Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Thursday, 30 January 2014

Bertolak ansur sikit boleh?

Assalammualaikum,

Hari ni baru sempat nak jengah blog. Semalam cuti. Jaga anak.. Bukan sebab anak aku tak sihat..tapi sebab anak orang lain yang sakit. 

Geram pun ada..Tapi bukan lah dengan pengasuh.. Tapi mak kepada budak yang sakit tu. Kenapa ek? ke aku yang pentingkan diri? Dah tau anak awak tu bawak penyakit yang berjangkit.. tolong la cuti.. jaga anak tu sendiri.. kenape nak dihantar ke rumah pengasuh?

Memang la awak bayar pengasuh tu... Tapi jangan ingat awak sorang yang bayar ye. Nama je nurse!!

Al-kisahnye.. mula-mula si adik yang kene cacar air.. lepas tu berjangkit pulak kat si kakak. Then mak bebudak tu pegi hantar ke rumah pengasuh yang jaga anak aku skali. Nasib la pengasuh inform awal-awal.. 

Aku cuba risik-risik kat pengasuh tu..just tanya kenape mak bebudak tu taknak cuti jaga anak-anak dia? Elok molek la pengasuh tu bagitau yang mak bebudak tu sayang nak cuti.. sebab nak cuti panjang raya cina nanti. WTH???

Boleh mcm tu?

Boleh?

Stress aku dengar.. ada jugak manusia bebal macam tu...

Tapi takpe laa.. aku mengalah.. dari aku hantar..anak aku terjangkit sekali.. lagi susah.. Tapi kalau zaeem kene skali pon..aku akan cuti jaga dia. 

i promise.. ♥





No comments:

Post a Comment