Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 17 March 2014

Langkawi Trip 2012


Entry yang dah lama berhabuk dalam draft

Assalam,
Dengan berkat dapat tiket murah dari AirAsia dan pakej Matta Fair dapat la aku pegi Langkawi bercuti ala2 bajet gituuu. mula-mula ingat nak redah je. tapi bila dapat pakej murah..ape lagi.. sebat la. RM340 pakej untuk hotel 3hari 2 malam + kereta sewa untuk 48 jam. ok sangat la tu. kalau cari yang lagi murah..ade je..tapi da last minit, malas la nak mencari. amik je pakej yang ade. senang..

Hari Pertama 28hb Sept 2012

Pagi2 lagi dah gerak dari hotel. jalan-jalan kat sekitar pekan kuah. pagi tu adalah dalam pukul 10. kedai banyak tutup. serius boring.. yang bukak pun hanya la kedai makan, kedai mamak. maybe hari jumaat kat sana cuti n sebab tu kedai bukak lambat kot. sebab kan nak jalan-jalan kat tempat orang, aku n en.dear memang plan nak jalan kaki je even teksi melambak-lambak n dok hon-hon suruh naik. kami menyusur melalui pekan rabu n lepak kat chogm park. amik nafas dan rehat jap pastu sambung jalan ke dataran helang n last check point is jetty kuah. penat seyh. sedar tak sedar 3km kitorang jalan. adventure jugak la..mana larat kalau nak ikutkan..


@chogm park
view dari chogm park
Hari Kedua 29hb Sept 2012

island hopping. bayaran hanya RM25/pax. tunggu je kat hotel n ada yang akan ambil untuk ke pantai. cuak gak naik bot. tapi bile da naik tak nak turun pulak. hihihi naik bot ni bukan 2 org la. tapi masa aku naik tu satu bot ada 10 orang. happening sikit sebab naik dengan geng2 separuh lelaki. opps! :P 
1st check point Pantai Pulau Beras Basah. aktiviti kat sana mandi manda. drebar bot tu campak kitorang kat sana n bagi masa sejam habis kan masa kat pantai tu. lantak la nak snorkling ke nak berjemur ke nak buat ape-ape pun suke hati ! takde yang larang. tapi mcm boring sikit sebab aku tak mandi. tgk orang n jalan2 kat pantai tu je. pantai ni cantik.. if pergi ramai-ramai memang best.. lagi satu, monyet banyak giler. tak takut manusia langsung. lagi die datang dekat ade la..

2nd check point tengok burung helang. burung yang macam kat dataran helang tuu. yang ni tak sure pe nama tempat die. pergi n tengok sekumpulan helang makan. not bad. teruja jugak la sebab banyak giler helang tu ntah dari mana.




3rd check point tasik dayang bunting. tak sure la tu gunung or bukit tapi sebijik macam perempuan mengandung tengah baring. ok.. tang nak panjat tangga nak ke tasik tu yang merana sikit. jauh tuuu.. penat giler.. semput aku. kalau bukan kerana nak tengok tasik tu.. aku memang tobat tak nak naik. penat sangat ! on the way nak naik tu kene jaga-jaga dengan para monyet. suke betul monyet tu kalau nampak plastik. cepat je die tarik. part monyet ni memang tak best.. tapi apa kan daya.. dah situ tempat die..






petang dalam pukul 2 gerak ke Oriental Village. nak naik cable car. Beli tiket RM15 sorang. masa aku pegi, jambatan yang kat cable car tu tutup. tak syok sebab memang nak pegiii sangat kat jambatan tu.. :(  
dah habis gayat pastu ke makam Mahsuri pulak. Tiket RM5 sorang je. Kat situ datang tengok makam n masuk muzium. Sape yang suke ke muzium ni maybe pada dia best. tapi pada aku biasa-biasa je. habis, da tak tahu mana nak pegi.. alang-alang dah ke langkawi, takkan tak singgah makam Mahsuri.. ye tak?



Hari Ketiga 30hb Sept 2012

Last day. banyak masa kami habiskan dalam hotel. rehat n baring-baring sebab masing-masing badan penat. kaki lenguh + sakit sebab da berjalan seharian..nak2 yang tang panjat tangga kat tasik dayang bunting tu. lepas check out, ke the zon plak. borong coklat. actually harga coklat kat mana-mana duty free kat sini lebih kurang je. beza pun tak banyak.

untuk last day ni..kami decide nak jalan sekitar pulau ni. drive dari hujung ke hujung. rasa nya semua tempat da singgah. petang dalam pukul 7 dah kene pulangkan kereta sewa. so pukul 7 tu siap-siap ke airport hantar kereta dan tunggu flight untuk balik. flight balik tu sepatutnye pukul 10.40 malam. tup-tup AirAsia delay ke pukul 1.00pagi. penat seyh nak tunggu. nasib la airasia bagi makan free n kami dapat port baik nak landing. so takde masalah la nak tunggu selama 6jam kat airport tu :P

sampai rumah pukul 3 pagi. yang tak bestnye hari tu plak keje. penaaaattt sangat..


No comments:

Post a Comment