Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Tuesday, 31 December 2013

2 bulan lagi..

Assalammualaikum..

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2013. Kepala da melayang-layang.. hati memang da takde kat opis sebab ramai yang cuti. Ruginya tak ambil cuti hari ni.. Ruginya cuti tahunan habis awal..

Nak buat kerja pon takde mood. 

Mama dengan ayah pula ada kat rumah. Alangkah seronok nye kalau aku ada kat rumah.. spend masa dengan family.. dengan Zaeem.

Bila terpikirkan anak bujang tu.. rasa macam kejap sangat masa berlalu.. lagi 2 bulan umur zaeem nak cecah setahun. Pandai nangis dan merengek panggil 'ibu'. Bila da besar.. macam-macam nak buat, bile duduk berdua dengan zaeem.. ibu selalu marah-marah dengan keletah zaeem. Pening kepala dibuatnya..

Mana taknya.. ibu kedepan..dia ikut kedepan.. ibu kedapur..zaeem ikut kedapur.. ibu pegang bawang, sibukkkk jugak nak pegang bawang.. mana tak hangin..
Tapi marah-marah manja je.. kang habis buat kerja rumah, habis masak.. ibu gomol2 zaeem balik..

Berbalik dengan 2 bulan tu. 

Aku plan nak sambut kecil-kecil.. family-family jer.. tak pon lagi sedih kami sambut 3 beranak je.

tak kisah la.. Bertiga pon okay sebab saat tu memang dah lama aku tunggu. Hopefully masa tu zaeem dah pandai jalan..

hehehe---------->eksaited





with ♥,

No comments:

Post a Comment