Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Second Birthday

Thursday, 30 June 2011

Idaman Top 5

Carta Top 5 Ciri Lelaki idaman se-Malaya:

1. Lelaki yang Prihatin

Lelaki yang mendengar dengan teliti bukan dengar dengan bersahaja je ye..masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebab cara mendengar yang bersahaja ini lah mendorong kaum pompuan jadi membebel. Bila kaum pompuan ini dah start membebel, maka akan panjang berjela la ceritanya..So yang lelaki jangan nak cari point "alaa..orang pompuan ni memang suke bebel,sama jek semua". Pompuan ni kalo die nak bebel mesti bersebab. Kadang-kadang pihak lelaki tak perasan kesalahan sendiri..

2. Lelaki yang menjadi penawar

Lelaki ini masuk dalam kategori yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati pompuan; walaupun kurang rupa; tak mengapa, yang penting kaum pompuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga..jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. Lelaki yang memberi kebebasan sewajarnya

Maksud bebas itu jangan pulak disalah tafsir ye.Bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tetapi yang berupa hak. Contohnya time shopping..kaum pompuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai..hehehehehe dan lelaki, kalo nak melarang sekalipun, jangan la meninggi suara..dan tak payah nak buat muka sangat..

4. Lelaki yang Berhati-hati

Lelaki perlu berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya untuk mengkritik terutama tentang masakan. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum pompuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka mahukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan..Tak gitu? Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. Lelaki yang wangi

Seimbang lah dengan fitrah kaum pompuan yang memang dicipta dan tercipta sebagai makhluk yang lebih cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, sewajarnye kaum lelaki menjaga fizikal anda. Elakkan segala bau-bauan yang tidak dikehendaki, apalagi selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak lebih disukai lagi.. apa kata anda kenakan  haruman yang berbau wangi selalu dan kalau nak keluar tu, bolehlah mandi dengan air bercampur minyak wangi terlebih dahulu..hehehe~

Ok itu jek la. malas nak tulis panjang-panjang.. Nanti takut merepek meraban.Jangan ada yang terasa pulok! 



No comments:

Post a Comment