa mengalahkan orang mengandung.. macam-macam yang aku teringin.. kadang-kadang ntah ape-ape je.. tapi perut punya pasal.. aku ikutkan je la.. sebabnya tekak aku kan..kalau tekak orang lain.. aku buat do-no je..

pagi tadi gatal tangan dok scroll dok google-google jumpa pulak resepi popia goreng. aku tau..kalau mana yang da expert tu.. pejam mata pun boleh buat popia goreng..tapi bagi aku.. yang memasak tak berapa nak expert ni.. kene try and error dulu.. masak pun ikut buku resepi bulat-bulat..

sebabkan terlalu nak makan bende ni.. pujuk dear pegi tesco lepas balik keje. kene pujuk okay.. sebab beliau malas nak singgah mana-mana lepas balik keje. siap tanya "awak mengidam ke?" aku jawab " haah, mengidam nak buke pose.." 

apsal ek.. bile teringin jek..kate mengidam.. bila kite iye kan mesti dapat soalan cepumas "dah ada isi ke?"..haha tapi kalau ada pun ape salahnye? asik membela hamster je.. nak jugak try bela budak.. hehe

dah melalut pulak. berbalik pada popia tadi.. harap-harap popia aku menjadi petang ni.. kalau menjadi..boleh bukak kedai la lepas ni. hikhikhik

hokey..selamat berjaya sapikot!!



#Alahai~ lambatnye pukul 6petang..rasa macam berjanggut tunggu jam bergerak hari ni..sekarang baru pukul 4.36petang. Haaish!




 

No comments:

Post a Comment