Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Friday, 2 November 2012

air gula rasanya manis sekali


24 weeks 6 days.

appointment kat klinik kesihatan seawal 8 pagi.
saje sampai ngam-ngam pukul 8 sebab aku tengok misi pon baru nak start buat keje.
malas nak datang awal memandangkan dear baru je balik dari kuching malam tadi.
kesian dia. penat.
tapi gagahkan jugak diri temankan aku.
yelah aku kan tak pandai drive.
takde niat nak susahkan suami.
paling-paling ada jugak teman nak berborak sebab kat klinik tu sangat la ramai orang pegi check up. menunggu sorang-sorang memang la amat membosankan oke!

*****

check up kali ni : minum air gula.
memang heaven!
kena puasa dari start pukul 10malam. 
pagi tu pon tak boleh makan. puasa ! puasa mana boleh makan dan minum.
sengsaranya aku rasa tak boleh nak breakfast pagi tadi.
mana taknye. insan yang sentiasa kelaparan macam aku ni
tak pernah miss breakfast. bila tak breakfast pagi tadi.. macam ayam berak kapur..
dan dan tu pening. loya. tak tentu arah.
kesian baby lapar.. 
ok tipu. sebenarnya aku yang lapar.
serius lapar gilerrr..

berbalik pada minum air gula tadi. before minum misi amik darah.
2 kali kene cucuk sebab darah tak mau keluar.
mungkin sebab aku lapar. haha takde kene mengena.. :P
pastu terus minum air gula. 
masa turn aku, takde patient lain dalam bilik tu..
misi pulak buat keje sambil membontotkan aku..
tray air gula plak baru refill..
line clear.
ape lagi..aku cari la mana cawan dalam tray tu yang ada air gula paling sikit.
dah dapat tu terus minum. ada patient lain gak masa time minum tu.
tapi aku pelik, apsal aku sorang je yang dok berdehem & tersedak2?
orang lain boleh cool je minum air gula tu...
heran sungguh.

aku minum sampai habis. pastu cepat-cepat keluar.
amik angin.
sebab lepas minum rasa nak terkeluar balik. kemain menahan.
 kalau termuntah, kene minum balik.
tak kuase nak minum lagi.
lain la kalau ada perisa blackcurrent ke sunquick ke.. haha. demand. 

lepas minum air gula kene tunggu lagi 2jam.
amik darah lagi lepas minum air gula.
2 jam weh..lama..takkan nak duduk je kat situ.
mau kebas bontot..
so balik rumah, tarik selimut.
tapi tak boleh nak tdo sangat sebab terbau en.dear makan nasi lemak.
menyelerakan.
lepas 2 jam ni baru boleh makan.
nasib masuk opis ada makan-makan.
free. nasi tomato pulak tu.
so buat-buat la tak heran.huhu.

next check up tunggu result.
jangan ada kencing manis sudah laaa...


No comments:

Post a Comment