Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Saturday, 5 January 2013

Ultrasound Scan 3D 4D Ampang


5 Januari 2013. 34 weeks.

Scan 3D 4D di Klinik Fauziah & Rakan-Rakan, Ampang.
Servis terbaik dengan bayaran yang berbaloi-baloi. sesape kengkawan nak pegi scan baby. moh ler ke sini. Memang rekemen sangat-sangat. Sonographer die (Jezzlyn) sangat la best.

Masa aku sampai klinik ni, tunggu pun tak lama sebab ada lagi 2 pasang suami isteri tengah tunggu turn. 

Bila sampai turn aku..berdebar-debar rasanye..masuk je then aku kene suruh baring. Pastu start la sesi scan menyecan. Oh sebelum tu sempat jugak si Jezz ni tegur aku kate badan aku kecik tapi perut besar .haha Sebenarnya memang da ramai da cakap macam tu. so... aku tak kisah punnn.hehe 

Masa sebelum sampai klinik tu, baby bergerak-gerak bukan main lagi. aku da pesan da jangan tido. tup-tup baby tido la plak. siap tutup muka guna tangan. huh. Saje je nak suruh ibu dengan ayah tertunggu-tunggu kannnn!

Jezzlyn kejut baby..ketuk-ketuk perut aku..tapi baby tak nak alihkan tangan jugak. aku pon disuruh mengiring ke kanan..biar baby pusing or gerak sikit katenye.. lama jugak sesi kejut mengejut tu.. last-last baby alihkan tangan jugak.  

yeay!

Aku dengan dear super excited sangat bila da nampak muka baby.. Aku senyum memanjang tengok si kecik ni. speechless sekejap. tak percaye! tak percaye! ngee~

1st scan dulu-dulu cinonet je budaknye. Sekarang ni besar sudah. ukur punye ukur Jezz cakap baby ni macam besar. oh sebenarnya bukan macam. tapi memang besar. haha saiz sekarang ni patutnya saiz baby yang dah 36 minggu..

*dangggggg* 

dan-dan susah hati sekejap.

"mummy kene control makan ye..takut nanti baby keluar berat jadi 4kg pulak.." kata Jezzlyn

hwaaa! aku tak over makan pon. macam mana nak control lagi? pening..pening..

.
.
.


Time scan ni aku dapat pakej tengok die senyum, menguap dan mencebik. Selalunya aku tengok baby orang lain je kat youtube. Tak sangka dapat tengok sendiri punya. hehe

jom layan gambar pulak.

tak mau pusing..
menguap. mengantuk beno gayanye..
start nak mencebik..
 
 Semoga anak ibu ni sihat walafiat hendaknya. kat dalam perut sihat, bila da keluar nanti pon sihat la ye. ibu dengan ayah tak sabar nak bertentang mata dengan baby. 

sayang die!



nota kaki: boleh tengok link facebook 3D 4D scan Malaysia untuk booking online appointment :)


hugs,


1 comment:

  1. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete