Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 17 July 2014

15 weeks

Assalammualaikum,

Alhamdulillah..hari ni genap 15 weeks baby dalam perut. Rasa macam sekejap sangat da masuk 15 weeks. Setakat ni aku da dapat rasa macam ada 'butterfly' dalam perut. Dulu masa zaeem 19weeks baru rasa movement baby. Maybe dulu 1st time.. so tak dapat nak detect camne rasanya..

Check up pregnancy pun baru sekali pegi. Preggy kali ni aku check up kat klinik fauziah, Ampang je. Tak mau pegi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) sebab amik masa lama sangat untuk check up.

Pernah juga dengar-dengar dulu.. kalau tak buat check up kat KKIA nanti tak boleh nak bersalin kat hospital kerajaan. Tapi aku pon da double cek ngan kawan aku nurse kat KKIA. Dia kata boleh je nak check up kat swasta then bersalin kat hospital kerajaan. Thats why kali ni pegi swasta je. Still dapat buku merah.. 1 copy untuk kita.. 1 copy klinik pegang. sama je macam KKIA. Jimat masa pun ye.

Oh ye.. Baby bump kali ni macam besar dari yang dulu. Berangan raya nanti nak pakai kebaya. Ambik je kebaya dari tailor..sedih.. sebab nak butang baju tu tak boleh..ketat..sendat.. Gigih hantar balik kat tailor kasi besarkan 1 inci.. Hopefully pagi raya nanti muat lah ye.. incik Dear ngan zaeem da ready dengan baju melayu warna pink. Kalau tak muat kebaya pink aku tu.. jawabnya caca marba la baju raya kali ni.. T.T



ps: After raya nanti baru nak jengah anak ibu kat dalam perut tu.. nak tengok awak buat ape.. seronok ke tak da dapat makan ketupat ngan rendang..hehehe



No comments:

Post a Comment